-->

21 Apr 2016

Juara Kilauan Emas Otai Milik Wak Mustar


Assalammualaikum..
Berakhir sudah Kilauan Emas Otai yang menggabung kesemua juara2 terdahulu dan berentap kembali. Wak Mustar / Mustar (Juara Kilauan Emas 5) dinobatkan sebagai Juara Kilauan Emas Otai. Juara akan membawa pulang wang tunai RM 150,000 beserta trofi manakala Naib Juara menjadi milik Fuad (Juara Kilauan Emas 2). Di tempat ketiga pula milik Idris dan Nas mendapat tempat keempat. Silah pula memenangi Anugerah Khas Juri (wang tunai RM10,000). Kilauan Emas Otai ini dihoskan oleh Raja Azura (Kak Engku) dan Zara Zya. 
Ini juga adalah kali pertama Zara Zya menjadi pengacara manakala juri tetap Kilauan Emas Otai adalah Dato Ramli MS dan Erra Fazira. Pak Ngah dan Ogy Ahmad Daud menjadi juri jemputan di Final KE Otai ni. Awalnya aku ingat Fuad yang akan menang tapi rezeki milik Wak Mustar. Ada ramai artis yang terlibat dan berduet dengan peserta mahupun membuat persembahan di final Kilauan Emas Otai ini, antaranya adalah Noraniza Idris, Asmidar, Indah AF, Rosma, Wann, Saleem Iklim dan Zamani.


2 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017