-->

7 Nov 2015

Layan Filem Bollywood Bhoothnath Returns

Assalammualaikum..
Beberapa hari lepas aku ada layannn filem hindustan / Bollywood kat Astro yang bertajuk Bhoothnath Returns (2014). Actually dah lama teringin nak tengok filem ni akhirnya dapat gak tengok kat tv sebab cite ni adalah sequel kepada filem Bhoothnath (2008) yang terdahulu. Pelakon hebat seperti Shah Rukh Khan dan juga Ranbir Kapoor ada buat Special Appearance dalam cite Bhoothnath Returns ni. Bhoothnath Return kalau diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu menjadi "Hantu Nath Kembali". Amitabh Bachan lah yang menjadi hantunyer hehehe, bayangkan kalau hantu bertanding dalam pilihanraya apa yang akan jadi? itulah yang berlaku dalam filem ni. Apapun memang layannn cite ni.
Filem ini juga banyak menerapkan unsur-unsur patriotisme gitu, kiranya banyak pengajaran yg dapat diambil dari filem ni contohnya setiap orang perlu tahu tentang hak-hak mengundi dan menggalakkan semua pergi mendaftar untuk mengundi. Disamping itu kita perlu memanfaatkan cuti hari mengundi dengan pergi mengundi dan bukannya menganggap ianya hari cuti semata-mata dan pergi holiday dsbnya. Aku juga suka tengok hubungan baik Bhoothnath dengan budak kecil yang bernama Akhrot dalam cite ni. Apapun Filem Bhoothnath Returns ni menghiburkan dan banyak pengajaran.

2 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017