Assalammualaikum..
Drama Jasmine sudah pun disiarkan sejak 30 Mac yang lalu di Slot Zehra TV3 menggantikan drama Married Tapi Benci yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Nelydia Senrose sebagai Jasmine, Aqasha sebagai Khalif, Gambit Saifullah sebagai Ryan, Puteri Aisyah, Aedy Ashraf, Shakilla Khoriri, Aleza Shadan, Afifah Nasir, Zarynn Min dan ramai lagi. Drama Jasmine ini mempuyai 13 episod dan diarahkan oleh Feroz Kader serta merupakan terbitan Global Station. Dah lama tak nampak Gambit Saifullah dan Aqasha tu berlakon kan, macam menarik jer drama ni, apapun jom layann sinopsis drama ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Jasmine
Jasmine dan Ryan merupakan pasangan kekasih yang sukar untuk dipisahkan. Tina yang cemburu setiap kali melihat kemesraan Ryan dan Jasmine di kolej cuba untuk memisahkan mereka. Tapi semuanya berubah apabila Jasmine mendapati dia hamil dan Ryan pula enggan bertanggungjawab. Memburukkan lagi keadaan, keluarga Jasmine mahu dia menggugurkan kandungan bayi itu. Jasmine kemudian memutuskan untuk pergi ke Australia dan membesarkan anaknya sendirian. Tina mengambil peluang tersebut untuk mendekati Ryan. Walau bagaimanapun, Ryan mula rasa rindu pada Jasmine dan berjanji untuk berubah menjadi lebih baik. Pada masa yang sama, Jasmine bertemu dengan Khalif dan jatuh cinta padanya. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Siapakah pilihan Jasmine?.
Lagu Tema / OST Jasmine
--> Sejati Nyanyian Faizal Tahir
Jom Baca ni jugak --> 7 Perkara Yang Sering Disalah Tafsir Tentang Golongan Lelaki!..
Dah tgk episod pertama semalam... Mmg menarik...
BalasPadamDrama ni boleh tahan la daripad Married tapi benci tu..Yang penting my hero ada..iaitu Aqasha..Nak tengok pun sebab dia jer.jalan cerita dia lebih kurang sama je dgn drama melayu yg lain..for me la..
BalasPadamwah mcm best je citer ni..
BalasPadamciter novel jugak ke ye...
nak follow la citer ni..
Tak sempat nak tengok lagi laa..
BalasPadamTapi saya ada berita baik, blog awak tersenarai dalam #FamilyBlogger.. Tahniah :)
http://hiphiphorray15.blogspot.my/2016/04/pemenang-familyblogger-adalah.html