24 Mac 2016

One More Happy Ending - Korean Drama Review


Assalammualaikum..
Drama One More Happy Ending atau turut dikenali dengan tajuk Happy Once Again adalah antara drama korea yang dah habis aku tengok pada 10 March 2016 yang lalu. Drama ini dilakonkan oleh Jang Na Ra, Jung Kyung Ho, Yoo In Na, Kwon Yul, Yoo Da In, Seo In Young dan ramai lagi. Sandara Park 2NE1 turut jadi cameo dalam episod awal cite ni. Drama ini bergenre Romantik Komedi dan mempunyai 16 episod. Ramai pelakon best2 ada dalam drama ni, aku suka plak tengok Jang Na Ra dalam cite ni, die sangat cantik, cute, comel dan lawa berbanding dengan drama2 nya yang terdahulu seperti Fated To love You dan I Remember You. Die ni kecik jer orangnyer, so bila dah make up, nampak comel gitu, macam barbie doll pun ade hahaha. Rasanya Jang Na Ra paling cantik sekali dalam drama ni. Terbalik pulak dengan Yoo In Na sebab dalam cite ni, die still comel tapi nampak serabut sikit dengan rambut kembangnya+kerinting tu. Drama ni ringan, pastu ada banyak sweet2 moment n qiut scene dan tak memerlukan korang berfikir cuma just enjoy jer jalan ceritanyer tu.
Pendek kata drama ini mengisahkan tentang masalah serta kisah percintaan 4 wanita yang juga merupakan kawan baik, mereka berempat ni dulu artis, dan merupakan anggota kumpulan wanita popular iaitu Angels. Walaubagaimanapun group mereka ni akhirnya berpecah namun keempat-empat mereka tetap kawan baik. Kini masing2 dah berumur dalam 30 tahun keatas namun mempunyai masalah dalam perkahwinan dan juga percintaan. Han Mi Mo (Jang Na Ra) mencari cinta baru selepas bercerai dengan suaminya, manakala Go Dong Mi (Yoo In Na) pula masih tidak berkahwin dan masih mencari calon suami yang terbaik untuk dirinya. Manakala Hong Ae Ran pula masih ragu-ragu untuk berkahwin dan Baek Da Jung pula ada masalah dengan suaminya. Apapun kisah paling utama kat sini mestilah kisah Han Mi Mo dengan kisah cinta tiga seginya antara Song Soo Hyuk (Jung Kyung Ho) dan Goo Hae Joon (Kwon Yul). Di peringkat awal agak stress juga tengok Song Soo Hyuk yang asyik ketinggalan dalam memikat Han Mi Mo, sedangkan die dah suka dengan H.Mi Mo sejak dari sekolah rendah lagi. Last2 Han Mi Mo tu bercinta dengan kawan baik Song Soo Hyuk iaitu Goo Hae Joon.
Setiap kali Han Mi Mo tu dalam masalah, S.Soo Hyuk laa yang akan jadi wira dan berkorban apa saja demi Han Mi Mo tu, bila benda ni jadi banyak kali, nak tak nak Han Mi Mo tu akan terjatuh hati gak la dengan S.Soo Hyuk tu. Awalnya aku menyampah gak dengan watak Go Hae Joon tu sebab die tak peka dan tak ambil berat dengan keadaan dan perasaan Han Mi Mo tu dan sentiasa kena ikut cara die jer. Tapi G.Hae Joon ni jenis bijak dan dapat meneka dengan tepat yang Song Soo Hyuk n Han Mi Mo tu dah jatuh hati antara satu sama lain. So die cuba memaksa agar Song Soo Hyuk ni pergi jauh2 dari dirinya dan H.M.Mo. Aku memang ingat yang Go Hae Joon ni memang jahat tapi tidak sebab akhirnya, die sendiri yang akan putuskan hubungan serta melepaskan Han Mi Mo tu pergi dan die jugalah yang akan telefon dan suruh Song Soo Hyuk tu balik semula ke Korea dan pergi berjumpa dengan Han Mi Mo tu. Part paling x leh blah sekali bila G.Hae Joon dan S.Soo Hyuk tu bergurau dan bergaduh macam budak2 okey, siap gi kat tempat permainan kanak2 yang ada di hospital tu dan saling baling bola antara satu sama lain. Kiranya masa ni diorang sama2 lepas geram dan stress yang dialami mereka selama ini. Apapun memang enjoy tengok scene ni sebab lawak betul lah diorang buat benda ni.
Seterusnya aku suka dengan karakter watak Song Soo Hyuk yang sangat romantik tu. Die ni memang jenis romantik giler pastu die menerima Han Mi Mo seadanya. Walaupun ada ramai perempuan yang nak kat die tapi die tetap cintakan Han Mi Mo sorang jer. Pastu die ni plak jenis yang tak mudah putus asa, yang mana die berkali-kali ajak Han Mi Mo kahwin dengan die. Tapi H.Mi Mo ni macam serik dengan perkahwinan die dulu n die takut kalau Song Soo Hyuk tu tetiba tak suka die pastu tinggalkan die, sebab tu die teragak-agak n cuba mengelak untuk berkahwin dalam masa yang terdekat. Aku juga suka dengan kisah watak Go Dong Mi (Yoo In Na) ni sebab die juga adorable cuma wajah dan rambut die jer yang macam serabut, siap dengan spek mata besar lagi. Go Dong Mi sentiasa cemburu dengan kawan2 die sebab die sorang jer tak kahwin2 lagi. Pastu dah laa die dah pernah kena tipu dengan kekasih die sebelum ni yang merupakan suami orang dan hanya nak kan duit die jer. Namun akhirnya die jumpa gak dengan lelaki yang betul2 sukakan die tapi masalahnya lelaki tu terlebih muda la plak, 9 tahun lebih muda dari Go Dong Mi dan hal ni membuatkan Go Dong Mi jadi serba salah, die cuba putuskan hubungan namun kekasih die tu tetap nak teruskan hubungan.
Han Mi Mo ni ada agensi mencari jodoh yang dinamakan Brave Wedding dan aku suka tengok gelagat pelanggannya yang bermacam2 ragam. Lagu tema / OST drama ni agak best juga terutamanya lagu english tu yang aku tak ingat tajuk die hehehe. Apapun Ending drama ni mestilah happy ending gitu, yang mana di episod akhir drama One More Happy Ending ni, Han Mi Mo akhirnya menerima lamaran Song Soo Hyuk, walaubagaimanapun kali ni Han Mi Mo pula yang buat kelainan dan melamar Song Soo Hyuk tu balik hehe. Baek Da Jung pula dah berbaik-baik dengan suaminya, siap berkahwin semula gitu. Go Dong Mi pula bahagia dengan kekasih mudanya tu hehe, Manakala Hong Ae Ran juga bahagia dengan suaminya yang dah berubah perangainyer. Scene2 sedih tak banyak sangat dalam drama ni sebab kebanyakannya lebih kepada kelakar, sweet macam tu. Apapun aku enjoy menonton drama ni dan aku bagi 7 dari 10 bintang untuk drama ni.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

4 ulasan:

dayah sanif berkata...

cerita ni tgk sekerat je

Kak Nieyl berkata...

Dah lama x ikut drama korea..
morning...♥

sHaRiNa eLyaNa berkata...

hi, wah jalan cerita yang menarik..sha suka dengan pelakon korea jang nara..jemput baca blog sha :)

Lyna Balyna berkata...

Sy pun lama x ikuti drama korea...kalau dulu2 sangat suka tgk tu...hehehee morning sis..jom follow my blog di www.miss1stfebruary.blogspot, sy dah follow blog sis tq..=)

Related Posts with Thumbnails