Signal - Korean Drama Review
Assalammualaikum..
Kali ni aku nak buat Review Drama Korea yang best iaitu Signal, Drama Signal ini mempunyai 16 episod dan telah tamat episodnya pada 12 Mac yang lalu. Drama ini dilakonkan oleh Lee Je Hoon sebagai watak Park Hae Young, Kim Hye Soo sebagai Cha Soo Hyun, Cho Jin Woong sebagai Lee Jae Han dan ramai lagi. Drama Signal ini mula disiarkan pada bulan Januari 2016 yang lalu menggantikan drama Reply 1988. Aku tengok drama ni ketika drama ni hampir tamat, so dapatlah marathon tengok episod drama ni tanpa perlu nak menunggu dari minggu ke minggu hehe. Jalan cerita drama ni memang unik habis dan membuatkan drama ini sememangnya menarik untuk ditonton. Episod demi episod memang mendebarkan dan ramai penonton yang memuji jalan cerita drama ni. Ada gak khabar angin yang aku dengar yang produser, pengarah dan penulis skrip drama Signal ni ada mempertimbangkan untuk buat Signal 2, kiranya macam musim kedua untuk drama ni. Tambahan lagi ending drama ini juga tak berapa jelas kerana ianya open ending. So kalau diorang sambung buat season kedua memang menarik lah kan. Tapi cabaran untuk mereka gak sebab kena buat lebih best dari season pertama kan.
Baru tengok episod pertama cite ni pun dah rasa best dah, sebab menceritakan tentang kisah Park Hae Young masa kecil yang menjadi saksi kepada penculikan kawan sekelas die. Masuk episod kedua dan seterusnya lagilah syok tengok bila perkara2 pelik mula berlaku hehehe. Apa perkara pelik tu? perkara pelik ni berlaku apabila Park Hae Young yang merupakan seorang profiler terjumpa satu Walkie Talkie yang rosak dan tidak berfungsi lagi. Namun apa yang mengejutkan apabila tiba-tiba Walkie Talkie yang rosak tu menyala dan kedengaran suara seseorang iaitu suara Detektif Lee Jae Han. Lagi pelik apabila Detektif Lee Jae Han itu mengenali Park Hae Young dan memberikan hint2 tertentu untuk Park hae Young menyelesaikan kes2 jenayah. Bertambah pelik lagi waktu atau zaman diorang berdua berkomunikasi adalah berbeza kerana Park Hae Young berada di zaman/ tahun 2015 manakala Lee Jae Han pula berada dalam zaman atau tahun 1989. Paling best bila Park Hae Young dan Lee Jae Han saling bantu-membantu bagi menyelesaikan kes-kes jenayah yang belum selesai (Cold Case). Apabila diorang dah start tolong-menolong ni mestilah ada risikonyer, bila yang sepatutnya mati jadi hidup dan sebaliknya.
Watak Cha Soo Hyun juga menarik kerana die berada di kedua-dua zaman, yang mana Detektif Lee Jae Han adalah seniornya dalam pasukan polis ketika Cha Soo Hyun baru saja menyertai Polis, manakala kini Cha Soo Hyun adalah ketua pasukan dan bekerjasama pula dengan Park Hae Young. Detektif Lee Jae Han pula didapati hilang selepas tahun 2000 namun akhirnya Park Hae Young dan Cha Soo Hyun mengetahui yang Detektif Lee Jae Han dah dibunuh. Melalui perbualan Walkie Talkie tersebut, diorang bertiga cuba mengubah masa dahulu dan juga masa depan. Tak semua berakhir dengan baik, namun diorang semua berusaha menyelesaikan semua masalah sekaligus dapat mengelakkan serta mengubah nasib Detektif Lee Jae Han dari dibunuh. Memang suspen betul hehehe. Hero dan Heroin drama ni memang tak akan bercinta, tambahan lagi watak Cha Soo Hyun tu sememangnya sukakan Lee Jae Han dari dulu. Manakala Park Hae Young tu lebih muda dari die hehehe. Walaupun kelihatan mak Cha Soo Hyun tu macam suka jer kalau Park Hae Young ni jadi Boyfriend Cha Soo Hyun tapi hati Cha S.Hyun hanya untuk L.Jae Han gitu. Kadang2 aku tengok cara Park Hae Young ni bercakap macam berbisik pun ade, memang gaya die bercakap macam tu kot hehe.
Apapun memang geram tengok polis yang jahat dalam cite ni iaitu Kim Bum Joo, Ahn Chi Soo, diorang ni bukan nak tegakkan keadilan tetapi sebaliknya kaki rasuah, jahat, pembunuh dsbnya, orang yang tak bersalah jadi mangsa, manakala penjenayah yang bersalah terlepas disebabkan diorang kaya raya. Emosi gak tengok perkara2 camni, paling sedih sekali bila abang Park Hae Young turut menjadi mangsa mereka ni dan akhirnya mati. Sekurang-kurangnya Ahn Chi Soo tu terdesak buat kerja jahat sebab nak duit untuk selamatkan anaknya kat hospital, namun akhirnya die pun dapat balasan jugak sebab anaknya akhirnya mati dan die juga kena bunuh nanti. kiranya yang paling jahat dalam cite ni adalah Kim Bum Joo dengan sorang lagi ahli politik yang banyak kuasa. Paling tak best bila ahli politik tu terlepas dari kesalahannya, polis sukar nak menangkapnya sebab die ada banyak pihak yang menolong serta melindunginya. Macam tak adillah jugak sebab Ahli politik yang jahat tu tak dihukum atau ditangkap di akhir episod. Namun L.Jae Han tetap tidak berputus asa mencari bukti bagi menghukum ahli politik berkenaan. OST drama ni biase2 jer kot, hahaha entahlaa aku pun x berapa ingat sangat lagu2 dalam drama ni.
Antara scene yang best bagi aku apabila Detektif Lee Jae Han dapat mengelak dari dibunuh dan die berjaya mengubah masa depannya sebab masih hidup ketika itu, cuma selepas tu die koma bertahun-tahun. Maknanya di tahun 2015 ketiga-tiga mereka masih hidup gitu cuma bezanya keadaan persekitaran dan situasi turut berubah 100 peratus, keadaan hidup Park Hae Young juga berubah kerana ibu bapanya tidak bercerai, namun semua polis tidak mengenali Park Hae Young seperti dulu seolah-olah mereka langsung tidak kenal. Segala perubahan yang berlaku membuatkan Park Hae Young keliru. Nasiblah dirinya dan juga Cha Soo Hyun masih mengingati semua yang terjadi dan memahami segalanya. Mereka berdua juga berasa lega apabila mengetahui Lee Jae Han juga masih hidup di tahun 2015 itu. Walaubagaimanapun ending drama ni memang tidak begitu jelas kerana ianya open ending, kita perlu berimaginasi sendiri apa yang akan terjadi, kiranya kita buat ending sendiri hehehe. Di episod akhir drama ni kelihatan sekumpulan gangster yang ramai pergi ke hospital untuk mencari dan membunuh Lee Jae Han dan ketika ini die sudah pun sedar dari koma.
Manakala Park Hae Young dan Cha Soo Hyun masih dalam perjalanan ke hospital untuk berjumpa dan menyelamatkan Lee Jae Han, Gangster2 tersebut masih mencari-cari Lee Jae Han di dalam hospital dan kelihatan Lee Jae Han berdiri dan tamattttt. Malangnya tak dapat tengok diorang bertiga ni reunion sebab habis macam tu jer. Kan best kalau endingnya diorang sempat berjumpa kan. Seandainya ada musim kedua, aku hope jalan ceritanya akan sehebat macam musim pertama. Risau gak kalau season 2 tak sebagus season 1 kan. Apapun memang berbaloi tengok drama Signal ni, sangat best, suspen dan mendebarkan. Aku bagi 9 Bintang dari 10 bintang untuk drama Signal ni n aku cadangkan drama ni untuk korang tonton bagi yang belum menontonnya.
singgah sini...
BalasPadamsalam perkenalan...saya br follow sini...
jemput singgah & follow Blog saya juga