-->

17 Apr 2012

FiLem PertaMa ganDiNgan JoHaN & ZiZaN(JoZaN)-UncLe UsiN


JoZan dulu2
JozaN skrg hehehe
JoZan terkini terlatest ^_^

Assalammualaikum...
Okey sebelum nih mesti ramai yg tertanya-tanya kenapa Johan dan Zizan x berlakon dlm 1 filem..so ini lah diaa filem Uncle Usin yg merupakan filem pertama diorang bersama-sama..akhirnyaa kan ada jugak..dalam filem ni Nabil juga berlakon..filem ni mengangkat tema penyiasatan...

Diarahkan oleh Husri Hj. Husain, filem Uncle Usin yang menelan belanja RM 1.2 juta dan 16 hari penggambaran ini, mengisahkan bagaimana Spy 13 ( Zizan Razak ) seorang penyiasat yang ditugaskan menyelesaikan masalah dihadapi oleh Datuk Haris ( Mat Over ) , atas permintaan anaknya Julia ( Shikin Kamal ). Siasatan itu menjadi lebih rumit apabila Spy 13 telah bertemu Spy 11 ( Johan Raja Lawak ) , seterunya ketika menuntut ilmu persilatan dahulu. Dalam masa yang sama juga, Spy 13 telah mengetahui dalang di sebalik perkara yang terjadi adalah angkara Manan ( Ebby Yus ).
Bagi Johan, filem Uncle Usin merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna buatnya. Kata Johan,

Inilah kali pertama kami bergandingan ( merujuk kepada Zizan Razak ) dalam sebuah filem, dan ianya satu pengalaman cukup menarik. Tambahan pula, kerjasama dengan pelakon lain, seperti Shikin Kamal, Mat Over, Ebby Yus, menjadikan filem Uncle Usin ini sebuah filem keluarga yang harus ditonton..Zizan Razak, memegang watak Spy 13 pula berkata, Uncle Usin merupakan sebuah filem penyiasatan dengan unsur komedi yang pastinya mencuit hati:-
Buat pengarah juga penulis skrip untuk Uncle Usin, Husri Hj. Husain berkata, peluang mengarah filem ini merupakan satu pengalaman yang pastinya tidak dapat dilupakan. Kata Husri,Bila kali pertama saya diberitahu untuk mengarah sebuah filem gandingan Zizan Razak dan Johan, saya seperti tidak percaya. Mungkin, ini peluang yang pengarah lain idamkan.
Bekerjasama dengan mereka ( Zizan Razak Dan Johan ) cukup menarik, kerana masing-masing memberikan idea kreatif yang mampu memberikan satu impak berlainan untuk filem ini.

Wahhh mcm best je kan cite nih maklumlah Jozan yg berlakon kan..aku rasa filem nih mmg akan laku kt pawagam..mesti korang heran kenapa aku letak gambar Jozan dulu2 smpai terlatest kan??sebenarnya filem Uncle Usin nih dah agak lama diperam tengok jela gambar yg pertama tuh JoHan kurus lagi tuh Zizan pun nmpk kurus keringnyer lgi hehe..bezakan dgn yg skrg dn yg trkini..Jozan dh berisi skit tpi still comey lgi hahaha..filem nih lama diperam dlm beberapa tahun juga..skrg nih baru nk kuar..aku rasa diorang shooting filem nih masa lepas Raja Lawak musim kedua yg Nabil menang tuh...sekitar tahun 2008 kot skrg dh 2012..lama gak terperam..x kisahlaa jnji JoZaN yg Berlakon heeeee.. ^_^

13 ulasan:

  1. eeeee..tak sabar nak tunggu filem dorang keluar :)

    BalasPadam
  2. Mst bestkan...tgk muka zizan je da memang lawak..hehehehehe

    BalasPadam
  3. wah...tak sabar mau tgk ne filem..msti pecah panggung punye..

    BalasPadam
  4. kompom gegar panggung kan...
    miss banu msti xakan lepaskan peluang nk kan..

    BalasPadam
  5. dgr johan melawak kt radio pun dh gelak sakan. nikan plak tgk filem diorg berlakon. huhu.. nk tgk gak. dh terpengaruh ngn miss banu. :)

    BalasPadam
  6. yeahhh.. wajib tengok ni... huhu.. minat dgn mereka berdua jugak...

    BalasPadam
  7. sy selalu gelak klu tgk zizan.;)

    BalasPadam
  8. wah...terbaik la zizan...

    BalasPadam
  9. kene lah tu dgn ebby yus. terkekek lahhhh nnt. hehe.

    BalasPadam
  10. kene lah tu dgn ebby yus. terkekek lahhhh nnt. hehe.

    BalasPadam
  11. tgkkn dr pelakon mmg boleh melatop filem ni..hehee almaklom ler jozan kan ramai peminat...

    BalasPadam
  12. mesti best punya..tengok muka johan saja pun boleh gelak..=)

    BalasPadam
  13. tak sabar nk tgk..sebab jozan..haha

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017