10 Mac 2016

Cheese In The Trap - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
2 March 2016 yang lalu, tamatlah sudah Drama Korea yang bertajuk Cheese In The Trap yang diadaptasikan daripada Webtoon. Drama ini mempunyai 16 episod dan dilakonkan oleh Park Hae Jin, Kim Go Eun, Seo Kang Joon, Lee Sung Kyung dan ramai lagi. Bila drama ni dah masuk episod ke-8 baru laa aku start tengok, n yang tak sangkanya aku maraton kesemua 8 episod tu dalam satu hari jer hahaha, sebab drama ni best dan aku tak sabar nak tunggu lama2 jadi aku terus tengok jer. Lepas 8 episod tu, aku terpaksalaa tunggu minggu demi minggu untuk tunggu episod seterusnya diupload ke internet sampai laa episod 16 yang merupakan episod akhir Cheese In The Trap ni. Aku suka watak Park Hae Jin sebagai Yoo Jung dalam drama ni, wataknya baik namun agak misteri dan mempunyai sisi gelapnya yang tersendiri. Park Hae Jin memang sesuai dengan watak Yoo Jung ni, awalnya aku ni takdelah suka sangat dengan Park Hae Jin ni masa die berlakon dalam drama hot My Love From The Star tu, tapi bila tengok watak die dalam drama Bad Guys tu buat aku makin suka plak tengok lakonan die ni especially dalam drama ni.
Drama Cheese In The Trap ni jugak adalah drama pertama Kim Go Eun, sebelum ni, Kim Go Eun hanya berlakon dalam filem sahaja, so ni first time die berlakon drama setelah dipujuk oleh pengarah dan penerbit cite ni. Kim Go Eun ni merupakan antara pelakon yang berbakat dan first time aku tengok die berlakon adalah menerusi Filem Monster. Seriously lakonan die dalam filem tu memang best giler. Berbalik pada drama ni, aku agak stress tengok rambut Kim Go Eun yang agak kerinting dan kembang tu, dah macam rambut singa dah hehehe, dah laa warna rambut die berwarna oren/kuning camtu, apapun die memegang watak sebagai Hong Seol dalam cite ni. Rasanya ramai yang meluat dan geram dengan watak Baek In Ha yang dibawa oleh pelakon Lee Sung Kyung tu, watak die sangat giler2 okey, dari segi gaya, cara bercakap, memang giler betul plus ganas hahaha. Awalnya aku rasa watak die takdelah teruk sangat maybe setakat materialistik jer tapi rupanya tak. Baek In Ha sebenarnya cintakan Yoon Jung dan hartanya juga sampai menjadi penyebab kepada kecederaan Hong Seol. Apapun memang menjadi betul lah karakter watak Baek In Ha yang dibawa oleh Lee Sung Kyung, terbaik lakonan die.
Macam biasa dalam drama ni juga terselit Cinta 3 Segi yang mana Yoon Jung dan Baek In Ho ( Adik Baek In Ha) sama2 cintakan Hong Seol. Namun Hong Seol hanya cintakan Yoon Jung namun begitu, Baek In Ho adalah kawan rapat Hong Seol. Ada penonton yang suka giler kalau Hong Seol tu pilih B.In Ho tu sebagai kekasihnya, bagi aku pulak, aku memang suka tengok Hong Seol n Yoon Jung tu, diorang nampak sweet jer. Awalnya hubungan Hong Seol dan Yoon Jung tidak begitu baik sebab H.Seol menyedari perangai sebenar Y.Jung tu dan buatkan H.Seol tu agak benci juga lak kat Y.Jung tu. Tapi bila Yoon Jung tu tetiba jer jadi peramah dengan Hong Seol dan sentiasa ada dengan H.Seol tu buatkan jalan cerita jadi makin menarik n sweet. Part Yoo Jung yang sentiasa cuba ajak H.Seol tu keluar makan dengan die, pastu tolong die, n cuba berbual dengan die sangat comel okey hehe sampai Hong Seol tu jadi konfius hehehe. Pastu part Yoo Jung slumber jer announce yang die dan H.Seol tu dah couple kat semua kawan2 diorang kat Kolej tu mmg sweet habislah, sebab kawan2 lain semua terkejut sebab x sangka sungguh sbb Y.Jung tu kira pelajar popular di Kolej tersebut manakala H.Seol ni pula low profile n selalu kena buli.
Scene2 di Kolej/Universiti dalam drama ini agak real juga bagi aku, especially bila diorang tunjuk apa yang berlaku bila presentation dan assignment tu kena dibuat dan dibentangkan secara berkumpulan, dan apa yang terjadi bila ahli kumpulan semua tak bagi kerjasama dan akhirnya Hong Seol terpaksa melakukan semua kerja sorang2 dan akhir sekali sewaktu presentation mmg kucar kacir la jawabnyer kan. Geram juga tengok perangai ahli2 kumpulan Hong Seol tu semua, diorang ambik kesempatan atas kebaikan H.Seol tu. Mentang2 lah H.Seol tu jenis baik hati n tak suka buat masalah, so die pendam jer. Rasanya hal ini memang terjadi di alam realiti pun, ada sesetengah tu mmg susah nak bagi kerjasama kalau nak buat assignment atau pembentangan secara berkumpulan. Jalan cerita drama ni dari episod 1 hingga episod 9 memang best sebab diorang ikut sama macam jalan cerita dalam Webtoon Cheese In The Trap tu. Namun start dari episod 10 jalan cerita drama ni dah sedikit bertukar, dah x berapa sama macam dalam webtoon. Mungkin pengarah cite ni nak tukar sikit kat hujung2 tu supaya lebih best dan dapat puaskan hati penonton, namun lain yang jadinyer.
Jalan cerita dari Episod 10 dan ke atas nampak lebih memfokuskan tentang Cinta Baek In Ho pada Hong Seol dan juga kisah Baek In Ha. Pastu banyak gak secene2 Baek In Ho main piano, tahulaa yang Seo Kang Joon sebagai Baek In Ho tu memang pandai main piano pun so x payah la nak tunjuk scene main piano tu secara berlebihan sangat hihi. Patutnya jalan cerita perlu lebih memfokuskan tentang Y.Jung dan H.Seol tapi ni terbalik pulak. Aku pun pernah terbaca artikel yang hero drama ini iaitu Park Hae Jin juga berasa tidak puas hati dengan jalan cerita drama ni di penghujungnya, sebab ianya lari dari jalan cerita asal dan lebih memfokuskan tentang watak lain. Awalnya aku rimas gak dengan watak Hong Seol yang sentiasa tak puas hati dengan segala tindakan Yoo Jung, ada je benda yang x kena kat matanya tu. Tapi bila Hong Seol cuba start memahami dan menerima Yoo Jung seadanya, nampaklaa yang Hong Seol tu dah sayang giler denganY.Jung tu. Ada juga penonton yang tidak berapa suka dengan perangai Yoo Jung yang agak misteri tu sebab di depan orang memang die nampak baik jer, tapi kalau ada orang yang buat salah atau cari pasal dengannya, maka Yoo Jung akan menghukum dan membalas dendam semula.
Baek In Ho sendiri tak sedar yang die juga ada buat salah iaitu bercakap buruk pasal Yoo Jung di belakang Y.Jung, namun secara x sengaja Y.Jung terdengar dan apalagi Y.Jung memang cuba menghukum dengan caranya sendiri dan akhirnya dari jadi kawan rapat terus jadi musuh ketat. Mujurlah lepas Hong Seol cedera parah disebabkan perbuatan Baek In Ha tu membuatkan Yoo Jung mula sedar dan mula insaf akan perbuatannya sebelum ini. Yoo Jung berasa bersalah kerana dirinya menjadi penyebab kepada kesengsaraan Hong Seol selama ini. Lagu tema / OST drama ni biase2 jer, takde lagu yang betul2 menarik perhatian aku pun. Ending drama ini agak happy ending la juga walaupun majoriti penonton tidak berpuas hati dengan ending drama ini yang agak open ending gitu. Ending untuk watak Baek In Ho dan B.In Ha tu punyalah happy ending siap bahagia dengan kehidupan masing2. Namun ending untuk watak Yoo Jung dan Hong Seol agak tak berapa best dan macam tergantung sikit sebab ianya berakhir dengan balasan email dari Yoo Jung kepada Hong Seol.
Kiranya kita kena fikir sendiri laa ending untuk watak diorang tu, maybe happy ending lah kan sbb Y.Jung akhirnya membalas kiriman email dari Hong Seol n maybe lepas tu diorang couple balik ker kan. Walaupun ramai yang mengkritik dan tidak berpuas hati dengan ending drama ni, namun secara keseluruhannya, drama ini masih seronok dan best untuk ditonton. Aku bagi 8 Bintang dari 10 bintang untuk drama ni.
Sinopsis Drama Cheese In The Trap

This drama series shows the delicate relationship between a female university student Hong Seol (Kim Go-eun) and her senior Yoo Jung (Park Hae-jin). Hong-Seol does part-time jobs since her household is poor, while Yoo Jung is perfect with good academics and athletics plus he is kind. However Yoo Jung also seems to have a dark side with some people holding grudges against him.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

1 ulasan:

Kimmie Kimmie berkata...

dah tgk juga drama ni, tp sy pun x berapa puas hati ending cam tu. tergantung sangat la, hehehehe

Related Posts with Thumbnails