-->

23 Apr 2016

Sinopsis Drama Mr Boss Miss Stalker TV3

Sinopsis Drama Mr Boss Miss Stalker Slot Dahlia TV3

Assalammualaikum..
Drama Mr. Boss, Miss Stalker telah pun disiarkan di Tv3 mulai 22 April yang lalu menggantikan drama Cinta 100 Kg, yang telah tamat episodnya. Drama ini diarahkan oleh Heykal Hanifah serta mempunyai 20 episod dan disiarkan setiap Jumaat hingga Ahad, jam 6.58 petang. Drama ini dilakonkan oleh Mia Ahmad, Ashraf Muslim, Miera Leyana, Riz Amin, Nazeera Sardi, Kodi Rasheed, Aman Shah dan ramai lagi. Lama betul tak nampak Ashraf Muslim ni berlakon kan, dan mesti ramai yang suka dapat tengok Mia Ahmad kat tv lagi ni selepas drama Hati Perempuan tu hehe. Kalau tengok dari sinopsis, memang nampak menarik jer drama ni. Apapun jom layann sinopsis drama ni kat bawah k..

Mengisahkan Sara Azreen (Mia Ahmad) diberikan tugasan oleh Encik Hamzah (Aman Shah) untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, iaitu Hariz Zhafran (Ashraf Muslim), CEO kepada Mentari Angkasa Sdn Bhd. Bagi memudahkan kerja penyiasatannya, Sara perlu diterima sebagai jurutera di syarikat tersebut. Sara serbah salah. Namun, dia bersetuju untuk menolong bapa saudaranya demi membalas jasa. Encik Hamzah telah membiayai segala perbelanjaan Sara sewaktu belajar di Australia kerana bapanya mengalami masalah kewangan pada masa itu.

Sara berjaya diterima sebagai jurutera di Syarikat Mentari Angkasa Sdn Bhd. Sikap Hariz yang garang dan tidak bertimbang rasa menguatkan lagi tanggapan Sara bahawa bosnya ialah seorang yang kejam dan mungkin bertanggungjawab atas kematian Tan Sri Jalil (Zulkifli Ismail). Malahan, Sara juga percaya Hariz ialah dalang kepada kehilangan anak perempuan Tan Sri Jalil, Liza (Nazeera Sardi). Izzudin (Riz Amin), pengurus kewangan di syarikat itu sering mencari peluang untuk mendekati Sara. Kehadiran Sara turut mengundang ketidakselesaan daripada teman wanita Hariz iaitu Ria Alisya (Miera Leyana), seorang pelakon popular yang bercita-cita mahu menjadi menantu kepada keluarga Hariz.

Sara mula mengenali keperibadian Hariz yang sebenar dan mereka mula mencipta keserasian tidak kira dalam soal kerja ataupun hubungan peribadi. Sara diberikan tugasan baharu untuk berpura-pura menerima cinta Hariz. Lebih merumitkan keadaan apabila Hariz Zafran telah melamarnya. Adakah Sara Azreen akan berterus terang ataupun meneruskan rancangannya untuk memerangkap Hariz?

2 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017