-->

2 Mac 2016

All About My Mom - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Akhirnya habis sudah drama Korea yang best ni iaitu All About My Mom, ianya merupakan drama kekeluargaan dan bergenre melodrama. Drama ni mempunyai 54 episod dan mula disiarkan pada bulan Ogos 2015 dan tamat episodnya pada 14 Feb 2016 yang lalu. Drama All About My Mom dilakonkan oleh Eugene, Lee Sang Woo, Go Doo Shim, Kim Kap Soo, Oh Min Suk, Choi Tae Joon, Kim Mi Sook, Jo Bo Ah, Son Yeo Eun dan ramai lagi. Rating drama ini juga tinggi setiap minggu dan menjadi antara drama kesukaan penonton disebabkan jalan ceritanya yang bertemakan kekeluargaan. Walaupun episod cite ni agak panjang namun ianya sangat best dan memberi pengajaran pada penonton. Antara sebab utama aku tengok cite All About My Mom ni mestilah sebab para pelakonnya. Hampir separuh dari pelakon cite ni aku kenal sebab dah pernah tengok diorang berlakon dalam drama lain sebelum ini. Contohnya macam heroin cite ni Eugene, aku pernah tengok Eugene ni berlakon sekali dengan Joo Won dalam drama King Of Baking Kim Tak Goo manakala Jo Boh Ah pulak adalah heroin untuk drama Surpluss Princess..
Dah genre drama ni pun melodrama so mestilah banyak scene2 sedih dalam drama ni. Dari awal2 episod lagi dah sedih bila watak Eugene sebagai Lee Jin Ae berasa tertekan kerana ibunya agak pilih kasih sikit, sebab terlalu mengutamakan abang sulungnya dalam segala hal. Banyak kali juga Lee Jin Ae bergaduh dengan ibunya manakala ayahnya pula sangat rapat dengannya. L.Jin Ae juga sering bergaduh dengan abangnya sebab geram dengan kelakuan abangnya yang pentingkan diri sendiri, disamping cemburu melihat kasih sayang ibunya yang berlebihan pada abangnya tu. Kiranya scene2 yang melibatkan L.Jin Ae dan ibunya semuanya sedih2 gak, bila Jin Ae ni dah bercinta, die menghadapi masalah pula dengan bakal mertuanya merangkap majikannya itu bila percintaannya bersama Kang Hoon Jae tidak direstui. Lagu Tema / OST drama ini juga best sangat dan sedap didengar, rasanya aku suka 2 lagu dalam cite ni dan lagu2 tersebut sesuai dengan jalan cerita drama ni.
Drama ni juga turut memfokuskan tentang kehidupan adik-beradik L.Jin Ae yang lain iaitu abang L.Jin Ae iaitu Lee Hyung Kyu dan adik lelakinya iaitu Lee Hyung Soon. Aku juga suka tengok watak Jo Boh Ah sebagai Jang Chae Ri yang sangat qiut, comel dan kebudak-budakan tu, rasanya die nilah yang jadi penyeri dalam cerita ni sebab wataknya yang ceria tu. Walaupun wataknya juga mengalami suka dan duka namun die ni pandai mengambil hati terutamanya hati ibu mertuanya iaitu Im San Ok yang tegas tu yang juga merupakan ibu kepada L. Jin Ae. Kiranya Chae Ri ni adik ipar Jin Ae ler hehehe, Abang Kandung Chae Ri pula adalah BF L.Jin Ae ni hehehe, berbelit-belit sikit salasilah keluarga diorang ni. Sape yang tengok cite ni fahamlah kan hihi. Sepatutnya drama ni hanya 50 episod jer tapi disebabkan ratingnyer tinggi dan mendapat sambutan baik dari penonton so diorang tambah 4 episod lagi. Rata2 komen yang aku baca mengenai drama ni semuanya cakap best dan harus tonton drama ni, drama ni juga senang membuatkan korang sebak mahupun menangis bila menonton scene2 sedih dalam cite ni.
Antara scene yang paling sedih giler dalam scene apabila Abang Jin Ae iaitu L.Hyung Kyu tu mengamuk sakan kat ibu die (San Ok) apabila ibu die tak bagi die kahwin dengan wanita pilihannya iaitu Sun Hye Joo yang merupakan ibu tunggal yang mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil. Disebabkan ibu die membantah percintaan diorang tu membuatkan Hyung Kyu marah2 dengan ibunya. Pastu bila ibu die bagi die kahwin dengan Hye Joo tu, boleh plak Hyung Kyu tu mengutamakan isteri dan mak mertua die tu jer sekaligus membuatkan ibu die jadi sedih dan terasa hati dengan sikap Hyung Kyu yang pilih kasih tu. Scene yang paling sedih gilerr2 mestilah scene Im San Ok ada penyakit berbahaya tu dan dapat hidup bbrpa bulan jer dan reaksi bila semua anak2 die dapat tahu penyakit ibunya memang sedih giler laaa. Menantu San Ok yang dapat tahu dulu, tu pun dapat tahu secara tidak sengaja, kemudian anak bongsu pula tahu iaitu Hyung Soon diikuti ayah mereka. Bila Hyung Kyu pula tahu pasal penyakit ibu die tu memang die rasa bersalah giler2 lah siap bisu lepas tu sebab terlampau stress dan rasa bersalah sgt dan Jin Ae merupakan orang terakhir yang dapat tahu pasal ni.
Reaksi Jin Ae juga memang sedih habis, Waktu die menangis tu memang sedih habiss siap menangis sambil menjerit-jerit, penonton tengok scene ni pun akan sedih sekali, memang berkesan giler lakonan die, sangat menyakinkan, sedih sungguh scene Jin Ae menangis ni masa die berada kat dalam bilik die ni, dah la masa ni die pregnant semua. Episod 51, 52, 53 memang antara episod yang sedih giler cuma penghujung episod 53 dan di awal episod 54 agak happy sikit episodnya sebab kononnya penyakit ibu diorang ni dah stabil. So anak2 die ni semua dah rasa happy dah, siap diorang semua merancang nak buat majlis perkahwinan ibu dan ayah diorang ni, kira macam kahwin kali kedua gitu, mak diorang San Ok sempat merasa pakai wedding dress semua. Ending drama ni patutnya sad ending sebab San Ok akan mati jugak akhirnya sehari selepas majlis kahwin die tu, Namun hanya ditunjukkan reaksi ayah diorang jer yang tahu San Ok dah mati manakala reaksi anak2 diorang tak ditunjukkan sebab kalau tunjuk memang konform lah makin sedih la jadinyer kan.
Penulis cerita ni memang x nak bagi penonton rasa sedih dah kot so die twist sikit cerita ni dan skip satu tahun kemudian selepas kematian San Ok, maknanya die tunjuk yang happy2 jer dimana anak2 San Ok iaitu Jin Ae, Hyung Soon, Hyung Kyu dah dapat anak sendiri dah. Ending cite ni memang hapy ending lah sebab ada banyak baby muncul hahaha berderet-deret atas katil. Pelakon dalam cite ni memang semuanya berbakat besar serta berjaya menghayati dan membawa watak masing-masing dengan berkesan sekali. Diorang juga berjaya menang anugerah dalam KBS Drama Awards yang berlangsung Disember lalu. Antara yang menang adalah Eugene, Jo Bo Ah, Go Doo Shim dan Kim Kap Soo. Aku tengok online jer drama ni, kat Tv pun ade tayang drama ni di saluran KBS. Apapun memang berbaloi tengok drama All About My Mom ni sebab pelakon best dan jalan ceritanya pun menarik, aku bagi 8.7 Bintang dari 10 bintang untuk drama ni.

Jom Baca ni jugak --> Budak Kampung VS Budak Bandar..

2 ulasan:

  1. x tgk citer ni, tp kenal eugene dr return of superman..huhu..

    BalasPadam
  2. Memang hantu citer korea dulu.. Tapi sekarang dah tak sempat nak layan.. Didi & Friends sempat tengok setiap hari.. Hehe..

    Jemput baca dan komen di entri

    3 Sebab Kenapa Ramai Orang Kita Muda-Muda dah Papa Kedana?

    http://www.erazfadli.com/2016/03/3-sebab-kenapa-ramai-orang-kita-muda.html

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017