-->

22 Jun 2017

Resepi Biskut Arab Susu Yang Lazat & Gebu

Resepi Biskut Arab Susu Yang Lazat & Gebu

Assalammualaikum..
Lagi beberapa hari saja nak raya ni, pasti ramai dah buat kuih raya ataupun nak buat kuih raya di saat - saa akhir gitu. Jadi hari ini aku nak kongsi resepi Biskut Arab Susu, kalau tengok rupa biskut Arab Susu ni nak sama macam Biskut Suji je kan hehe. Apa pun tak kisahlah pasal nama biskut ni, yang penting rasa biskut tu sedap betul tak? hehe. Apa pun resepi ini credit pada ownernya iaitu YatiMemories, selamat mencuba ye..

Resepi Biskut Arab Susu Yang Lazat & Gebu

Bahan-Bahan

2 cwn Susu Tepung ( biasa guna susu nespray)
2 cwn minyak sapi-(tak perlu di cairkan dulu)
sedikit garam
7 cwn tepung gandum(di ayak)
ceri merah secukupnya-potong kecil2
Gula aising ( untuk gaul biskut bila dah masak sahaja)
.
Cara Penyediaan

Campurkan susu tepung+minyak sapi+sedikit garam, gaul sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
Bentukkan doh menjadi bulat2 kecil, hias dgn ceri dan bakar hingga masak ( 15-20min) pada suhu 180 C.
Bila dah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan gula aising, kemudian siap!

Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story

2 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017