-->

9 Feb 2014

Sepahtu Juara Maharaja Lawak Mega 2013


Assalammualaikum..
Akhirnya kumpulan Sepahtu dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013). Bertemakan Bebas dan Muzikal Komedi, Sepahtu berjaya memperoleh markah/undian tertinggi sebanyak 72 % dan melayakkan mereka menjadi juara. Manakala di tempat kedua jatuh kpd kump Shiro yang berjaya mendapat 69 %. Tempat ketiga pula milik kumpulan Bocey yang mendapat undian sebanyak 68% dan mereka juga turut menang "Man Of The Match" untuk Final MLM 2013 ini. Tempat ke-4 pula milik kump Jambu yg mndapat 65 % dan Nabil di tempat kelima dengan 64%. Peratusan undian mereka sangat dekat beza 3 peratus dan 1 peratus jer. Saingan memang sangat sengit dan bergantung pada rezeki masing2 lah kan.
Shiro dlm MLM2012 mereka mendapat tempat ketiga manakala di MLM2013 dapat jadi Naib Juara. Ada peningkatan disitu cuma untuk final MLM2013, Sketsa pertama diorang agak slow sikit n diorang x patut buat lgi ulangan watak Majibur tu. Tapi sketsa kedua mereka mmg happening. Nabil juga agak menyerlah dlm sketsa pertamanya. Manakala untuk sketsa keduanya Nabil banyak meluahkan apa yang die rasa sepanjang menyertai MLM ini. Sebak juga dengar luahan hati Nabil tu. Kemungkinan untuk MLM2014 ada beberapa kumpulan yang tak akan bertanding lagi disebabkan nak berehat or mungkin ade gak yang merajuk gitu sebab tahun ni, Peserta MLM banyak kena ktirik teruk dengan para peminat MLM.
Ada jugak yang mengatakan Bocey patut jadi juara, tapi bagi aku prestasi Bocey memang sangat baik dan meningkat, cuma apa yg aku tengok Bocey dari awal hingga sekarang sering menggunakan Abam untuk dijadikan bahan lawak. Mungkin diorang patut kurangkan mengunakan isu fizikal Abam sebagai bahan lawak. Apapun memang tak dinafikan yang persembahan Bocey di final sangat meriah gitu, mereka begitu enjoy dalam persembahan mereka. Kita yang tengok pun rasa happening jer. Suka tengok Achey menyanyi lagu nada tinggi hihi dan Fad Rap memang terbaik hehe.
Jambu untuk tahun ini mendapat tempat keempat berbanding di MLM2012 mereka menjadi Naib Juara. Apapun semua rezeki masing2 dan Jambu tetap sangat menghiburkan sepanjang di MLM2013 ni, cuma di Final, sketsa Jambu agak kurang menyengat sikit berbanding minggu2 sebelumnya. Apapun tetap suka dengan semua finalis Raja Lawak Musim pertama ni iaitu Jambu dan Jozan hehe. Sayangnya JOZAN takde pula di Final MLM2013 ni huhuhu. Ntahlaa bilalah agaknya dapat tengok JOZAN comeback semula, mungkin kena tunggu lama sikit lg. Pasni layan JoJep kat School Of Lawak pulak. 
Apapun tamat sudah MLM2013 dan tahniah pada semua Finalis MLM2013 nih.
Read More »

Minions

Read More »

Bel Ami/Pretty Boy- Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat review drama korea yang bertajuk Bel Ami/PrettyBoy/Pretty Man yang dilakonkan oleh Jang Geun Seuk,  IU, Lee Jang Woo, Han Chae Young. Drama ni ada 16 episod kesemuanya dan ditayangkan di channel KBS (391). Drama ni bergenre Romantik Komedi. Rasanya Jang Geun Seuk memang sesuai sgt bawa watak utama dlm drama ni sebagai Dokgo Mate ni sbb sesuai dgn muka die yg cute tu. Walaubagaimanapun aku kurang berkenan dgn karakter IU sbg Kim Botong dlm drama ni sebab watak die yang sangat fanatik, obses dan sgt gilakan Dokgo Mate. Kesian dengan hero kedua drama ni, cinta dia tidak dipedulikan oleh Botong sebaliknya tetap mengejar Dokgo Mate tu sedangkan Dokgo Mate awalnya tidak kisah langsung pasal Botong sebaliknya mengejar perempuan2 kaya.
Majoriti pasti akan suka dengan karakter watak hero kedua cite ni iaitu Lee Jang Woo sebagai David Choi sebab die ni sangatlah baik dan sanggup buat apa saja demi Kim Botong. Tapi kesian gak kat die sebab die bertepuk sebelah tangan jer, Botong hanya sukakan Dokgo Mate. Dalam drama ni Lee Jang Woo rambut panjang sikit kalau die rambut pendek mesti lagi smart macam dalam drama I Do I Do tu. Drama ni pada peringkat awal mungkin boring sikit tapi lama kelamaan ianya menjadi semakin best bila rahsia demi rahsia terbongkar especially part siapa ibu dan ayah Dokgo Mate yang sebenar dan adakah die ada hubungan adik beradik dengan David Choi yang turut ada hati pada K.Botong tu. Selain itu banyak gak adegan2 kelakar dlm drama ni especially part Dokgo Mate jadi cemburu bila tengok kemesraan Kim Botong dengan David Choi tu. Comel jer bila die jeles hihi.
Drama ni banyak gak pengajaran menerusi watak Dokgo Mate yang awalnya hanya bergantung pada duit perempuan2 kaya untuk support kehidupannya. Namun dengan kehadiran Hong Yoo Ra dalam hidup Dokgo Mate kehidupannya mula berubah, dia mula belajar dari bawah dengan membuat perniagaan kecil-kecilan menjual stokin dengan dibantu oleh Botong dan David Choi. Dokgo Mate juga mula sedar akan makna dan kepentingan duit, duit itu boleh merubah seseorang menjadi kejam, tamak sekiranya tidak berhati-hati. Hong Yoo Ra turut menyuruh Dokgo Mate merapati dan berkenalan dengan 10 orang wanita yang mahir dalam pelbagai bidang dan belajar daripada mereka bagaimana untuk berjaya.
Drama ni juga turut memaparkan Cinta tiga segi antara Kim Botong, Dokgo Mate dan David Choi. Setelah kehadiran David Choi dalam hidup Botong, Dokgo Mate mula berasa cemburu sedikit pada kemesraan mereka sekaligus mula menyukai Kim Botong yang sememangnya sangat obses dengannya. David Choi sentiasa bersama dan membantu Botong dalam susah dan senangnya namun Botong tetap setia dan hanya cintakan Dokgo Mate. Akhirnya David Choi terpaksa juga melepaskan Botong dan kekal sebagai kawan sahaja. Nasiblah happy ending drama ni tau, David Choi akan jumpa pengganti Botong nanti.
Nama2 watak dalam cerita ni macam pelik sikit n jarang didengar cthnya Botong, Dokgo Mate hihi. Apapun drama ni kira boleh layan lah, best gak disamping dalam drama ni ada nama besar seperti Jang Geun Seuk. Secara kebetulannya juga ketiga-tiga watak utama drama ni iaitu J.Geun Seuk, IU, Lee Jang Woo merupakan penyanyi juga. So OST lagu dlm cite ni banyak menggunakan suara mereka menyanyi sendiri. Bagi aku drama ni okey jer cuma di permulaan cerita agak boring sikit n IU macam x sesuai bawa watak Kim Botong tu. 
Drama ini ditayangkan menggantikan drama Secret Love.. dan setelah tamat drama ni akan digantikan pula oleh drama baru yang bertajuk Inspiring Generation lakonan Kim Hyung Joong. IU juga pernah beberapa kali muncul dalam Running Man.

Sinopsis..

Dokgo Ma-Te is the most beautiful man in the world. He is also an ambitious man and wants to make a lot money using his beautiful appearance. Dokgo Ma-Te meets Hong Yoo-Ra, the ex-daughter-in-law of a rich family. Hong Yoo-Ra recognizes Dokgo Ma-Te's ambitions and becomes his mentor. Hong Yoo-Ra then gives Dokgo Ma-Te a mission to seduce 10 different women. The women have all succeeded in different fields and Dokgo Ma-Te is to glean their special abilities.
A strange woman then appears in front of Dokgo Ma-Te. Her name is Kim Bo-Tong, an ordinary girl from poor background. She has a huge crush on Dokgo Ma-Te. Can she make Dokgo Ma-Te love her?


Watak Perwatakkan..
1-Jang Geun Seuk as Dokgo Mate
2- IU as Kim Botong..

























Lee Jang Woo as David Choi..





















Han Chae Young as Hong Yoo Ra























Aku bagi 3 bintang untuk drama ni dari 5 bintang.
Jom Baca Entry di bwh ni jugak..klik pada tajuk drama di bawah untuk membaca review drama tersebut.

Review Drama Lakonan Jang Geun Seuk yang terdahulu:-
#~ You'Re Beautiful..
#~ You Are My Pet (Movie)..

Review Drama Lakonan IU yang terdahulu:-
#~ Dream High..

Read More »

JOZAN Bakal Beraksi Di Final Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013)?

Assalammualaikum..
Ada yang request suruh buat entry pasal JOZAN hehe, lama tak buat entry pasal diorang rinduuu dgn JOZAN. Apapun selain tak sabar nak tunggu sapekah pemenang MLM2013, tentulah sangat tak sabar menanti adakah benar JOZAN akan turut berada dan beraksi di final MLM nanti. Semua masih tertanya-tanya adakah kejutan terbaik ni akan berlaku ataupun tidak. Mungkin jugak hanya Johan saja yang akan datang ke final nanti untuk mempromote School Of Lawak yang akan berlangsung selepas MLM2013 ni tamat, yang mana Johan dan Jep akan jadi hos nyer. Zizan maybe busy dgn shooting nyer, apapun tetap mengharapkan Johan dan Zizan akan datang sekaligus mengubat rindu peminat2 Jozan nih.
Tak silap aku, last JOZAN sama2 di tv masa Konsert Final AF2013 yang mana Johan datang dan buat suprise kat Zizan sekaligus membuatkan semua peminat terharu dan sebak gitu. Kemudian JOZAN bertemu sekali lagi di Istana Budaya untuk teater Bahayanya Wanita, yang mana Johan dan Ozlyn datang untuk menonton dan mensupport Zizan dalam teater berkenaan pada Disember lalu. So memang semua berharap agar JOZAN akan muncul di Final MLM2013 ni. Di Twitter memang banjir dgn tweet2 dari fans Jozan yg merequest dekat JOZAN, dekat Boss2 Astro agar Jozan tampil bersama di Final MLM2013 walaupun sekejap.

Itu antara sebahagian Tweet2 para peminat yang menginginkan JOZAN di Final MLM2013. Dahlaa Raja Lawak pun macam takde untuk tahun ni sebab diganti dengan School Of Lawak so memang ramai akan rindu dengan JOZAN nih. Apapun tahun ni akan ada Jozan The Musical di Istana Budaya serta mereka juga akan join MLM2014 nanti. Hope semuanya jd kenyataan.amin.
Apapun kita tunggu dan lihat jerlaa ada JOZAN ke tidak, dan siapakah bakal Juara MLM2013??

Baca entry dibawah ni jugak, klik pada tajuk dibwh untuk membaca entry berkenaan..
Read More »

5 Feb 2014

Air Mata 3 Solat

Read More »

4 Feb 2014

Sepahtu, Shiro, Jambu, Nabil & Bocey Layak Ke Final Maharaja Lawak Mega 2013

Assalammualaikum..
Minggu ke-12 MLM2013 telahpun berlangsung dan menyaksikan tiada penyingkiran serta semua peserta layak untuk ke final di minggu ke-13 nanti. Walaubagaimanapun sebelum tu Sepahtu hampir2 tersingkir namun terselamat setelah AC mengumumkan tiada penyingkiran untuk minggu ke-12. Tahniah untuk semua peserta. Ajak Shiro telah berjaya memenangi "Man Of The Match" untuk minggu ke-12 ni. Tema untuk minggu ini adalah pelajar Kolej dan Artis undangan. MLM untuk minggu ini juga dibuat di Johor dan ternyata sambutan disana sangat meriah sekali.
Kumpulan Bocey membuat persembahan pembukaan dan sketsa mereka yg pertama adalah berkaitan dengan Konvokesyen di Kolej dan untuk tema artis undangan, diorang telah membuat sketsa ala2 filem Gila-Gila Remaja tu dan artis undangan mereka adalah Hairul Azreen. Siap ade adegan bawa motor n adegan lawan sikit2 hihi. Walaubagaimanapun Bocey bertuah sebab walaupun kumpulan baru diorang tetap konsisten dan berjaya melangkah ke final MLM2013.
Sepahtu di sketsa pertama diorang buat pasal hantu di Asrama dan Shuib yang jadi hantu, hantu yang tak berdialog hehehe. Siap main Spirit of the coin bagai, tapi untuk sketsa ni Sepahtu mendapat 3 bintang saja. Manakala untuk sketsa kedua, Ebby Yus yang menjadi artis undangan dan sketsa kedua mereka berkaitan pembahagian harta pusaka, peguam dan sebagainya. Sedikit boring sketsa kedua mereka ni dan kali ni Jep pula yang xde watak hehehe. Apapun Sepahtu antara kump yang disebut-sebut untuk menang MLM kali ni. Adakah mereka akan bergelar juara nanti? sama2 lah kita nantikan.
Kump Shiro pula membuat sketsa tentang Senior dan Junior di Kolej yang mana Senior buli Junior gitu, siap ada tarian naga semua hehe, Shiro juga menyanyikan lagu JDT dan membuatkan penonton teruja. Untuk sketsa kedua, Awie menjadi artis undangan mereka, ingatkan Shiro jadi samseng mulanya sebab dok bergaduh tapi bila Awie masuk terus keadaan bertukar bila semua jadi lembut hahaha, comel Awie jd lembut hihi, x leh blah tgk Shiro pakai baju ada bentuk love gitu hehe. Shiro antara kump yang konsisten di MLM2013 dan disebut-sebut juga ada harapan utk menang MLM2013 ni dan kalau tak menang pun maybe Naib Juara gitu. Apapun di final anything can happen sama2 kita tunggu nanti.
Kump Jambu pula membuat sketsa tentang perbahasan dalam bahasa inggeris di Kolej, kiranya Yus dan Tauke kena speaking lah kan hihi memang diorang bedal jer, habis semua perkataan bahasa inggeris diorang sebut hihi..Walaupun diorang merapu jer cakap dalam bahasa inggeris tpi still ada kelakarnyer hehe. Manakala dalam sketsa kedua pula mereka buat tentang gangster ala2 KL Gangster 2 tu, siap ada Tailong gitu hehe, Artis undangan mereka adalah Rosyam Nor. Lawak jer siap buat senaman iya iyalah hehe, pastu x leh blah dengan baju Rosyam Nor ada Hello Kitty n warna pink tau siap ada rambu2 semua hihi comel.  Kalau dulu masa MLM2012, Jambu jadi Naib juara, dapatkah diorang pertahankan kedudukan Naib Juara tu ataupun diorang berjaya mendaki ke tahap tertinggi sekaligus menjadi juara MLM2013?. Sama2 kita tunggu keputusannya nanti.
Nabil pula membuat sketsa ttg Negro jual Jam kot kalau x silap, kemudian untuk sketsa kedua Nabil bersama artis undangannya Harith Iskander membuat sketsa menerusi nyanyian dalam lagu2 popular yang menang Anugerah Juara Lagu (AJL28) sebelum ni. Dalam sketsa tu, diorang sebut pasal juri2 kiranya satu juri satu lagu hehe. Walaupun awalnya x sempat nak nyanyi lagu ke-4 untuk Datuk Yusof Haslam tapi akhirnya diorang nyanyi gak walaupun sekejap. Nabil dalam ML2011 dia mendapat tempat ketiga kemudian dalam MLM2012 dia join Boboi dan mereka mendapat tempat ke 4 kot kalau tak silap. Mampukah Nabil mendapat num 3 atau melonjak menjadi Naib Juara mahupun juara sama2 kita tggu dan lihat.

Good Luck untuk Semua peserta..Gambar2 diatas credit to Facebook Maharaja Lawak.
Baca ini jugak..KLik Tajuk dibawah untuk membaca entry tersebut.

Read More »

2 Feb 2014

Cantik VS Baik

Read More »

1 Feb 2014

Tips-Tips Hijrah Diri

Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017