-->

28 Mac 2016

Sofia (Johor) Tersingkir - Clever Girl Malaysia


Assalammualaikum..
Nasib tidak menyebelahi Sofia dan menyebabkannya tersingkir selepas tewas di minggu ketiga Clever Girl Malaysia. Sofia wakil Johor dan Jane wakil Perak mendapat markah terendah dan terpaksa bersaing antara satu sama lain menjawab soalan2 kuiz yang diberikan. Ini juga merupakan kali kedua Sofia berada di kedudukan bottom 2. Juara minggu lalu yang dapat immuniti tu releks jer minggu ni hahaha x kisah pun nak jawab kuiz sebab die memang terselamat minggu ni. Kelihatan saingan sengit dari wakil Kelantan, Sabah dan juga negeri2 lain. 
Akhirnya wakil Sabah tu menang dan mendapat imuniti untuk minggu ni. Soalan2 kuiz yang diberikan memang boleh tahan susah gak, cuma ada gak soalan2 umum yang diorang tak boleh jawab misalnya siapakah timbalan perdana menteri kedua Malaysia?, ikutkan ada jer filem pasal ni kan iaitu Tanda Putera, kalau diorang tengok filem ni konform boleh jawabnyer hihihih. Sofia menjadi peserta kedua tersingkir selepas Ethel (Sarawak) di Clever Girl Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017