-->

6 Apr 2016

Sinopsis Drama Akadku Yang Terakhir (Astro)

Sinopsis Drama Akadku Yang Terakhir

Assalammualakum..
Drama Akadku Yang Terakhir akan mula disiarkan pada 6 April ini menggantikan Drama Uda Dan Dara yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Tiz Zaqyah sebagai Rania Baheera, Amar Baharin sebagai Irham Zahri, Nina Nadira sebagai Zalia, Mardiana Alwi, Fikhree Bakar, Riz Amin, Ainul Aisyah, Kay Khydir, Sharifah Shahora, Shenty Feliziana dan ramai lagi. Drama Akadku Yang Terakhir ini mempunyai 43 episod dan diadaptasikan dari Novel Akadku Yang Terakhir karya Novelis Acik Lana. Drama ini akan disiarkan di Astro Prima dan Maya HD, diarahkan oleh Amie Maziah dan merupakan terbitan Global Station. Rasanya ni first time tengok gandingan Tiz Zaqyah dengan Amar Baharin n dah lama tak tengok Tiz Zaqyah berlakon drama bersiri selepas drama Kusinero Cinta tu. Apapun jom layannn sinopsis drama ni kat bawah k..

Setelah mengalami kegagalan perkahwinan sebanyak tiga kali, Irham Zahri dipaksa oleh bapanya untuk mendapatkan rawatan terapi bersama pakar psikoterapi. Lalu menemukan dia dengan seorang Pakar Psikoterapi bernama Rania Baheera. Irham yang tidak dapat menerima Rania sebagai doktor rawatannya, enggan memberi kerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur. Malah dia cuba merasuah Rania untuk memalsukan laporan dan membuat rancangan untuk mengenakan Rania.

Hari demi hari hubungan mereka semakin rapat lebih-lebih lagi bila Rania mengambil keputusan untuk mengikut Irham ke Johor Bahru selepas kecewa dengan berita perkahwinan kakak kesayangannya dengan Fazriq, abang angkat yang dicintainya dalam diam. 

Irham mula ada perasaan cinta pada Rania namun dia cuba menindakkannya apabila Rania berbohong mengatakan bahawa dia sudah berkahwin. Suatu hari pembohongan Rania terbongkar. Lalu Irham terus berusaha untuk memikat hati Rania. Akhirnya, Rania yang mula jatuh cinta menerima lamaran Irham. Sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. 

Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq yang membuat Irham cemburu. Irham mula berkasar dengan Rania. Keluarga mereka pula mula campur tangan mengusutkan lagi keadaan.

Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?

Lagu Tema / OST Akadku Yang Terakhir
- Setia Nyanyian Faizal Tahir 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017