18 Apr 2016

Gempak Superstar - Ryzal & Dazrin Tersingkir

Ryzal & Dazrin Tersingkir Di Minggu Kedua Gempak Superstar

Assalammualaikum..
Selepas minggu pertama tiada penyingkiran, minggu kedua Gempak Superstar berakhir dengan penyingkiran Ryzal dan juga Dazrin. Raja Ilya turut tersenarai dalam bottom three. Ryzal menyanyikan lagu Pencinta Wanita manakala Dazrin menyanyikan lagu dari Chakra Khan. Raja Ilya pula menyanyikan lagu Selamat Malam (Faizal Tahir). Kelihatan Ryzal dan Elizad saling bantu-membantu dalam persembahan diorang. Opening Gempak Superstar diserikan dengan kehadiran Haiza yang menyanyikan lagu Malam Pesta Muda Mudi. Elizad menjadi peserta pertama membuat persembahan dengan bersketsa dan menyanyikan lagu Ku Bahagia. Ketika pembukaan, Scha Alyahya dan Sharnaaz Ahmad mengumumkan yang Elizad mendapat undian SMS tertinggi. Syamsul Yusof menjadi juri jemputan pada minggu ni.
Kelihatan minggu ini semua peserta menyampaikan lagu masing2 dengan penuh emosi gitu. Antara peserta yang menyanyikan lagu balada seperti Izreen Azminda (Tanpa Kekasihku- Agnes Monica) Tasha Shila (Aku Wanita Biasa - Kris Dayanti), Sherry Ibrahim (Percayalah - Indah AF),  Nazim Othman ( Bahagiamu Deritaku - Hafiz), Arja Lee (Lagu Kita - Aizat). Manakala Soffi Jikan pula menyanyikan lagu Malaikat (Hazama). Selepas persembahan Nazim, kelihatan juri tetap Ogy Ahmad Daud dan Dato Ramli MS saling berbalas kenyataan tentang persembahan Nazim. Lawak gak masa ni dari perkataan Legato boleh jadi Legoland, Berpidato dan sebagainya hihi. Tema minggu depan pula adalah lagu-lagu OST Filem. 



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

1 ulasan:

Mrs Velentine berkata...

x tengok malam tadi

Related Posts with Thumbnails