-->

4 Apr 2016

Sinopsis Drama Filipina The Borrowed Wife (Telenovela TV3)

The Borrowed Wife (Telenovela TV3) - Sinopsis Drama Filipina

Assalammualaikum..
Drama Filipina The Borrowed Wife telah pun disiarkan di Slot Telenovela Tv3 bermula 30 Mac yang lalu menggantikan drama Magkano Ba Ang Pag Ibig yang telah tamat episodnya. Drama The Borrowed Wife ni dah release sejak tahun 2014 lagi dan sekarang ni baru disiarkan di Malaysia. Drama ini dilakonkan oleh Carmille Prats, Charee Pineda, Rafael Rosell, TJ Trinidad, Pauleen Luna dan ramai lagi. Kalau korang ingat lagi Rafael Rosell tu dulu pernah berlakon dalam drama Temptation Of Wife bersama Marian Rivera dan lain2 lagi. Drama The Borrowed Wife ni kalau ditranslatekan ke BM menjadi Isteri Yang Dipinjam. Drama ini mengenai cinta dan obsesi dan bagaimana pengkhianatan boleh mengubah hidup seseorang. Nampak macam menarik gak drama ni, apapun jom layann sinopsis drama ni kat bawah k..

Mengisahkan tentang Maricar dan Tessa yang berkawan baik sejak dari Kolej, kemudian Maricar juga bekerja di syarikat Tessa, hubungan mereka mula berubah menjadi benci dan dendam apabila Tessa merasakan Maricar telah merampas lelaki yang disukainya iaitu Rico daripadanyer. Maricar akhirnya berkahwin dengan Rico dan mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Joana. Maricar memilih untuk menjadi suri rumah dan kehidupan mereka sangat bahagia dan dipenuhi dengan kasih sayang. Keadaan mula berubah apabila Rico mengalami masalah di tempat kerjanya, apabila dirinya dituduh pecah amanah dan hal ini membuatkan dirinya dipecat. Selepas itu Rico agak sukar untuk mencari pekerjaan lain, kerana nama baiknya telah tercemar. Tessa kembali hadir dalam hidup Rico dan Maricar dengan cuba menawarkan peluang pekerjaan pada Rico di syarikatnyer. Maricar mula tidak sedap hati dan merasakan Tessa sengaja nak balas dendam padanya dengan merebut Rico semula. Kehadiran Tessa dalam hidup Rico dan Maricar selepas tujuh tahun berlalu sememangnya berjaya membuatkan Rico dan Tessa sentiasa bergaduh.
Tessa akhirnya berjaya menggoda Rico yang ketika itu sedang mabuk dan keesokan harinya Maricar mendapat tahu tentang kecurangan suaminya itu, lalu keluar daripada rumah mereka dan pergi ke sebuah resort untuk menenangkan dirinya. Di sana dirinya sentiasa diperhatikan oleh seorang lelaki yang bernama Earl. Kemudian Maricar mengalami kemalangan dan selepas dari kemalangan itu Maricar hilang ingatan dan tidak tahu identiti dirinya. Earl mengambil kesempatan ini untuk mendekati Maricar, Earl buat Maricar percaya yang identiti Maricar sebenarnya adalah Sofia yang merupakan kekasihnya. Tidak lama kemudian Maricar/Sofia mengetahui yang Earl merupakan seorang pakar pembedahan plastik dan Earl juga telah mengubah wajah Maricar dan juga personaliti Maricar menjadi orang lain. Disebabkan ingatannya masih belum pulih, lalu die mengambil keputusan untuk patuh dan mengikut apa saja kemahuan Earl.
Sehinggalah suatu hari, apabila Earl memperkenalkan Maricar/ Sofia kepada Rico dan Tessa. Ketika ini ingatan Maricar masih belum pulih, manakala Rico dan Tessa juga tidak mengenali Maricar/ Sofia kerana wajahnya telah berubah, begitu juga dengan personalitinya. Adakah ingatan Maricar akan pulih nanti? Apa yang akan dilakukan oleh Earl setelah mengetahui wanita yang dicintainya itu, sebenarnya adalah isteri Rico? dan Apa pula yang akan dilakukan oleh Tessa setelah mengetahui Maricar masih hidup & bagaimana pula reaksinya bila mengetahui Sofia atau Maricar itu sebenarnya adalah orang yang sama? Berjayakah Rico mendapatkan isterinya semula yang selama ini disangkanya telah mati?


8 ulasan:

  1. Nice set of casts...tapi jalan cerita terlalul tipikal `bagi saya..

    BalasPadam
  2. I love Rico and his loyalty to his wife....true love 😍

    BalasPadam
  3. Nak lagu dia tu. Ape eh tajuk lagu tema dia tu. Cari kt youtube, lagu lain yg kluar. Bukan ost dia ni

    BalasPadam
  4. Lpastu sapa pulak yg rupa mcm maricar yg asal? Dia ada kembar eh?

    BalasPadam
  5. Baru sikit mencabar minda kita bukan drama malaysia tiru asil orang lain buat apa lepas tu buat cerita sendiri macam itu ambik hak orang lain

    BalasPadam
  6. Movie best wlupun ditiru....mantap...bagus bahh

    BalasPadam
  7. The best movie i like����

    BalasPadam
  8. Memanglah best tapi jalan cerita ada tambah sedikit watak jahat itu bukannya tiru tapi pandai2 menambah sikit watak orang jahat kalau tengok pada novel tk ade pulak watak jahat itu maknanya mengambil hasil orang lain bukan macam micheal bay dia pandai buat filem menggunakan cgi

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017