-->

26 Okt 2014

My Secret Hotel - Sesi Review Drama Korea

Assalammualaikum..
Hari ini nak buat Review Drama Korea yang bertajuk My Secret Hotel, lakonan Yoo In Na, Jin Yi Han, Namgoong Min, Lee Young Eun dan ramai lagi. Drama ini bergenre Romantik Komedi dan Misteri dan mempunyai 16 episod. Drama ini baru habis ditayangkan di Korea pada 14 Oktober yang lalu. Unsur2 sweet, kelakar dan misteri menjadi tarikan drama ini. Drama ini berkisarkan tentang kehidupan, kerjaya dan cinta Nam Sang Hyo yang merupakan ketua kepada Unit Perancang Perkahwinan Hotel Secret. Dia akhirnya bertemu dengan bekas suaminya dan ditugaskan pula menjadi pengurus kepada perkahwinan bekas suaminya sendiri iaitu Gu Hae Young. Keadaan menjadi lebih rumit apabila berlaku pembunuhan di hotel berkenaan ketika perkahwinan Gu Hae Young sedang berlangsung.
Selain itu dlm drama ini juga ada cinta tiga segi gitu diantara Manager Hotel Secret iaitu Jo Sung Gyeom dan juga Gu Hae Young (bekas suami) yang mahu merebut cinta Nam Sang Hyo. Manakala rakan sekerja Nam Sang Hyo iaitu Yeo Eun Joo pula bersaing dengan Nam Sang Hyo untuk cinta Manager Hotel berkenaan iaitu Jo Sung Gyeom. Jadi macam2 perkara lucu yang akan berlaku kerana masing2 tak mahu kalah dan mahu mendapatkan cinta yang dicari. Kisah Misteri pembunuhan yang berlaku di Hotel berkenaan juga akan membuatkan kita tertanya-tanya, apa yang jadi sebenarnya? dan siapakah dalang dan pembunuh yang sebenar?. Pekerja2 Hotel Secret ini masing2 mempunyai rahsia tersembunyi yang berkaitan dengan pembunuhan di hotel ini.
Suka gak tengok Manager Hotel iaitu Jo Sung Gyeom yang kelihatan sangat sayangkan Nam Sang Hyo tapi kadang2 die jadi agak menakutkan bila dia turut menjadi suspek kepada misteri pembunuhan di hotel tersebut disamping General Manager. Manakala watak Gu Hae Young ni agak keanak-anakan sikit bila die dengan Nam Sang Hyo. Manakala aku agak kurang gemar dengan perwatakan Nam Sang Hyo yang sentiasa keliru dan tak tahu apa yang die nak? dan siapa lelaki yang die nak pilih?. Watak Yeo Eun Joo ni pula agak giler2, berani, bijak dan die tahu apa yang die nak dalam hidup die. OST drama ni juga menarik dan sedap didengar mmg sesuai dengan drama ni.

Apapun jalan cerita drama ni mungkin sedikit slow, peringkat permulaan drama ni agak menarik namun lama kelamaan jalan ceritanyer menjadi sloww ini mungkin kerana penulis skrip yang berbeza. Sebab ada 2 penulis skrip untuk drama ini, penulis skrip yang pertama hanya sempat menulis skrip drama ini untuk episod 1-4 sebelum disambung oleh penulis skrip lain. Pendek katanya aku suka drama ni tapi takdelah sampai suka giler2 kan, suka gitu2 jer. Lagi satu aku tak berapa berkenan dengan rambut hero drama ni yang agak sedikit kerinting tu. Apapun drama ni happy ending okey. Tak sangka pembunuh sebenar adalah di kalangan pekerja Hotel tu juga. 
Apapun layannn jugak drama ni, tambah2 hero dan heroin drama ni juga mmg terkenal kan. Aku bagi 3 bintang dari 5 bintang untuk drama My Secret Hotel ini.

Baca Yang Ini Jugak~

Review Drama Lakonan Yoo In Na Yang Terdahulu:-


1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017