-->

29 Apr 2016

Episod Akhir Drama Suami Tanpa Cinta

Episod Akhir Drama Suami Tanpa Cinta

Assalammualaikum..
Habis sudah drama Suami Tanpa Cinta yang disiarkan di Astro Ria lakonan Janna Nick, Shukri Yahaya, Mark Adam dan ramai lagi. Selepas ini Drama Dia Semanis Honey akan menggantikan drama ini yang dilakonkan oleh Alif Satar, Siti Nordiana, Hairul Azreen dan lain2. Episod akhir drama Suami Tanpa Cinta bermula dengan Ain Syifa yang memarahi suaminya iaitu Zaidan Iman (Aid) di depan Rafael dan Adura berkaitan dengan projek syarikat mereka yang rugi. Ain yang pregnant ketika itu gagal mengawal emosinya dan membuatkan Aid berkecil hati. Aid kemudiannya bermalam di rumah keluarganya. Ain mula berasa risau apabila Aid tidak pulang ke rumah, die sedar Aid merajuk dengannya, Rafael menasihati Ain supaya tidak marah2 lagi dengan Aid. Dalam masa yang sama Ain juga telah salah faham apabila ibu Aid dan Mak Ngahnya telah pergi ke kampung untuk meminang Nurul. 
Ain merasakan Aid akan dipaksa kahwin dengan Nurul dan dirinya terpaksa bermadu dengan Nurul. Namun Nurul akan berkahwin dengan orang lain bukan dengan Aid, Nasib baiklah Nurul tu tak teruskan niatnya untuk kahwin dengan Aid, yang neneknya tu pun releks jer nak paksa Aid kahwin dengan Nurul kalau Ain tak mengandung lagi. Patutlaa Ain tu stress jer dengan sikap nenek Aid tu. Kemudian Ain kemalangan, dan dibawa ke hospital, namun semua gembira mendengar berita Ain dan mengandung. Ending drama ni berakhir dengan scene Ain dan Aid di Swimming Pool hehehe. Ramai juga yang suka tengok drama ni, sebab selalu gak trending kat Twitter tu.

2 ulasan:

  1. happy ending..yeyy..hehehehe...gandingan baru Janna dan Syukri..nampak serasi...

    BalasPadam
  2. dalam episode ni, saya tak berapa faham sgt la.. mula2 doctor ckp ain syifa tak mengandung, lps excident tu ttbe mengandung.... maksudnya nurse/doctor tu salah check ke apa??

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017