-->

15 Jun 2017

Resepi Biskut Nestum Yang Rangup & Sedap

Resepi, Biskut Raya, Biskut Nestum, Kuih Raya, Biskut Sedap, Rangup, Menu Raya, Hari Raya, Bulan Puasa, Ramadan,
Resepi Biskut Nestum Yang Rangup & Sedap (Biskut Raya)

Assalammualaikum..
Biskut Nestum ini memang sedap dan ranggup, memang antara biskut raya kegemaran aku, so dalam entry ini aku nak share resepi Biskut Nestum ini. Resepi ini credit to owner resepinyer dan aku ambil resepi ini dari Facebook Jom Buat Kuih Raya. Jadi selamat mencuba ye..

Resepi Biskut Raya - Biskut Nestum Yang Rangup & Sedap

Bahan - Bahan

125 gram Butter, premium Anchor butter
1/2 Cawan Gula Kastor
1 sudu teh Esen Vanilla
1 biji Telur
1 cawan Tepung Gandum
1 1/2 sudu teh Serbuk Penaik
1 cawan Nestum original, kisar halus
1 cawan Nestum original, tak perlu kisar

Bahan untuk hiasan

Ceri merah atau hijau, hiris kecil
Sedikit Nestum original, tabur atas pinggan untuk salutan doh

Cara Penyediaan

Untuk bahan kering, ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Satukan dengan serbuk Nestum kisar dan juga Nestum yang kasar. Dalam mangkuk berasingan, pukul butter (yang sudah dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula kastor sehingga putih dan berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul sehingga kembang.

Masukkan bahan kering tadi. Kacau sehingga betul-betul sebati menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh seketika. Uli menjadi bentuk bulat sebesar guli (kecil sedikit jika anda suka biskut yang kecil). Gulingkan doh di atas Nestum dan susun di atas dulang yang telah digris dengan Butter. Tekan dengan garfu dan hiaskan dengan ceri. Bakar pada suhu 175, selama 15-20 minit.

Miss Banu Signature, Tandatangan, Miss Banu, Blogger, Blog Miss Banu Story,

2 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017