-->

17 Apr 2016

Sinopsis Filem Warna Cinta Impian

Sinopsis Filem Warna Cinta Impian Lakonan Awie & Erra

Assalammualaikum..
Lama kan tak tengok Awie dan Erra Fazira berlakon sekali, Filem Warna Cinta Impian telah menemukan mereka berdua disamping dibarisi dengan pelakon2 lain yang berbakat besar. Filem Warna Cinta Impian ini telah pun ditayangkan di pawagam pada 31 Mac yang lalu. Selain Awie dan Erra, filem ini juga dilakonkan oleh Erwin Dawson, Azlee Khairi, Shiqin Kamal, Nazeera Sardi, Fad Bocey dan ramai lagi. Dato David Arumugan turut buat penampilan khas untuk filem ini. Selain itu filem ini turut shooting di India dan Australia selain Malaysia. Apapun jom layannn sinopsis filem ni kat bawah k..


Mengisahkan tentang percintaan dan konflik kehidupan dunia moden antara Daniel (Erwin Shah Dawson), seorang arkitek dan Diana (Shikin Kamal) seorang peguam menjadi nadi percintaan. Mereka cuba untuk menyemai rasa cinta dalam rumah tangga, tetapi keegoan dan kegagalan percintaan silam masing-masing menimbulkan pelbagai konflik dalam kehidupan mereka.
Kemudian, ketegangan pula bermula dengan kemunculan Erra (Erra Fazira) kakak angkat Daniel yang menetap di luar negara menggamit kenangan silam cintanya bersama Awie (Awie) yang kecundang lebih dua dekad lalu. Secara kebetulan, Awie pula merupakan abang kandung kepada Diana.
Erra dan Awie mengambil keputusan untuk mengenepikan duka lama demi menyelamatkan perkahwinan Daniel dan Diana. Mampukan mereka menyelamatkan rumah tangga pasangan muda ini? Apakah ego Daniel dan Diana akan luntur dengan sisa-sisa cinta yang masih tinggal? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017