-->

4 Sep 2016

Sinopsis Drama Lara Terindah TV3

Sinopsis Drama Lara Terindah Slot Akasia TV3

Assalammualaikum..
Drama Lara Terindah adalah drama terbaru yang disiarkan di Slot Akasia menggantikan Drama Sayangku Kapten Mukhriz yang telah tamat episodnya. Drama 14 episod ini sudah pun mula disiarkan di tv mulai 31 Ogos yang lalu. Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah seperti Nelydia Senrose, Nazrief Nazri, Hafeez Mikail, Nonny Nadirah, Ika Nabella, Bil Azali, Mustaqim Bahadon, Jasmin Hamid, Rahim Omar, Laila Nasir, Roy Azman dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Azmi Hatta dan merupakan terbitan Orangetree Production Sdn Bhd. Aku ada tengok gak drama ni, memang best gak untuk ditonton, apapun jom layann sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Lara Terindah

Mengisahkan seorang jejaka bernama Razlan yang sangat anti dengan perempuan dan sentiasa memberi layanan buruk kepada mereka. Elena ialah penulis skrip drama yang bekerja di produksi yang sama dengan ibu Razlan, Puan Mimi. Kebencian Razlan terhadap Elena bermula selepas kemalangan kereta yang menyebabkan Razlan terlepas sebuah projek besarSejak itu, Razlan ingin membalas dendam terhadap Elena sekiranya mereka ditakdirkan untuk bertemu sekali lagi. Razlan bertambah benci dengan Elena yang dianggap mahu mengambil kesempatan daripada ibunya. Malahan, Razlan juga memandang rendah terhadap Elena yang dilihat intim dengan Dato’ Kamal. Razlan mula berbuat baik dengan Nisa (Nonny Nadirah), pekerja baharu di syarikat Razlan yang mata duitan dan sering dijadikan mangsa bulinya. Tujuan Razlan berbuat demikian adalah kerana dia ingin mendekati Elena agar dia dapat membalas dendam. 
Apa yang Razlan tidak mengetahui adalah Nisa sebenarnya sudah mula menaruh perasaan terhadap Razlan dan bertekad untuk memilikinya. Namun, siapa sangka Razlan telah jatuh hati dengan Elena dan bersedia untuk melamarnya. Nisa berasa cemburu dan menganggap dirinya telah dipergunakan oleh Razlan. Oleh kerana sakit hati yang teramat, Nisa telah mengupah Ali untuk merogol Elena. Peristiwa hitam itu menyebabkan Elena terus memutuskan hubungannya dengan Razlan, walaupun Razlan masih berada di hatinya. Elena kemudiannya bertemu dengan Andi (Aidil Aziz), seorang pemuda yang pemalu dan sering membuat Elena bahagia. Akan tetapi, kehadiran Andi belum boleh membuatkan Elena melupakan dan meneruskan hidupnya tanpa Razlan di sisi. Elena tidak henti memohon petunjuk daripada Allah. Adakah Elena akan melupakan Razlan suatu hari nanti? Siapakah yang akan dipilih oleh Elena untuk menjadi teman hidup sejatinya?

Lagu Tema / OST Lara Terindah
---> Seindah Mimpi Nyanyian Jaclyn Victor

1 ulasan:

  1. saya belom sempat lagi nak layan cite ni. gaya penceritaan macam best dah ni. hari ni nak tgk la. hihi

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017