-->

20 Apr 2016

Sinopsis Drama Demi Cinta Ain Slot Samarinda TV3

Sinopsis Drama Demi Cinta Ain Slot Samarinda TV3

Assalammualaikum..
Drama Demi Cinta Ain sudah disiarkan di Slot Samarinda Tv3 mulai 19 April 2016 yang lalu menggantikan drama Bodyguard (Slot Aksi) yang telah tamat episodnya baru2 ini. Drama Demi Cinta Ain ini dilakonkan oleh Nur Risteena Munim sebagai watak Ain, Aiman Hakim sebagai Aliff, Nazrief Nazri sebagai Adam, Nazeera Sardi sebagai Sakinah, Zahirah Macwilson sebagai Mawar, Zizan Nin sebagai Ashraf, Jasmin Hamid sebagai Suraya dan ramai lagi. Selain itu drama ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. Macam sedih jer jalan cerita drama ni hehehe apapun jom layann sinopsis ringkas cite ni kat bawah k..

Alif dan Sakinah baru balik dari menjalani rawatan di hospital. Suraya bising kerana banyak wang dihabiskan untuk kos rawatan Sakinah sedangkan Alif semakin hari berdepan dengan masalah kewangan. Suraya adalah ibu tiri kepada Sakinah dan Ain manakala Sakinah merupakan kakak kepada Ain yang kini berperang dengan sakit kanser. Suraya suka menyindir Alif dan membuatkan Aliff berasa terhina, Sakinah pula tidak mampu berbuat apa-apa mengenai sikap ibu tirinya itu. Suraya tidak suka dengan Alif yang baru sahaja keluar dari penjara, malah menyuruh Alif untuk bawa anak-anaknya keluar dari rumah kerana malu terima bekas menantu bekas banduan. Manakala Ain juga tidak sukakan Aliff kerana abang iparnya itu panas baran dan sering memarahi kakaknya.

Lagu Tema / OST Demi Cinta Ain

--> Dikoyak Waktu Nyanyian Ronnie Hussein

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017