-->

3 Mac 2016

Sinopsis Drama Bodyguard Slot Aksi TV3

Assalammualaikum..
Drama Bodyguard adalah drama terbaru di Slot Aksi Tv3 menggantikan drama Cinta Hati Abah (Slot Samarinda) yang telah tamat episodnya. Drama Bodyguard ini dilakonkan oleh Fattah Amin sebagai watak Fariz, Sabhi Saddi sebagai Basri, Lan Siro (Rahul), Azrel Ismail (Rayyan), Idris Khan (Daniel), Faradhiya (Natasha), Wan Sharmila dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 30 episod dan diarahkan oleh Nuad Haji Othman serta merupakan terbitan A.Aida Production. Kalau tengok dari sinopsis cite ni memang nampak menarik jalan ceritanyer, apapun jom layann Sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Bodyguard

Bodyguard mengisahkan Fariz lakonan Fattah Amin, Rayyan (Azrel Ismail), Daniel (Idris Khan) dan Rahul (Lan Siro) bekerja di bawah agensi pengawal peribadi milik Natasha (Farahdhiya). Fariz menjalin hubungan cinta dengan majikan mereka tanpa pengetahuan rakan lain. Dalam diam, Rayyan turut menyukai Natasha. Rayyan meminta bantuan Fariz untuk menambat hati majikannya itu dan bermulalah konflik antara mereka.

Pun begitu, tugas sebagai pengawal keselamatan tetap berjalan seperti biasa apabila agensi itu menerima banyak permintaan pelanggan. Setiap pelanggan datang dengan pelbagai masalah. Ia menjadikan tugas mereka lebih mencabar dari semasa ke semasa. Dalam satu kejadian, Rahul meninggal dunia akibat terkena tembakan. Tempatnya digantikan dengan Basri (Sabhi Saddi). Apa yang berlaku seterusnya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017