-->

17 Mac 2016

3 Khan In One Stage - SRK, Salman & Aamir Khan


Assalammualaikum..
Rasanya amat payah sekali untuk kita dapat melihat ketiga-tiga SuperStar Bollywood, 3 Khan ini berada dalam satu filem yang sama mahu pun berada di atas pentas yang sama. Tapi aku terjumpa gambar kat internet ni, yang mana diorang bertiga berada di pentas yang sama untuk program Aap Ki Adalat. Tak tahulaa program Aap Ki Adalat ni program ape n tahun bila ni pun aku tak tahu hehehe. Maybe tahun 2011 or tahun 2013, 2014 entahlaa hehe, Aku ada tengok video tu kat Youtube tapi takde english subtitle, so aku tak berapa faham apa yang dibualkan oleh 3 Khan ni hehe. Yang pasti awalnya kelihatan SRK n Salman tengah bercakap n menyoal seseorang pastu diorang ajak Aamir Khan naik sekali atas pentas tu. Tu yang tiga2 ada atas pentas tu. Selain SRK, Salman n Aamir, ada ramai lagi bintang2 Bollywood lain yang turut hadir dalam program ni. Rasanya ni masa diorang sambut Anniversary Program ni.
Apapun seronok pula tengok bila ketiga-tiga mereka ni berada atas pentas tu, bukan senang nak menghimpunkan diorang ni semua dalam program yang sama kan. Nak harap ketiga-tiga diorang ni berlakon dalam filem yang sama, memang agak mustahil la jugak kan. Bayangkan bajet nak ambil ketiga tiga diorang berlakon dalam satu filem tu, mesti mahal giler hahaha, paling penting sape nak jadi hero n sape nak jadi watak pembantu kan, sebab dalam filem mesti ada sorang jer heronyer. SRK dan Salman Khan ada beberapa kali bergandingan dalam filem. Manakala Salman Khan pernah berlakon sekali jer dengan Aamir Khan, tu pun masa diorang muda2 dulu hehe. SRK n Aamir x pernah berlakon sekali pun. Walaupun usia diorang ni semua dah 50 tahun, tapi still diorang adalah yang terbaik dan tetap jadi rebutan pengarah mahupun produser di Bollywood. 


3 ulasan:

  1. Aamir Khan pelakon yg agak memilih jalan cerita & watak,filem dia pun dlm sethn 1 or 2 je..SRK versetile..Salman good looking & masih bujang..paling suka SRK sbb lakonan dia mmg berkesan & dekat dihati :)

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017