Sinopsis Drama Semusim Rindu Slot Tiara Astro Prima
Assalammualaikum..
Drama Semusim Rindu sudah mula disiarkan di Slot Tiara, Astro Prima & Maya HD bermula pada 30 Mei 2017 yang lalu, bagi menggantikan Drama Arluna yang telah tamat episodnya. Drama 40 episod ini diadaptasikan daripada Novel Semusim Rindu Karya Novelis Aleya Aneesa. Drama Semusim Rindu ini dilakonkan oleh Intan Ladyana, Ben Amir, Haliza Misbun, Kartina Aziz, Aizat Hassan, Dayang Areeda, Syaa Nasir, Elly Arifin, Donna Muslim, Roslan Salleh dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Ejump Zahir dan diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd. Nampak menarik juga drama ini kan, plus dah lama tak tengok Intan Ladyana berlakon, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Sinopsis Drama Semusim Rindu (Astro)
Mengisahkan Hajar Adira yang kehilangan kedua ibu bapanya sejak berumur 5 tahun, sejak itu dia tinggal bersama ibu saudaranya, Nazimah. Hajar selalu didera oleh Nazimah. Tidak tahan dengan penderaan fizikal dan mental yang terpaksa dilalui selama 5 tahun, Hajar nekad melarikan diri ke Johor untuk bertemu dengan Mak Ngah Nasriah. Namun, setibanya di Johor Bahru Hajar hilang punca tanpa mengetahui arah untuk dituju. Pertemuannya dengan Firdaus yang sedang menunggu ketibaan isterinya, Fauziah telah membawa Hajar ke dalam kehidupan suami isteri itu yang masih belum dikurniakan zuriat. Bagaimanapun, nasibnya bertambah malang apabila ibu angkatnya meninggal dunia, manakala bapanya pula lumpuh. Situasi itu secara tidak langsung membuatkan segala tanggungjawab terletak di bahunya untuk membesarkan adik-beradiknya yang lain.
Muncul pula Ikhman, lelaki yang suka sangat meyakitinya. Ikhman telah jatuh hati pada Hajar, namun keegoannya menjadi penghalang untuk berterus-terang. Pertemuaan mereka itu juga membuka jalan untuk Hajar bertemu dengan keluarga kandungnya. Kehadiran Pak Usu Halil selepas 15 tahun mencarinya masih sukar dimaafkan Hajar. Hajar dan Ikhman pula setuju disatukan walaupun, Hajar masih sangsi akan perasaannya. Perkahwinan mereka berlangsung dengan syarat, mereka takkan tinggal sebumbung selepas berkahwin. Bagaimanapun, satu demi satu konflik muncul sehingga membuatkan mereka bergolak dengan perasaan masing-masing apabila bersikap ego. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Dapatlah perkahwinan Hajar dan Ikhman bertahan?
Lagu Tema / OST Semusim Rindu
⏩ Warkah Untukku Nyanyian Ara AF2016
Baca ini jugak ➔ Baca Online Novel Semusim Rindu
Just WOW . Setakat ni kurang tengok cerita melayu .. but it seems worth a watch kan ... I don't know why but your post makes me want make a review a few japanese drama lah .. haha weee - Syamsid Blog -
BalasPadam