Sinopsis Drama Suami Tanpa Cinta Lakonan Janna Nick dan Shukri Yahaya
Assalammualaikum..
Drama Suami Tanpa Cinta sudah pun disiarkan di Astro Ria sejak 4 April yang lalu menggantikan drama Aku Bukan Bimbo yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Shukri Yahaya sebagai Zaidan Iman (Aid), Janna Nick sebagai Ain Syifa, Christina Suzanne sebagai Alesya, Sarah Hildebrand sebagai Adura, Mark Adam sebagai Rafael, Afzan, Wan Sharmila dan ramai lagi. Drama ini mempuyai 16 episod dan merupakan adaptasi daripada Novel Suami Tanpa Cinta karya Novelis Syamnuriezmil. Watak Janna Nick dalam drama ni bukan main garang lagi hehehe, manakala watak Shukri Yahaya pula nampak sweet jer hehehe. Apapun jom layannn sinopsis drama ni kat bawah k..
Zaidan Iman (Aid) dan Ain Syifa berkawan sejak dari zaman sekolah. Demi menyelamatkan perniagaan keluarga, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka.
Namun perkahwinan mereka bersyarat. Sekiranya jatuh talak ke atas ain, maka syarikat mereka akan jatuh ke tangan Ain Syifa dan Aid tiada lagi hak ke atas syarikat itu. Maka, Aid dan Ain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka.
Ain cuba untuk menyayangi dan mencintai Aid, seperti mana Aid mencintainya. Namun kisah silam Ain membuatkan Ain mengunci dirinya dari mencintai Aid. Walaubagaimanapun, kehidupan mereka semakin hari semakin ceria dan bahagia. Mereka memang saling melengkapi antara satu sama lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Aid untuk membuatkan Ain jatuh cinta padanya. Ain keliru dengan perasaannya sendiri. Aid sedar si isteri sudah mula mencintainya namun masih belum mampu untuk mengakui perasaan itu.
Kepercayaan mereka terhadap pasangan masing-masing membantu mereka dalam menangani godaan-godaan yang datang silih berganti. Namun, kebahagiaan mereka teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang sudah mula berahsia dengannya.
Keadaan semakin runcing apabila Ain lari meninggalkan Aid dengan satu nota kecil yang membuatkan Aid menjadi risau dan cuak. Dapatkah Aid mencari Ain? Mampukah perkahwinan dengan suami tanpa cinta ini kekal sehingga ke jannah? Dan apakah kebenaran di sebalik cerita yang didengar oleh Ain itu?
Lagu Tema / OST Drama Suami Tanpa Cinta
-> Mungkin Saja Nyanyian Janna Nick
Jom Baca ni jugak --> 7 Perkara Yang Sering Disalah Tafsir Tentang Golongan Lelaki!..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.