-->

19 Apr 2016

Fenomena Descendent Of The Sun

Fenomena Descendent Of The Sun Lakonan Song Joong Ki & Song Hye Kyo

Assalammualaikum..
Nampaknya kebanyakkan peminat Drama Korea dilanda demam Descendent Of The Sun (DOTS) hehehe. Di Korea dan juga di negara2 lain, drama Korea ini disukai ramai dan mendapat rating yang sangat tinggi. Gandingan cute Song Song Couple (Song Joong Ki dan Song Hye Kyo) menjadi tarikan dan bualan peminat. Aku juga suka drama ni tapi xdela sampai fanatik ker ape ker hehe, jalan ceritanya yang unik dan berbeza dari drama2 Korea yang lain membuatkan drama ni menjadi lagi menarik. Kisah Cinta antara Askar dan Doktor serta tugas2 diorang membuatkan drama ini jadi best. Selain kisah cinta antara Kapten Yoo Si Jin dan Kang Mo Yeon menjadi kesukaan ramai, namun ramai juga suka tengok kisah cinta terhalang antara Seo Dae Yeong dan Myung Ju. Apapun memang layannn drama ni. 
Drama ini mempunyai 16 episod, dan ramai penonton yang inginkan Descendent Of The Sun Season 2. Agak2 diorang buat tak season 2 hehehe lagipun ending drama ni juga tidak dijangka, ingatkan habis kat majlis perkahwinan tu jer, rupanya tetiba ada masalah, n semua doktor dan Askar yang ada kat situ kembali bertugas dan beraksi gitu. Episod 15 drama ni sangat sedih okey, bila diorang semua ingatkan Yoo Si Jin / Big Boss dan Seo Dae Young dah mati, girlfriend diorang pun bukan main sedih lagi. Namun di penghujung episod 15 serta episod 16 memang happy ending lah, sebab diorang berdua tak mati pun, selepas setahun diorang kembali, part paling lawak bila kawan2 Kang Moo Yeon yang merupakan Nurse dan Doktor tu ingatkan Yoo Si Jin tu hantu hahaha, aku ulang banyak kali part ni sebab lawak.
Scene2 lawak memang lawak, scene2 sedih memang sedih giler lah kan, apapun kan best kalau watak diorang semua ni diakhiri dengan perkahwinan kan. Askar kahwin Doktor gitu, lagi best kalau diorang berempat kahwin serentak hihihi. Apapun memang best drama ni, Suke tengok Song Hye Kyo tu sebab die cantik jer kan, apa pun  aku bagi 9 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ni. Banyak Review Drama Korea yang aku tak buat lagi antaranya, Signal, Glamourous Temptation, Neighborhood Hero, Come Back Mister. Kalau aku rajin mungkin aku akan buat review lengkap drama DOTS ni nanti, tu pun kalau rajin lah kan hihi.

2 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017