-->

9 Apr 2016

Sinopsis Telemovie Karlisa Cerekarama TV3


Assalammualaikum..
Telemovie Karlisa akan disiarkan di Slot Cerekarama Tv3 pada 9 April ini. Telemovie Karlisa ini dilakonkan oleh Ruhainies, Qistina Raishah, Watie Sadali, Rasheed Ahmad, Fizz Fairuz dan ramai lagi. Kalau tengok dari iklan nampak macam best jer telemovie ni, n rasa macam sedih jer cite ni kan, apapun jom layannn sinopsis telemovie ni kat bawah k..

Sinopsis Telemovie Karlisa

Karmila (20) dan Karlisa (8) adalah anak-anak kepada Puan Farah dan Tuan Bahrin. Sewaktu Karmila mengetahui dia akan mendapat adik, dia merasa sungguh gembira dan tidak sabar menunggu kelahiran adiknya itu. 



Karmila menamakan adik perempuanya itu dengan nama Karlisa. Namun selepas beberapa minggu, Karmila mula berubah apabila merasakan segala perhatian terhadapnya dahulu kini tercurah hanya kepada adiknya itu. 


Karmila mula rasa tersisih dan tidak dimanjakan oleh ibu bapanya. Karmila mula membenci adiknya kerana baginya kehadiran Karlisa telah merampas kasih sayang ayah dan ibunya. Menginjak dewasa, Karmila tetap membenci adiknya itu. 

Karlisa, atau lebih mesra dipanggil adik membesar menjadi seorang kanak-kanak yang bijak. Adik tetap tersenyum dan bersabar setiap kali dimarahi oleh kakaknya. 

Seringkali dimarahi Karmila, adik akan semakin mendekati Karmila sehinggalah pada suatu hari, Karmila menjadi berang dan menolak adik sehingga mengalami kecederaan hanya kerana adik masuk ke biliknya. 

Selepas kejadian itu, adik mengelakkan dirinya daripada mendekati Karmila. Adik banyak menghabiskan masa di dalam bilik sambil melukis potret kakaknya beserta kata-kata yang ingin disampaikan pada Karmila. 

Suatu hari, Puan Farah meminta Karmila untuk mengambil adik pulang dari sekolah kerana dia mempunyai urusan penting. Karmila memberi pelbagai alasan untuk mengelak dari mengambil adik tetapi akhirnya dia akur. 

Tetapi kerana kealpaan Karmila, dia terlupa dan terlewat untuk menjemput adik. Sebaik tiba di sekolah, Karmila panik apabila mendapati adik tiada walaupun puas dicarinya. 

Apakah yang terjadi kepada adik dan adakah masih ada ruang buat adik untuk mendapat sedikit tempat di hati kakaknya itu?

1 ulasan:

  1. Baru jer tgk filem tu... oklah plot cerita. Pelakon pun cantik ehem ehem :D but yg saya pening apa yg jadi kat watak "adik" tu? Tau la dia possibly meninggal but apa yg penyebab tu x tau lah... maybe rogol, sebab nampak kaki dia, or cabul, sebab kalau nak fikir dia terjatuh memang x la sebab kasut dia jauh ditinggal. Or maybe dia just mengantuk and tertidur dalam longkang then tetiba air mengalir tapi dia x perasan lalu lemas... haha apa2 pun pelakon kakak still cantik and thats the important part ;).

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017