-->

10 Apr 2016

My Daughter Geum Sa Wol - Review Drama Korea


Assalammualaikum..
Review Drama Korea yang akan aku buat hari ini adalah drama yang bertajuk My Daughter Geum Sa Wol. Drama ni baru saja habis disiarkan di Korea pada 28 Feb 2016 yang lalu dan mempunyai 51 episod. Drama ini dilakonkan oleh Baek Jin Hee, Jeon In Hwa, Yoon Hyun Min, Park Se Young, Doo Sang Woo, Song Ha Yoon, Son Chang Min dan ramai lagi. Pengarah dan Penulis Skrip drama ini adalah orang yang sama yang mengarah dan menulis skrip untuk drama Popular Jang Bo Ri Is Here!, so untuk review cite My Daughter Geum Sa Wol ni, aku akan buat sedikit perbandingan antara kedua-dua drama ni sebab terdapat sedikit persamaan karakter watak untuk kedua-dua drama ni. Misalnya sikap dan karakter watak heroin untuk kedua-drama ini lebih kurang sama, yang mana kedua-dua heroin sangatlaa baik hati, pastu asyik kena tindas, kena buli, sangat senang kena tipu dan senang memaafkan orang lain. Manakala untuk watak jahat pula, kedua-duanya juga sangat jahat, suka benar menipu sana-sini untuk menyelamatkan diri sendiri dan dua2 nya sama2 cantik hahaha. Seperti drama Jang Bori Is Here, drama My Daughter Geum Sa Wol juga sentiasa mendapat rating yang tinggi untuk setiap episod.
Berbalik pada drama My Daughter Geum Sa Wol ni, aku kadang2 stress gak tengok karakter Geum Sa Wol yang dilakonkan oleh Baek Jin Hee ni, sebab karakternyer sangatlaa baik, pastu asyik kena tipu dan kena main jer dengan Oh Hye Sang yang dilakonkan oleh Park Se Young. Entah kenapa karakter Geum Sa Wol ni sangat lemah pastu sentiasa mengalah dengan Oh hye Sang tu, pendek kata memang stress tengok watak die ni. Part paling x leh blah sekali bila die marah dengan ibu kandungnyer yang menghalang perkahwinan die ngan Kang Chan Bin tu. Sedangkan die tak faham situasi dan penderitaan ibu kandung die tu. Pujian patut diberikan pada Park Se Young yang berjaya membawa watak sebagai Oh Hye Sang yang jahat tu dengan baik sekali. Tak leh blah tengok die gelabah bagai nak rak, sebab die takut sangat rahsia dan penipuannya terbongkar. Muka gelabah die memang gelabah habis especially bila die ada buat salah. Lakonan kanak-kanak perempuan yang membawakan watak Oh Hye Sang masa kecil tu pun sangat berkesan giler, kecik2 lagi dah nampak kejahatannyer tu. Jalan cerita drama ni bermula dengan kisah ibu bapa Geum Sa Wol iaitu Shin Deuk Ye, Oh Min Ho dan Kang Min Ho, kiranya cerita ni bermula dari awal, lepas dari tu barulah jalan cerita drama ni memfokuskan tentang kisah anak2 diorang pula iaitu Geum Sa Wol, Hye Sang, Chan Bin yang dah dewasa serta watak2 lain.
Bagi aku kesemua pelakon wanita dalam cite ni semuanya best2 dan berbakat, cuma entah kenapa aku tak berapa berkenan dengan hero drama ni iaitu Yoon Hyun Min sebagai Kang Chan Bin. Tak silap aku ni kali pertama die melakonkan watak utama, tapi x tahulaa aku tak berapa suka tengok lakonan die hehehe. Tapi hero kedua drama ni iaitu Do Sang Woo sebagai Joo Se Hoon tu aku okey plak hehehe, maybe sebab aku dah biasa tengok die berlakon kot, terutamanya bila die berlakon dengan Song Ji Hyo dalam drama Ex-Girlfriend Club, pastu die ada muncul gak dalam Running Man gitu. Selain tu ada 2 pelakon iaitu Park Sang Won dan Do Ji Won yang melakonkan watak ibu bapa angkat kepada Hye Sang dan G.Sa Wol tu sebenarnya dah pernah berlakon jadi suami isteri dalam drama Healer. Bagi sesape yang tengok drama Healer mesti kenal diorang berdua ni, tak sangka pulak, yang dalam drama ni pun diorang masih melakonkan watak suami isteri gitu hehe. Ada beberapa pelakon yang pernah berlakon dalam drama Jang Bo Ri Is Here tu turut berlakon dalam drama ni jugak. Aku agak terganggu juga tengok rambut Song Ha Yoon yang melakonkan watak Lee Hong Do / Joo Oh Wol, rambut die kerinting n memang nampak serabut die ni, ikutkan Song Ha Yoon ni cantik orangnyer.
Di dua episod terakhir barulaa nampak cantik sikit Song Ha Yoon ni bila diorang ubah style rambut die jadi lurus gitu, nampak ayu gitu. Dalam banyak2 watak dalam drama ni, aku rasa watak Song Ha Yoon sebagai Lee Hong Do / Joo Oh Wool paling mencabar sekali, sebab watak die akan melalui tiga peringkat, yang mana peringkat pertama die menjadi ibu kepada dua anak dalam usia yang muda, namun dirinya sentiasa dibuli, dimarahi serta dilayan dengan teruk oleh mak mertuanya serta suaminya juga. Di peringkat kedua dirinya mengalami kemalangan yang disebabkan oleh Hye Sang dan suaminya sendiri dan menyebabkan die hilang ingatan, dan berfikir seperti budak berumur 5 tahun, malah die menganggap kawannya iaitu Geum Sa Wol tu sebagai ibunya, manakala anak2 die pula die anggap sebagai abang dan kakaknyer. Di peringkat ketiga pula, die menjadi lebih berani apabila cuba menegakkan keadilan dengan bertekad untuk menghukum Hye Sang yang jahat tu ke muka pengadilan atas sebab cuba membunuhnya beberapa kali. Kat sini nampakla perkembangan watak die ni dari seorang wanita yang bergelar ibu muda yang naif menjadi berani. Rasanya ramai penonton akan geram dengan watak Oh Hye Sang yang jahat tu sebab die sangat bijak dan sentiasa terlepas dari hukumannya.
Part tak leh blah sekali bila Oh Hye Sang tu dapat kahwin dengan Joo Se Hoon tu, dah ler J.See Hoon tu baik tapi berkahwin pulak dengan wanita sejahat Hye Sang. Tapi ramai tak menduga yang Joo See Hoon ni seorang peguam dan anak orang kaya sebab di peringkat awal, nampak die macam orang2 biase jer. Aku lagi suka kalau Jo Se Hoon tu bercinta dengan Geum Sa Wol, sebab diorang nampak sepadan dan sama2 baik. Tapi tulaa entah camnelaa si J.Se Hoon ni boleh sukakan Hye Sang walaupun die tahu Hye Sang ni materialistik. Apapun aku suka tengok kesetiaan orang kanan Kang Man Ho tu, die tetap setia dengan Kang Man Ho dari Kang Man Ho tu kaya raya sampaila die jadi bankrup dan miskin. Lepas dari tu siap jadi menantu Kang Man Ho lagi hehehe. Masa episod akhir ada tunjuk wedding scene orang kanan K.Man Ho ni dan hampir semua watak2 lain dalam cite ni datang majlis perkahwinan tu. Selain tu, aku suka muzik latar drama ni terutamanya untuk scene2 yang best dan suspen. Ending drama ni kira happy ending gak la sebab semua yang jahat akan dapat pembalasan atas perbuatan masing2, yang mana semua dipenjarakan, namun diorang kena penjara setakat 3 tahun jer sedangkan diorang banyak buat jahat namun kena penjara sekejap jer. Nasiblah semua berubah jadi baik lepas dari kuar penjara tu. Bekas suami Lee Hong Do/ Joo Oh Wol tu rasa menyesal giler sebab pernah tinggalkannyer. 
Bila Kang Man Ho dan Oh Hye Sang keluar dari penjara, diorang bermula dari bawah semula, Diorang lakukan kerja kecil-kecilan dan berdikari sendiri. Hye Sang malu dengan perbuatannya dan mengelak dari berjumpa dengan ayah dan ibu angkatnya, Geum Sa Wol, J.Se Hoon dan Oh Wol. Di episod akhir, Lee Hong Do/ Joo Oh Wol akan bahagia dan hidup bersama dengan keluarga kandungnyer manakala Geum Sa Wol juga bahagia bila dapat hidup bersama dengan mak kandungnyer iaitu Shin Deuk Hye. Paling best sekali bila G.Sa Wol dan K.Chan Bin hidup macam adik beradik berbanding kekasih. Walaupun diorang masih saling mencintai tapi kedua-dua mereka memutuskan untuk jadi adik beradik dan hidup bersama dengan Shin Deuk Hye. Aku suka bila diorang jadi adik dan abang ni berbanding kahwin ker ape, sebab diorang tak sesuai laa jadi kekasih hehe. Manakala Joo Se Hoon pula dipaksa oleh ayahnya untuk gi blind date dan mencari calon isteri. Namun nampaknyer J.Se Hoon masih sukar untuk melupakan O.Hye Sang sepenuhnya lagi. Dari komen2 yang aku baca, majoriti penonton merasakan drama ni tak berapa realistik dan x berapa logik, walaupun ianya mendapat rating yang tinggi.
Aku tak nafikan gak memang terdapat scene2 yang kurang logik dalam cite ni, dan ramai juga penonton yang berikan kritikan untuk drama ni. Kalau disuruh pilih antara drama ni dengan drama Jang Bo Ri Is Here tu, aku akan pilih drama Jang Bo Ri Is Here sebab drama tu lebih best dan lebih menarik dari segi jalan ceritanyer, pemilihan pelakon yang sesuai dengan setiap watak, dan semua pelakon yang berlakon dalam cite Jang Bo Ri Is Here tu aku suka hehehe. Apapun drama ni masih okey untuk ditonton sebab ada banyak juga scene2 yang suspen dan aku bagi 7 Bintang dari 10 bintang untuk drama ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017