-->

26 Mac 2016

Sinopsis Filem Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi


Assalammualaikum..
Filem Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi telah pun ditayangkan di pawagam pada 17 Mac yang lalu. Filem ini bergenre komedi dan diarahkan oleh Eyra Rahman serta merupakan filem terbitan MIG. Filem ini dilakonkan oleh Atikah Suhaime, Hafreez Adam, Julia Farhana Marin, Aizat Hassan, Kartina Aziz, Rani Kulop, Vicha Saywho dan ramai lagi. Apapun jom layannn sinopsis filem ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi

Mengisahkan tentang Sapura (Atikah Suhaime) yang merupakan seorang peguam telah bercinta dengan seorang pelakon terkenal, Eddie (Hafreez Adam). Eddie sering digosipkan dengan seorang pelakon muda, Maya (Julia Farhana Marin). Gosip-gosip antara Eddie dan Maya ini menyebabkan Sapura mencurigai mereka berdua. Eddie menafikan perhubungannya dengan Maya tetapi sebaliknya Maya pula sering mengiakan perhubungannya dengan Eddie di media. Perhubungan Sapura dan Eddie menjadi semakin bergolak apabila Eddie tersilap menyebut namanya ketika sambutan hari jadi. Ini menyebabkan Sapura semakin jauh hati dengan Eddie dan membawa diri balik ke kampung Nanny Rockie (Kartina Aziz) dan Tok Daddy (Ayahanda Rani Kulop). 
Di kampung pula, Sapura bertemu kembali kawan baiknya semasa kecil, Hisham (Aizat Hassan) dan adik-adiknya, Akim (Izzy Zulkhazree), Afiq (Muhammad Mirza Ihtisyam) dan Sarah (Ainun Batrisya). Hisham memang menaruh hati dengan Sapura sejak dari kecil manakala adik-adik Sapura memang tidak menyukai Eddie mempunyai hubungan dengan kakaknya. Bagaimana pengakhiran hubungan Sapura dan Eddie? Adakah Sapura memaafkan Eddie atau menerima Hisham dalam hidupnya? Benarkah Eddie dan Maya mempunyai hubungan cinta?.


1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

  • RevieW KoReAN DraMa-GReaTeSt LoVe03.06.2012 - 11 Comments
  • CPUV Nuffnang - Woku Doki Campaign17.07.2014 - 3 Comments
  • SapE Nak KaHwiN!!??My Fren laaa..08.04.2011 - 0 Comments
  • Sinopsis Drama Kau Aku Kita Slot Lestary TV328.10.2015 - 3 Comments
  • MerLiN VS ZiZaN21.04.2013 - 7 Comments
  • OST Dilwale - Lagu Dan Lirik Janam Janam (Lagu Best)24.12.2015 - 7 Comments
  • Hari Berkabung Malaysia - 22 Ogos 201422.08.2014 - 1 Comments
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017