Ms. Perfect - Korean Drama Review
Assalammualaikum..
Hari ni baru berkesempatan nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Ms. Perfect / Perfect Wife, dah lama tak buat Review Drama Korea dalam blog ini hehehe. Drama 16 episod ini dilakonkan oleh Ko So Young, Yoon Sang Hyun, Cho Yeo Jeong, Sung Joon, Im Se Mi, Kim Jung Nan, Jung Soo Young, Cha Hak Yeon dan ramai lagi .Ianya release pada 27 Februari yang lalu dan tamat pada 2 Mei 2017. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Hwarang dan kemudiannya akan digantikan dengan Drama Fight For My Way. Pelakon Lee Sang Yeob ditawarkan sebagai watak utama namun akhirnya ditolak manakala pengarah drama ini pernah mengarah drama - drama best seperti Cheer Up Mr Kim, Golden Cross dan lain - lain lagi, penulis skrip drama ini pula pernah menulis skrip untuk drama - drama popular seperti Master Of Study, Brain, Medical Top Team dan All About My Mom. Awalnya aku ingatkan drama Ms Perfect ini tak best, sebab aku rasa drama ini berkisarkan pasal housewife tapi aku silap, ternyata jalan cerita drama ini memang terbaik dan penuh suspen. Pelakon Lee Yoo Ri turut membuat kemunculan Khas dalam drama Ms. Perfect ini, Selalunya cameo akan berlakon dalam satu babak macam tu, tapi uniknya Lee Yoo Ri ini akan melakonkan 3 watak berbeza dalam beberapa scene, iaitu menjadi seorang wanita yang berjumpa peguam untuk bercerai dengan suaminya, seterusnya dirinya menjadi Moon Eun Kyung yang merupakan seorang stalker dan ingin berkawan rapat dengan Sim Jae Bok ketika zaman persekolahan mereka dan terakhir sekali dia menjadi salah seorang pesakit mental yang ditempatkan dalam wad yang sama dengan Sim Jae Bok.
Ketika scene dia menjadi pesakit mental itu, dia ada sebut nama betulnya iaitu Lee Yoo Ri dan juga nama wataknya yang dilakonkannya dalam drama popular Jang Bo Ri is Here iaitu Yeon Min Jung. Selain itu pelakon Yoon Sang Hyun dan Im Se Mi telah pernah bergandingan dalam drama Shopping King Louis sebelum ini. Paling kelakar apabila kisah cinta mereka yang tidak begitu kesampaian dalam drama Shopping King Louis ini seolah - olah bersambung pula dalam drama Ms. Perfect ini hahaha siap berskandal lagi. Aku juga suka dengan lakonan Sung Joon sebagai watak Kang Bong Goo dalam drama ini, sebelum ini aku tidak begitu suka dengan lakonannya dalam dramanya yang terdahulu tapi dalam drama ini aku suka pula dengan personaliti wataknya yang cool dan sentiasa ada ketika Sim Jae Bok di dalam kesusahan. Aku juga suka dengan personaliti Sim Jae Bok yang sangat berdedikasi dalam kerjanya dan juga seorang yang tegas dan berani menyuarakan pandangannya. Jika ada benda yang dia tidak puas hati dia akan terus berdepan dengan Lee Eun Hee dengan yakinnya. Maknanya Sim jae Bok ini bukan jenis tipikal heroin dalam drama korea yang lain, yang kebanyakannya agak lemah dan terlebih baik hehehe, Rasanya ramai yang geram dengan suami Sim Jae Bok iaitu Koo Jung Hee, dimana dia ini selalu kena buli di tempat kerja, pastu kurang keyakinan diri, part paling tak leh blah sekali bila dia curang dan ada skandal dengan Jung Na Mi,
Lepas itu boleh pula dia marah pada Sim Jae Bok bila dia ingat Sim Jae Bok yang jadi penyebab kematian Jung Na Mi di awal2 episod. Kemudian aku juga agak rimas tengok rambut Koo Jung Hee yang lurus dan belah tengah tu hahaha. Nanti di pertengahan cerita, Koo Jung Hee akan dimake over dan rambutnya dipotong, jadi baru nampak lebih kemas dan stailo. Satu lagi watak yang annoying dalam drama ini adalah mak Koo Jung Hee tu sendiri yang materialistik dan mata duitan. Watak paling menarik dan psiko sekali dalam drama ini adalah Lee Eun He / Moon Eun Kyung yang dilakonkan oleh Cho Yeo Jeong. Aku rasa watak ini memang sesuai sangat dengan Cho Yeo Jeong ni, aku suka wataknya yang sentiasa manis tersenyum, nampak baik, peramah, mesra namun dia penuh misteri dan ada agendanya yang tersendiri. Sebelum ini aku tak berapa suka dramanya yang terdahulu iaitu Divorce Lawyer In Love tapi menerusi drama ini, aku makin suka pula dengan lakonannya yang versatil itu. Aku suka plot twist dalam drama ini, di mana aku ingatkan Lee Eun Hee buat semua benda tu sebab dia cemburukan Sim Jae Bok yang pernah bercinta dengan bekas suaminya masa zaman belajar dulu tapi sebaliknya pula yang terjadi. Di mana Lee Eun Hee ini ingin merampas Koo Jung Hee dari Sim Jae Book, Lee Eun Hee ini sangat fanatik dan obses dengan Koo Jung Hee ini sejak zaman belajar lagi dan dia tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan K. Jung Hee
Percintaan antara Sim Jae Book dan Kang Bong Goo itu juga sweet dan comel, nasib baiklah Sim Jae Bok tu akhirnya menerima cinta K.Bong Goo tu sebab aku ingatkan dia mungkin akan balik semula pada Koo Jung Hee tu atas alasan anak - anak. Baguslah dia akhirnya move on, namun dalam masa yang sama masih berbaik - baik dengan K.Jung Hee dan menganggap K.Jung Hee itu sebagai kawannya. Aku juga kagum melihat persahabatan Sim Jae Bok yang masih baik dengan dua sahabat baiknya sejak zaman sekolah lagi iaitu Na Hye Ran dan Kim Won Jae. Setiap kali Sim Jae Bok berada dalam kesusahan, 2 kawan baiknya inilah yang sentiasa membantu dan berkongsi masalah. Selain itu aku juga tertarik dengan lakonan In Gyo Jin yang melakonkan watak Hong Sam Gyoo yang merupakan seorang peguam, majikan Sim Jae Bok dan juga kawan baik Kang Bong Goo. Sejak kebelakangan ini In Gyo Jin dah banyak melakonkan watak komedi berbanding watak serius. Aku pernah lihat dia melakonkan watak suami yang paling teruk dalam drama Korea Make A Woman Cry, dan dalam drama tu, wataknya itu sememangnya sangat dibenci penonton. Tak sangka juga In Gyo Jin ini boleh melakonkan watak komedi dengan baik sekali. Lagu tema / OST Ms. Perfect ini juga best, walaubagaimanapun aku agak keliru dengan satu hal, dimana aku tertanya - tanya juga, apa jadi dengan bekas suami Lee Eun Hee yang bernama Cha Kyung Woo itu, tahu - tahu dia diculik masuk ke dalam van kemudian sampai habis drama ini tak tahu apa yang jadi padanya.
Ending drama Ms. Perfect ini memang suspen, bila Lee Eun Hee tahu niat sebenar Koo Jung Hee kembali padanya dan juga bila K.Jung Hee mencuri bukti pembunuhan Jung Na Mi yang disembunyikannya dalam peti ais. Tak sangka pula Lee Eun Hee meletakkan bukti pembunuhan yang dilakukannya dalam peti ais, patutlah dia tak nak kemas peti ais itu walaupun berkali - kali telah disuruh oleh Mak K.Jung Hee tu. Part Lee Eun Hee buat majlis perkahwinan dia tu pun suspen, bila dia start membakar bilik tu, nasiblah K.Bong Goo datang tepat pada masanya. Ending drama ini memang happy endinglah bagi aku, walaupun aku tak pasti sama ada Sim Jae Bok tu dah kahwin or belum dengan Kang Bong Goo tu masa last scene dalam drama ini. Walaubagaimanapun aku memang enjoy menonton drama ini, aku sentiasa tak sabar nak menonton episod seterusnya dan aku bagi 9 Bintang dari 10 Bintang untuk Korean Drama Ms. Perfect ini.
best ye? huhu
BalasPadamcantik header baru :)
aah best..
Padamterima kasih :)
Boleh bookmark drama ni, nnt nak tengok la juga, pelakon pun best2..
BalasPadammacam best je, nanti nak tengoklah sebab banyak kdrama yang on air banyak dah ending, huhu
BalasPadamwww.neezalife.com
Nak tengok cerita ni kat mana ehhh... 2 bulan lebih cari tp tk jumpa :(
BalasPadam