-->

15 Apr 2016

Madame Antoine - Korean Drama Review


Assalammualaikum..
Tibalah masa untuk Review Drama Korea yang dah habis aku tonton baru2 ni iaitu drama Madame Antoine. Drama ini dilakonkan oleh Sung Joon sebagai watak Choi Soo Hyun, Han Ye Seul sebagai Go Hye Rim, Jeong Jinwoon (2AM) sebagai Choi Seung Chan, Lee Joo Hyung Won Ji Ho, Hwang Seung Eon sebagai Goo Yoo Rim, Jang Mi Hee sebagai Bae Mi Ran dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 16 episod dan habis disiarkan pada 12 Mac yang lalu. Aku tengok drama ni sebab jalan ceritanya unik kerana berasaskan psikologi dan juga bergenre Romantik Komedi. Aku ni tak berapa suka dengan hero drama ni iaitu Sung Joon, tapi lepas tengok lakonan die dan watak die sebagai Choi Soo Hyun tu, aku rase die memang sesuai dengan watak ni. Han Ye Seul juga cemerlang dengan lakonannya sebagai Go Hye Rim tu yang merupakan seorang penilik nasib. Jinwoon (2AM) pun ade berlakon gak dalam drama ni, watak die memang sweet, sesuai dengan die.
Seronok tengok gaya Go Hye Rim yang tengah menilik nasib para pelangannya tu, die mendakwa yang dirinya mampu berkomunikasi dengan roh Queen Perancis iaitu Marie Antoinette, siap dengan berbahasa Perancis lagi walaupun die tak tahu apa maksud perkataan yang di sebut tapi die belasah jer cakap jer apa pun janji tu bahasa Perancis hehe. Walaubagaimanapun die menipu jer yang die boleh berkomunikasi dengan roh semua tu. Go Hye Rim sebenarnya banyak bergantung pada daya pemerhatiannya yang tajam, dan bijak menganalisa karakter para pelangannya tu. Tapi part die menipu cakap perancis tu memang lawak lah sebab die merapu jer cakap perancis tu hehe. Manakala Choi Soo Hyun tu pulak memang seorang pakar psikologi tapi die mempunyai personaliti yang kurang disenangi oleh Go Hye Rim selain ego dan memandang rendah pada orang lain khususnya pada wanita. Apapun aku suka tengok bila C.Soo Hyun dan Go Hye Rim bekerjasama dalam menyelesaikan kes2 dan masalah berkaitan psikologi pelanggan2 mereka tu.
Drama ini bertambah menarik bila Choi Soo Hyun menjalankan satu eksperimen rahsia keatas Go Hye Rim yang dinamakannya sebagai Madame Antoine, iaitu ekperimen ini dijalankan bagi mengetahui apakah perasaan wanita mengenai cinta. Die sengaja memilih G.Hye Rim sebagai subjek kepada eksperimennya, iaitu mengenai seorang wanita yang akan didekati oleh tiga calon lelaki yang hensem dalam lingkungan umur berbeza dan menunggu siapakah akhirnya yang berjaya menambat hati Go hye Rim, sekaligus membuktikan pendapat Choi Soo Hyun yang cinta sejati itu tidak wujud. Choi Soo Hyun sengaja menjadi salah satu calon dalam eksperimen ini untuk membuatkan Go Hye Rim jatuh cinta padanya kemudian meninggalkannya sekaligus dapat membalas dendam pada Go Hye Rim diatas sikap biadap Go Hye Rim padanya selama ini. So macam2 perkaralah yang akan dilakukan oleh 3 jejaka ni untuk menambat hati Go Hye Rim ni. Bagi Go Hye Rim yang tak tahu langsung mengenai eksperimen rahsia tu memang berasa sangat seronok sekali, bila ketiga-tiga lelaki tu semua melayan dirinya dengan baik sekali.
Kelakar tengok gaya Choi Soo Hyun yang obses untuk menang dan membuatkan G.Hye Rim jatuh cinta padanya. Selain tu die juga agak over confident dan pandang rendah pada kemampuan G.Hye Rim dalam menyelesaikan kes2 psikologi. Walaupun segala eksperimen dan hal2 yang berkaitan psikologi dalam drama ni hanya rekaan tapi ada gak sesuatu yang boleh dipelajari oleh penonton. Aku suka part diorang scan / buat imbasan pada otak Go Hye Rim / C. Soo Hyun tu untuk mengetahui sejauh manakah diorang saling menyukai tu, siap dengan peratusan sekali tu. Kalau korang tengok Running Man episod 291, diorang ada buat benda yang lebih kurang sama pada Gary dan Song Ji Hyo untuk mengetahui sejauh manakah diorang saling menyukai atau pun sebaliknya hehe. Part bila Choi Soo Hyun sedar yang dirinya dah benar2 jatuh cinta pada G. Hye Rim tu pun lawak, die jadi cemburu melihat G.Hye Rim baik dan rapat dengan lelaki lain. Tapi yang tak bestnya bila Choi Soo Hyun tak pernah mengalah dan tetap teruskan eksperimen rahsianya tu pada G.Hye Rim walaupun die sendiri yang dah terjatuh cinta sebenarnyer kat G. Hye Rim tu. Die juga tak pernah fikirkan perasaan Go Hye Rim yang akan kecewa apabila mengetahui hal sebenar mengenai Eksperimen tersebut.
Lagu tema/ OST drama ni biase2 jer bagi aku, xde yang menarik perhatian pun, apapun aku suka tengok reaksi Go Hye Rim yang macam orang gila apabila die mengetahui yang C.Soo Hyun tu sedang menipunya dengan menjalankan eksperimen keatasnya. Part x leh blah bila Go Hye Rim juga berpura-pura tidak tahu apa-apa dan berlagak macam biasa bila berjumpa dengan C.Soo Hyun tu, die harap agar C.Soo Hyun sendiri memberitahunya mengenai eksperimen tersebut namun hampa bila C.S.Hyun masih tidak putus asa dengan eksperimennya tu. Agak stress dan boring sikit masa ni bila hero dan heroin cite ni macam main tarik tali, dua2 pun banyak main psikologi antara satu sama lain. Sikap tak mahu mengalah antara mereka membuatkan perkara menjadi lebih sukar. Go Hye Rim ingatkan C.S.Hyun dah cancel eksperimannya tu, tapi rupanya C.S.Hyun masih meneruskannya dalam diam. Eksperimennyer tu dah masuk peringkat kedua, Go Hye Rim benar2 benggang, marah dan kecewa bila die akhirnya mengetahui C.S.Hyun tetap meneruskan dengan ekperimen tu. Penonton pun rasa bengganng dengan watak C,S.Hyun ni hehehe.
Aku suka scene yang Go Hye Rim membalas balik perbuatan C.S.H sekaligus memberi pengajaran pada C.S.Hyun tu tentang bagaimana rasanya kalau diri kita ditipu seseorang. Namun aku kadang2 stress gak dengan watak G.H.Rim yang lembut hati dan tidak tetap pendirian tu, die dah pindah n pergi jauh dari C.Soo Hyun tapi last2 balik semula kepada C.S.Hyun tu selepas dapat tahu mengenai keadaan C.Soo Hyun yang kurang stabil tu. So agak boring part diorang main tarik tali ni, sekejap bergaduh pastu dah berpisah, kemudian datang balik, yang sorang lagi masih tak berubah-ubah, tetap nak teruskan eksperimennya tu. Aku juga suka part Go Hye Rim yang cuba mengubati trauma C.S.Hyun tu mengenai ibunya tu. Part Choi So Hyun bersemuka dan meluahkan semua perasaan tidak puas hatinya dekat ibunya tu agak touching bagi aku, die tak dapat nk control marah die masa tu n Part Cha So Hyun memaafkan dan berbaik-baik dengan ibunya tu pun agak sedih tapi best bila semua dah pulih. Ending drama ni mestilah happy ending bila C.Soo Hyun buat kejutan dengan meluahkan rasa cintanya pada G.Hye Rim di depan semua orang di pawagam sekaligus melengkapkan peringkat ketiga eksperimennya bagi pihak G.Hye Rim. Disamping membuktikan yang dirinya benar2 cintakan Go Hye Rim.
Apapun sampai ke episod akhir ni pun C.S.Hyun masih nak melengkapkan eksperimennyer tu hehe cuma bezanyer die yang melakukannya bukan G.H.Rim. Apapun diorang berdua tetap gembira dan bahagia di episod akhir cite ni. Apapun aku bagi 6.5 Bintang untuk drama ni dari 10 bintang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017