Resepi Biskut Raya Mentega Kacang
Assalammualaikum..
Selain biskut raya popular yang lain seperti Almond London, Semperit, Biskut Mentega Kacang juga antara kegemaran aku. Sedapkan biskut Mentega Kacang ini, siapa suka makan kuih raya ini jugak, sila angkat tangan sekarang hehe. So hari ini aku nak share resepi biskut ini dalam entry ini. Resepi ini credit pada owner resepi ini iaitu Citarasawan. Aku ambil resepi ini dari Facebook Jom Buat Kuih Raya. Selamat Mencuba ye.
Resepi Biskut Mentega Kacang
Bahan - Bahan
.
250gm Mentega
140gm Gula Perang
1 sudu teh Esen Vanila
60gm Mentega Kacang / Peanut Butter
270gm Tepung Rose
80gm serbuk Kacang Tanah
40gm Tepung Kastard
30gm Tepung Kentang
1 biji Kuning Telur
.Kacang Tanah untuk hiasan.
.
Cara - Cara Membuat Biskut Mentega Kacang
.
1. Krim mentega dan gula perang. Masukkan mentega kacang dan kuning telur, sebatikan.
2. Masukkan tepung yang telah diayak bersama dan serbuk kacang tanah, gaul hingga menjadi doh yang lembut.
3. Ambil doh sebesar ibu jari dan gentel bulat. Sapu telur diatasnya dan hias dengan kacang tanah.
4. Susun di dalam dulang pembakar yang telah digris dan bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit.
.Selamat mencuba..
Uish.. sedapnya..
BalasPadamwow... bulat gebunya...
BalasPadammy mom suka buat biskut kacang ni.
BalasPadamsedapnyaaa nampak gebu.. terima kasih joi GA blh pm alamat
BalasPadam