Assalammualaikum..
Telemovie Auta lakonan Shukri Yahaya, Nad Zainal, Delimawati, Mubarak Majid dan ramai lagi akan disiarkan di slot Cerekarama pada 16 April ini di Tv3. Telemovie ini diarahkan oleh Jurey Latiff Rosli dan merupakan terbitan World Evolution Brain. Kalau tengok dari sinopsis, memang nampak best cite ni hehehe. Apapun jomm layannn sinopsis telemovie Auta kat bawah ni k..
Sinopsis Telemovie Auta (Cerekarama Tv3)
Auta mengisahkan mengenai, Nizam (Shukri Yahaya) seorang pemuda yang malas bekerja telah jatuh hati pada Faridah. Walaupun pemalas dan tidak bekerja, Nizam seorang yang beragama, sering dilihat menghadiri ceramah dan beribadah di masjid. Ibu Faridah, Salmah (Delimawati) berharap Nizam dapat membantu mengubah sikap suaminya, Sulaiman (Mubarak Majid) yang malas untuk solat.
Awal perkahwinan, semuanya indah. Sejuk hati Salmah melihat anak menantunya solat berjemaah. Tetapi, hari demi hari, bulan berganti bulan, Nizam masih belum mahu bekerja. Faridah malu kepada ibu-bapanya kerana suaminya itu tidak bertanggungjawab. Sulaiman sudah mula bising kerana dia perlu membayar semuanya kerana dia memang terkenal dengan sikap kedekut.
Nizam pula sering menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan pelbagai hadis sebagai alasan kerana dia malas bekerja. Makanya, Faridah berpakat dengan Salmah untuk mencari hadis juga bagi menyedarkan Nizam. Banyaklah aksi lucu apabila Faridah dan Nizam berlawan-lawan hadis, hinggakan Faridah merajuk tidak benarkan Nizam masuk bilik pun menggunakan hadis juga. Faridah turut meminta pertolongan Ustaz Aziz (Da’i Hijrah), imam muda di kampung mereka untuk menyedarkan Nizam kerana dia takut dikatakan derhaka pula jika berkata tidak baik kepada suami. Sulaiman turut cuba menasihati menantunya itu dan memberi tanggungjawab untuk menjaga bengkelnya kepada Nizam, tetapi Nizam seperti tidak makan saman.
Sehinggalah satu hari Faridah dan ibunya, berpakat untuk berpura-pura terlibat dngan kemalangan untuk menyedarkan Nizam. Nizam masih lagi dengan sikapnya membacakan hadis tentang qada’ dan qadar tentang kejadian yang berlaku supaya Faridah redha menerima nasibnya, Faridah merasa kecewa kerana Nizam tetap tidak mahu berubah. Dia nekad untuk berpisah. Adakah Nizam akan sedar dengan kelalaianya itu?
Jom Baca ni jugak --> 6 Barang Korang Boleh Beli Dengan Hanya RM20. Woww!..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.