-->

14 Apr 2016

My Favourite Hong Kong Drama (Throwback)


Assalammualaikum..
Sekarang ni memang musim semua orang layannn Drama2 Korea, or maybe ada gak yang layan drama Jepun ker kan. Aku pun macam tu gak, tapi teringat plak masa aku kecik2 dulu yang mana aku rajin gak tengok Drama2 Hong Kong yang ditayangkan kat TV khususnya RTM TV2. Tapi masa tu drama Korea masih belum popular macam sekarang, so masa dulu ramai yg layann drama2 cina Hong Kong ni tapi ni dulu lah kan, sekarang ni mana layannn drama Hong Kong dah, sebab drama Korea pun tak larat nak tengok kann hehehe, tu belum masuk hindustan lagi tu hihi. So entry ni saja nak throwback drama2 popular Hong Kong yang aku suka masa tu. Aku pun hanya ingat tajuk jer, sinopsis jalan cerita pun tak berapa ingat dah hehe.

1) Secret Of The Heart (1998)

Tak silap aku jalan cerita drama ni sangat best tapi aku tak ingat sangat lah plak hehe, sebab dah lama kan hahaha..tapi memang best sebab aku tertunggu-tunggu drama ni tiap2 petang masa dulu2 hehe.

2) Feminine Masculinity (1999)

Drama ni pun best n lawak giler, x silap aku jalan cerita drama ni ada kaitan dengan hantu wanita yang rasuk badan lelaki untuk mencari pembunuhnya, pastu lelaki yang dirasuk tu boleh jatuh cinta plak kat hantu tu hehe, lebih kurang gitulah kot hehehe..

3) Armed Reaction (1998)

Drama Armed Reaction ni cerita polis2 n memang best, Armed Reaction ni first sekali ditayangkan kt RTM dulu.. tapi untuk Armed Reaction II, III dan IV dah disiarkan di TV3 pulak..n aku layannn semua siri drama Armed Reaction ni. Teringat plak kat sorang member aku ni yang sangat sukakan drama Armed Reaction ni hehehe.

Armed Reaction 2 (2000)   Armed Reaction 3 (2001)
    

Armed Reaction (2004)

Rasanya tu jerlaa yang aku ingat, ikutkan ada satu dua drama lagi yang aku tengok, tapi dah x ingat tajuk dah hehehe..Apapun semua drama Hong Kong kat atas ni semua best. Rasanya drama polis Hong Kong sangat syok untuk ditonton, tapi sekarang ni dah x layann dah.

1 ulasan:

  1. Saya pun suka tengok cita Hong Kong kat TV2 tu...ada banyak yg best2...yg paling menyentuh hati cita The Breaking Heart. Dah tak ingat cita dia macamana tapi tajuk dia mmg ingat sangat. Yang pasti cita ni sedih...

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017