9 Mac 2016

Remember - War Of The Son ( Korean Drama Review)

Assalammualaikum..
Baru-baru ni aku dah habis menonton Drama Korea yang bertajuk Remember - War Of The Son yang telah tamat episodnya pada 18 Feb yang lalu. Drama ini mempunyai 20 episod dan dilakonkan oleh Yoo Seung Ho, Park Sung Woong, Park Min Young, Namgung Min serta ramai lagi. Drama Remember ni memang best giler, setiap episod penuh dengan suspen, lakonan para pelakon juga mantap manakala jalan cerita drama ni juga sangat best dan berjaya buat aku tertunggu-tunggu untuk episod seterusnya. Banyak juga scene2 sedih dalam drama ni, apapun aku suka tengok Park Min Young dalam cite ni, die nampak comel dan lawa jer dengan gaya rambut die cam gitu berbanding dengan gaya rambutnya yang agak huru-hara dalam drama Healer sebelum ini. Lakonan yang hebat dan menyakinkan dari hero drama ni iaitu Yoo Seung Ho membuatkan penonton rasa tertarik untuk terus menonton drama ni, rasanya first time aku tengok lakonan die ni adalah menerusi drama I Miss You yang ada Yoon Eun Hye tu. Aku juga suka tengok cara Park Sung Woong sebagai watak Park Dong Ho bercakap menggunakan dialek daerah tertentu di Korea tu, unik jer dengar die cakap stail gitu.
Dari komen-komen yang aku baca, kebanyakan penonton sememangnya memuji-muji lakonan Namgung Min sebagai watak jahat dalam cite ni iaitu sebagai Nam Gyu Man. Memang watak jahatnya sangat menyerlah dalam drama ni, dah la jahat, pastu ada masalah Anger Management pulak tu, asal marah jer nak mengamuk, pukul dan bunuh orang sesuka hatinya. First time aku tengok Namgung Min ni berlakon adalah menerusi drama My Secret Hotel, dalam cite ni watak die okey jer. Kemudian nampak die berlakon jadi watak jahat gak dalam drama Sensory Couple, tapi watak jahat die dalam cite ni memang jahat tapi masih terkawal jugaklah jahatnya tu berbanding dalam drama Remember ni, yang mana watak jahatnya memang melampau jahatnyer. Sampai ramai cakap yang Namgung Min ni patut menang pelakon terbaik ataupun pelakon watak jahat terbaik gitu untuk wataknyer dalam cite ni. Rasanya masih terbayang-bayang lagi scene watak Namgung Min sebagai Nam Gyu Man yang berasa sangat marah lalu melompat dan memijak laptopnya tu berulang kali untuk melepaskan perasaan marahnya pada watak hero cite ni iaitu Seo Jin Woo hehehe. Rasa lawak n comel pulak tengok die marah macam tu siap pijak dan lompat2 atas laptop tu hahaha.
Aku juga suka dengar lagu2 latar dalam drama ni sebab lagu tersebut menambahkan lagi rasa suspen dan teruja untuk terus menonton episod2 seterusnya. Memang rasa geram jer bila tengok kes perbicaraan di mahkamah tu yang memihak pada orang jahat, senang2 jer peguam, polis malah hakim dirasuah macam tu jer, malah saksi pun dibeli dan akhirnya membuatkan orang yang tidak bersalah dihukum. Manakala yang bersalah pula terlepas dan hidup senang lenang. Asal ada duit jer semua pun boleh dibeli termasuk undang-undang. Memang emosi sikit tengok drama ni sebab di permulaan cerita sampailaa dekat2 nak hujung cerita pun watak jahat masih lagi berkuasa masa dekat2 nak last tu barulaa semua bergabung dan berjaya menangkap Nam Gyu Man tu termasuk bapa die sekali masuk penjara, Stress juga tengok sikap bapa Nam Gyu Man tu, patutlaa anak die jahat dah perangai bapa die pun sama jer, senang2 je bunuh orang lain bila orang tu dah tak berguna pada die. Walaupun hero dan heroin cite ni saling mencintai namun kisah percintaan diorang tak begitu ditonjolkan sangat sebab lebih memfokuskan tentang Misi Seo Jin Woo untuk membuktikan bapanya tidak bersalah di mahkamah dan membuatkan Nam Gyu Man serta bapanya dihukum.
Bila dah tengok cite ni barulaa aku faham apa yang dimaksudkan dengan War Of The Son tu. Suka tengok bila Seo Jin Woo dan Park Dong Ho dah berbaik-baik dan saling membantu. Part paling sedih mestilah bila bapa Seo Jin Woo mati dan bila Seo Jin Woo juga disahkan menghidap penyakit yang sama dengan bapanya iaitu Alzhemier. Ending drama ni agak happy ending la jugak sebab akhirnya semua yang jahat dapat pembalasannya cuma yang sedihnya bila Alzhemier S.Jin Woo makin teruk dan dirinya mula tidak mengenali orang2 terdekatnya termasuklah kekasih hatinya. Akhirnya Seo Jin Woo menghilangkan diri kerana tidak mahu menyusahkan atau membebankan orang2 di sekelilingnya. Part last sekali Lee In Ah (Kekasih Jin Woo) akan bertemu semula dengan Jin Woo cuma Jin Woo sudah tidak mengenalinya lagi. Namun Lee In Ah tetap gembira kerana hati S.Jin Woo tetap mengingatinya n then drama tu pun tamat. Sedih gak part Jin Woo dah tak berapa ingat dengan Park Dong Ho tu, n P. Dong Ho pun sedih jer bila tengok S.J.Woo jadi macam tu. Aku tengok online jer drama ni n aku rekemenkan drama ni pada yang belum tengok untuk tengok drama ni sebab jalan ceritanya memang best dan berbaloi untuk ditonton.
 Memang layannn cite ni, n aku bagi 9.5 bintang dari 10 bintang untuk drama Remember ni. Selamat Menonton...

Sinopsis Remember - War Of The Son
Seo Jin-woo has a special condition called Hyperthymesia which allows him to remember almost every day in perfect detail. While his father, Seo Jae-hyuk on the other hand, developed an Alzheimer's disease, making him lose his memories. When Seo Jae-hyuk was wrongfully convicted of murder, Jin-woo vows to prove innocence of his father. Four years later, Jin-woo becomes a lawyer to put the real criminal behind bars but bribery, corruption, and betrayals would not give him an easy road to justice. Will Jin-woo be able to finally win the truth when he himself, gets diagnosed by Alzheimer's?



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

2 ulasan:

Yana Libra berkata...

sy pun tgk..best..geram dhn nam kyu man tu..tp ending utk love story x best sgt ..huhu

Tanpa Nama berkata...

tengah layan drama korea signal best giler

Related Posts with Thumbnails