-->

12 Mac 2013

I Miss You- Korean DraMa Review

Assalammualaikum
Hari ni nak buat review ttg drama Korea yg aku dh tengok baru-baru ini..Drama ini dalam kategori Melodrama..drama air mata gitu penuh kesedihan dan dendam..Drama ni baru je habis ditayangkan di Korea pada Januari yang lalu, 21 Episod kesemuanya..apa yang menarik minat aku untuk tengok cite ni adalah sebab para pelakonnya kerana aku mmg familiar dgn pelakon cite ni sebab semuanya agak popular..Hero drama ni Park Yoo Chun yang sebelum ni popular dengan drama Rooptop Prince manakala Heroin cite ni mmg popular iaitu Yoon Eun Hye yg terkenal dgn drama Princess Hour, Lie To Me, Coffe Prince dan mcm2 lagi. Hero kedua dalam cite ni pula pernah berlakon dalam drama Arang And The Magistrate..so bila semuanya digabungkan dlm satu drama mmg seronoklaa nk tengok kan hehe..

Drama ni bermula ketika mereka berumur 15 tahun yg mana ketika ini watak mereka dimainkan oleh pelakon kanak-kanak..dan untuk watak dewasa barulah hero dan heroin drama ini mengambil alih. Ternyata lakonan kesemua pelakon dalam cite ni sangat cemerlang sehingga mendapat anugerah dalam 2012 MBC Drama Awards antara award yang mereka dapat seperti Excellence Award, Miniseries, Actor - Park Yoo Chun, Best Child Actor, Best Child Actress, Popularity Award- Yoon Eun Hye, Hallyu Star of the Year- Yoon Eun Hye. 
SiNopSis
Han Jung Woo dan Lee Soo Yeon satu sekolah dan berkawan baik. Masing2 berumur 15 tahun, Lee Soo Yeon dipulaukan disekolahnya kerana ayahnya adalah seorang pembunuh dan hidupnya penuh dengan kemiskinan dan kesusahan hanya Han Jung Woo satu2nya kawan baiknya merangkap cinta hatinya. Satu Insiden penculikan berlaku dimana kedua dua mereka diculik dan membawa tragedi apabila L.S.Yeon dirogol didepan H.J.Woo dan selepas kejadian ini mereka berdua terus terpisah apabila L.Soo Yeon menghilangkan diri sebelum akhirnya bertukar identiti menjadi Zoey dan menjadi Fashion Designer serta Hidup bsama dgn Harry yang menjadi kawannya sejak die terpisah dgn H.J.Woo. Manakala H.J.Woo menjadi seorang detektif  dan cuba mencari L.Soo.Yeon yg telah hilang sekian lama. Keadaan mula berubah bila H.J.Woon berjumpa semula dgn L.S.Yeon dan menyebabkan Harry menjadi cemburu serta cuba membalas dendam pada H.J.Woo yg merampas L.S.Yeon drpnya serta membalas dendam lamanya pada Bapa H.J.W yang membunuh ibunya.

WataK PerWatakkaN

Bagi pada sesape yg agak senang menangis bila tgk cite2 sedih berkemungkinan besar akan menangis tengok cite ni hahaha..memang agak sedih tengok cite ni terutama part penculikan tuh..dan satu lagi drama ni juga ala2 drama penyiasatan polis gitu bila ianya turut memaparkan adegan2 soal siasat polis dengan penjenayah adegan kejar mengejar polis dgn penjahat dan semuanya yang bersangkut paut dengan polis ni..memang akan rasa kesian dengan semua watak utama dalam cite ni sebab kesemuanya adalah mangsa keadaan..masa silam membuatkan mereka terpisah serta kesilapan ibu bapa menyebabkan anak yg menjadi mangsa..sape2 nak tengok cite ni leh tgk online kt maaduu x pun kt laman web lain..aku bagi 3.5 untuk drama ni dari 5 bintang =)
Wajah Ceria 3 pelakon utama dalam Drama ini..

13 ulasan:

  1. hehe , saya pon follow cite ni dari awal . memang best ! kita geng !

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian. saya jarang tengok cerita Korea. nanti bolehlah tengok cerita ni. baca sinopsis pun dah nampak best.

    BalasPadam
  3. kita x minat citer korea....tp kita tgk running man kehkehkeh

    BalasPadam
  4. cam menarik jer...sekarang akak tgh layan dekat 393 welcome my life the rain...lebih kurang gitulah tajuknya...hihihi

    BalasPadam
  5. mesti sedey....dpd kwn betukar jd lwn dsbbkn siifat cemburu..

    BalasPadam
  6. Hi,jom join segmen Ayna? ^^
    http://teenagersareawesome.blogspot.com/2013/03/segmen-exchange-banner-and-link-by.html

    BalasPadam
  7. Cerita balas dendam la ni ye Banu..

    BalasPadam
  8. mereka comel..tp errr.. kureng minat... huhu

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017