Review Drama Korea - Saimdang Light's Diary
Assalammualaikum..
Hari ini seperti biasa aku nak buat review Drama Korea yang bertajuk Saimdang, Light's Diary / Saimdang, Memoir Of Colors. Drama ini sepatutnya mempunyai 30 episod namun akhirnya menjadi 28 episod saja. Walaubagaimanapun hanya versi Korea saja mempunyai 28 episod tapi dalam International Version ianya kekal menjadi 30 episod. Drama Saimdang ini release pada 26 Januari dan tamat pada 4 Mei 2017 dan ianya disiarkan bagi menggantikan drama The Legend Of The Blue Sea dan akan digantikan dengan drama Suspicious Partner. Selain itu drama ini dibarisi oleh ramai pelakon hebat seperti Lee Young Ae, Song Seung Heon, Oh Yoon Ah, Choi Cheol Ho, Yun Da Hun, Yang Se Jong, Choi Jong Hwan, Kim Hae Sook, Park Jun Myun, Park Hye Soo dan ramai lagi. Pengarah drama ini pernah mengarah drama - drama best seperti Tamra, The Island, Birdie Buddy, Bride Of Century dan lain - lain lagi. Setelah lama berehat, Lee Young Ae membuat kemunculan semula menerusi Drama Saimdang Light's Diary ini. Filem terakhir lakonan Lee Young Ae adalah pada tahun 2005 iaitu Sympathy For Lady Vengeance manakala drama terakhir lakonannya adalah pada tahun 2003 iaitu Jewel In The Palace. Berbalik pada drama Saindang ini, aku suka bila diorang selang - selikan antara zaman dulu dan zaman moden.
Ramai pelakon dalam drama ini yang memegang 2 watak, iaitu watak pada zaman dulu dan watak pada zaman moden. Contohnya Lee Young Ae memegang watak sebagai Shin Saimdang dan juga Seo Ji Yoon, Yang Se Jong pula memegang watak Lee Gyeom sewaktu remaja dan juga Han Sang Hyun, Choi Jong Hwan sebagai King Joongjung dan Prof Min Jung Hak. Siapa yang tengok drama ini pasti kesian dengan nasib Shin Saimdang ini, kisah cintanya dengan Lee Gyeom tidak kesampaian, walaupun mereka berdua dilahirkan semula di zaman moden ini. Part yang paling aku stress sekali pastilah tentang suami Saimdang yang tak berguna itu, dah lah pemalas, senang kena tipu, lepas tu boleh pula curang dengan Saimdang ni. Manakala Lee Gyeom pula, walaupun Saimdang dah kahwin dan ada anak berderet - deret, dia tetap menyayangi Saimdang dari jauh, dia sentiasa ada dan sentiasa membantu Saimdang yang sering berada dalam kesusahan. Kedua - dua mereka ini mempunyai bakat melukis, siap melukis potret raja lagi. Sayangnya ketika di zaman moden, Saimdang atau Seo Ji Yoon tidak ditakdirkan bersama Lee Gyeom juga, watak mereka ketika di zaman moden hanya bertemu di episod akhir drama ini, itu pun sekejap saja, hanya berpandangan dan tidak bercakap pun. Aku ingatkan dah zaman moden ni, bolehlah diorang bersama kembali kan. Tapi tekaan aku salah kerana Seo Ji Yoon tu dah ada hidupnya sendiri.
Menerusi drama Saimdang ini juga aku dapat belajar tentang betapa susahnya untuk menghasilkan kertas pada zaman dulu. Dalam drama ini ada ditunjukkan tentang proses untuk membuat dan menghasilkan kertas bermula dari pokok, sebab Saimdang ada menjalankan perniagaan membuat kertas sekaligus berjaya mendapat kontrak untuk membuat kertas untuk Dinasti Ming (China) kot kalau aku tak silap. Watak jahat yang paling dibenci sekali mestilah watak Raja dan juga dirinya yang dilahirkan semula dalam zaman moden ini menjadi Prof Min Jung Hak. Cara Prof Min Jung Hak menganiaya Seo Ji Yoon di Itali itu sangat tidak wajar, malah dirinya tak habis - habis nak menyusahkan hidup Seo Ji Yoon. Manakala pada zaman dulu pula aku ingatkan raja Joongjong ini baik sebab dia nampak sangat mengambil berat pada Lee Gyeom. Tak sangka pula dia boleh berubah seratus peratus jadi jahat dan nak membunuh Lee Gyeom selepas itu. Kadang - kadang stress juga tengok personaliti Saimdang yang terlebih baik ni, plus dia juga sangat setia pada suaminya walaupun dia sebenarnya boleh je bercerai dan pergi pada Lee Gyeom tu. Tapi mungkin juga penceraian pada zaman dulu tidak semudah seperti zaman sekarang sebab itulah Saimdang tidak mahu bercerai dengan suaminya walaupun dirinya mencintai Lee Gyeom.
Selain itu aku juga suka tengok hubungan persahabatan Seo Ji Yoon dengan kawan baiknya iaitu Ko Hye Jung dan juga juniornya iaitu Han Sang Hyun. Walaubagaimanapun di episod akhir drama ini, aku rasa macam pelik pula tengok hubungan Ko Hye Jung dan Han Sang Hyun ni, sebab nampak diorang macam ada skandal pula tetapi tidak diceritakan lebih lanjut pula dalam drama ini, lagipun Hye Jung tu dah ada suami, tu yang nampak pelik bila dia rapat semacam dengan Han Sang Hyun ni hahahaha. Apa pun kisah cinta antara Saimdang dan Lee Gyeom ini memang kisah cinta sejati gitu, walaupun tidak dapat bersama, mereka tetap mencintai antara satu sama lain dari jauh. Lagu Tema / OST Saimdang Light's Diary ini okey je bagi aku, sedap juga bila dengar. manakala Ending Drama ini agak kurang menarik bagi aku, sebab tiada kisah cinta antara Seo Ji Yoon dan Lee Gyeom pada zaman moden ni, malah part mereka bertemu secara tidak sengaja di episod akhir drama ini juga sekejap sangat. Apa pun aku enjoy juga menonton drama ini dan aku bagi 7.5 Bintang dari 10 Bintang untuk drama korea ini.
Siapakah Sebenarnya Saimdang ini? (In Reality) boleh lihat gambar di bawah ini ye..
Menarik juga ye drama ini.. Nantilah cari..
BalasPadamSALAM 26 RAMADHAN
BalasPadamDI TAG : https://belogsjm.blogspot.my/2017/06/segmen-bloglist-haslina-july-2017.html
tingat dulu time Jewel in The Palace famous hehe.. lama betul dia x belakon and comeback yang dinantikan..
BalasPadamLast2 cerita dia cam pening sket. Aku sabar tgk cerita no si hero dia jek. Hahaha
BalasPadamTp mmg berbaloi tgk citer prasejarah korea. Byk benda baru yg kita tau psl culture diorg. Msia bila nk wat drama camtu? Hohoho