-->

31 Mac 2016

Sinopsis Drama Ahli Mesyuarat Tingkap Slot Iris TV3

Ahli Mesyuarat Tingkap
Sinopsis Drama Ahli Mesyuarat Tingkap Slot Iris TV3

Assalammualaikum..
Drama Ahli Mesyuarat Tingkap telah pun disiarkan di Slot Iris Tv3 sejak 23 Mac yang lalu. Drama ini dilakonkan oleh Rita Rudaini sebagai Zai, Izreen Azminda sebagai Ju, Sherry Alhadad sebagai Ira, Azrel Ismail sebagai Azmel, Mia Ahmad, Lufya Omar, Lia Natalia, Idris Khan, Fizz Fairuz dan ramai lagi. Drama Ahli Mesyuarat Tingkap ni mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Azman Yahya serta merupakan terbitan JS Pictures. Jom layannn sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Ahli Mesyuarat Tingkap 

Mengisahkan tiga orang rakan baik iaitu Zai (Rita Rudaini), Ju (Izreen Azminda) dan Ira (Sherry Alhadad) yang saling mengenali di bangku sekolah menengah lagi. Setelah dewasa dan berkerjaya mereka cuba menganjurkan majlis pertemuan semula yang digelar ‘Reunion of The Year’ untuk rakan-rakan sekolah mereka. Mereka menggelarkan kumpulan mereka sebagai Ahli Mesyuarat Tingkap. Mana tidaknya, bukan sahaja pasal pencarian teman-teman lama mereka dibincangkan malah bahan gosip juga tidak kurang menjadi perhatian tiga sahabat wanita ini. Apa sahaja yang terlintas di hati mereka ada sahaja yang ingin dibualkan.



Pertemuan mereka itu sering menarik perhatian orang sekeliling ekoran aksi mereka yang dianggap keterlaluan walaupun membabitkan masalah kecil. Sesuai dengan tagline mereka iaitu ‘Tak Over, Tak Sah’.

Setiap daripada mereka mempunyai kerenah masing-masing. Zaiti atau dipanggil Zai (Rita Rudaini) oleh rakan-rakannya merupakan peminat no.1 drama Melayu. Paling diminati Zai ialah hero slot Akasia, Saharul Ridzwan. Dia bercita-cita untuk berkahwin dengan hero kesayangannya itu. Malah apa sahaja majalah, poster atau surat khabar yang meletakkan gambar aktor itu, pasti Zai akan mendapatkannya. Namun sifat fanatiknya itu juga selalu merisaukan rakan-rakannya yang lain.

Ju (Izreen Azminda) pula seorang yang suka berterus terang dengan pendapatnya. Ju memiliki perniagaan butiknya yang tersendiri. Namun dia tidak suka dengan ‘trend’ selebriti Malaysia yang asyik menjual tudung. Baginya mereka tidak kreatif dan memberi persaingan kepada perniagaannya. Manakala Ira (Sherry Al-Hadad) adalah pakar pastri dan manisan. Malah dialah pembekal kek di kedai Datin Bobo (Kuna) di mana mereka sering menghabiskan masa bersama. Namun itu bukan satu sahaja sebab mereka ke sana. Sebab lain ialah Ju dan Ira telah jatuh hati dengan anak Datin Bobo, Azmel (Azrel Ismail).

Di dalam setiap episod, ada sahaja misi Zai, Ju dan Ira selain cuba mengumpulkan teman-teman mereka yang lain untuk majlis pertemuan semula mereka. 



4 ulasan:

  1. Suka cerita nie.. Tapi kadang2 termiss juga..
    Keleteh mereka bertiga memikat hati..
    Dengan tagline tak over tak sah..
    kena lah sangat..

    BalasPadam
  2. Kelakar drama ni....tpi ad rita nmpak bleh layan.

    BalasPadam
  3. Mmg happening cerita ni. Tak sangka izreen dan rita ada bakat dlm cerita komedi...

    BalasPadam
  4. Kurang sikit tgk drama ni..tengok pun sebab Sherry jer...Bukan tak suka Rita dgn izreen yer..haruslah suka jugak org utara kan..tapi bab lakonan suka Sherry lagi..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017