-->

1 Apr 2016

Episod Akhir Drama Aku Bukan Bimbo


Assalammualaikum..
Berakhir sudah Drama Aku Bukan Bimbo yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam, Nadiya Nisaa, Zahiril Adzim dan ramai lagi. Ending drama Aku Bukan Bimbo ni mestilah happy ending kan. Selepas ni drama Suami Tanpa Cinta lakonan Janna Nick dan Syukri Yahaya akan menggantikan drama ni. Episod akhir drama Aku Bukan Bimbo ni bermula dengan kesedihan, dimana seluruh keluarga Dani Ikram bersedih dengan kematian Ayah Dani. Berlaku sedikit konflik, yang mana adik Dani serta Dani sendiri menyalahkan Elsuraya yang dianggap menjadi penyebab Dani tidak dapat berjumpa dengan ayahnya buat kali terakhir. Walaubagaimanapun salah faham tersebut dapat diatasi, Elsuraya kemudian cemburu dan merasakan Dani curang dengannya selepas terlihat Dani dan Fiona pergi mencuba baju kahwin di butik. El mula dingin dengan Dani dan menelefon Azad untuk meluahkan masalahnya.

Azad hanya ketawa mendengar kata-kata El lalu sengaja membiarkan El dengan masalahnya tu. Kemudian Elsuraya berjumpa Dani dan Fiona dan terus marah2 mengatakan Dani curang dan sebagainya. Azad yang ada disitu terus berlakon, rupa-rupanya Fiona tu akan berkahwin dengan Azad, Dani hanya menemankan Fiona mencuba baju kahwin disebabkan Azad sangat sibuk. Selepas itu mereka berempat hanya ketawa bila mengimbas kembali apa yang terjadi. Ending drama ini berakhir dengan berita Elsuraya hamil, El telah memberitahu yang dirinya dah mengandung pada Dani ketika mereka bercuti di Korea. Begitulah sedikit sinopsis episod akhir drama Aku Bukan Bimbo ni. Banyak betul scene2 diorang di Korea kan, apapun tahniah juga buat Nadiya Nisaa yang sememangnyer tengah pregnant sekarang.

3 ulasan:

  1. Langsung tak pernah tgk drama dalam astro..sebabnya umah tak ada astro..hahaha..kelakar tak..ketinggalan zaman kan.,.

    BalasPadam
  2. X dpt follow cerita ni... huhu waah tahniah buat Nadiya nisaa.. murah rezeki =)

    BalasPadam
  3. c pernah tengok citer ni tapi bila tengok episode akhir semalam macam nak tengok dari mula...huhuhuu...

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017