-->

3 Apr 2017

Baca Online Novel Shhh... I Love You

Novel Shhh...I Love You, Karya Novelis Farisya Natasha, Drama Adaptasi Novel, Slot Akasia, TV3, Drama Bersiri, Drama Melayu, Baca Online Novel Shhh...I Love You, Senarai Pelakon Drama Shhh...I Love You, Watak Aidan dan Nadia, Pelakon, Gambit Saifullah, Elvina Mohamad, Hafreez Adam, Tash Yong,
Baca Online Novel Shhh I Love You (Drama Adaptasi Novel)

Assalammualaikum..
Novel Shhh...I Love You Karya Novelis Farisya Natasha akan diadaptasikan menjadi drama bersiri 28 episod, yang akan disiarkan di Slot Akasia Tv3 bermula 3 April ini. Watak Ahmad Aidan akan dilakonkan oleh Gambit Saifullah manakala watak Nur Nadia Omar akan dilakonkan oleh Elvina Mohamad. Watak Sumayyah pula akan dilakonkan oleh Tash Yong dan watak Naufal akan dilakonkan oleh Hafreez Adam. Jadi sambil - sambil tengok Drama Shhh..I Love You di TV, jom baca juga Novel Shhh..I Love You ini secara online. Just Klik je link yang ada di bawah ini ye untuk membacanya secara online, dan Selamat Membaca..


Sinopsis Novel Shhh...I Love You


NUR NADIA OMAR… Keceriaan luaran tidak dapat menutup kekurangan yang ada pada dirinya. Hidupnya yang penuh liku dan membuatkan hanya kematian saja yang dia fikirkan dek kisah silam yang menjadikan diri masih bernyawa sehingga kini. Dan kerana itu, kesukaran hidupnya mula diterangi cahaya kebahagiaan apabila hadir si teruna idaman hati. Dapatkah si jejaka menerima kekurangan dirinya?

AHMAD AIDAN AHMAD ABHAR… Kerana kecewa, dia membawa diri yang lara kesepian dan menumpukan perhatian pada kerjaya di awan biru. Namun, pertemuan tak dirancang dengan seorang gadis yang berkerjaya tidak jauh beza dengan skop kerjanya telah membawa satu perubahan baru buat dirinya. Dan kerana itu, mampukah kehadiran si gadis pengganti merawat luka dalam hati Aidan yang masih terpendam lagi? 

“Awak sanggup terima apa saja risiko bila awak kahwin dengan saya nanti?” – Nadia

“Bukan ke itu yang husband and wife should be doing?” – Aidan 
Namun begitu, percaturan Allah lebih hebat untuk diri mereka berdua. Dek masing-masing menyimpan satu rahsia yang bakal meremukkan perasaan. Akibatnya, perhubungan Aidan dan Nadia mula berantakan apabila rumah tangga mereka yang dibina dengan tergesa-gesa itu mula dilanda ujian.
Elvina Mohamad & Gambit Saifullah, Nadia dan Aidan, Novel Shhh...I Love You, Hero dan Heroin Drama Shhh I Love You, Drama Adaptasi Novel, Drama Bersiri, Drama Melayu, Drama Shhh...I Love You, Senarai Pelakon Drama Shhh I Love You, Tash Yong, Hafreez Adam, Bella Nazari,
Kisah dan rahsia yang disimpan oleh si teruna membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia sehingga ke akhir nafas wanita itu biarpun cinta untuk isterinya tidak pernah. Ini kerana cintanya hanyalah untuk bekas tunangannya yang sudah tiada. Apabila mengetahui perkara sebenar, mampukah Nadia mengharunginya? 
“Untuk apa awak kahwin dengan saya kalau awak masih cintakan dia? Hanya sebab awak simpati pada saya? Atau saya ni cuma alat untuk mengaburi mata keluarga awak yang kononnya dah move on? Ataupun, saya ni sekadar peneman di waktu awak sunyi? Tell me, Aidan. Tell me the truth!” – Nadia 
Setelah itu, Nadia mula nekad. Dia mahu hanya dirinya saja yang bertakhta dalam hati Aidan tanpa terselit wanita lain meskipun bekas tunang lelaki itu sendiri. 
“Saya takkan mengalah. Sampai masa nanti, awak tak akan dapat hidup tanpa saya.” – Nadia
“Try me.” – Aidan 
Cabaran lelaki itu membuat Nadia terus berjuang. Sebagai isteri, dia berhak memiliki Aidan sepenuhnya. Tetapi, benarkah hanya itu yang menjadi rahsia selama ini? Atau ada lagi rahsia yang lebih besar tanpa diketahui olehnya? Dan jika ada, mampukah dia berdepan dengan rahsia itu? Atau mungkin sudah tiba masanya untuk dia melangkah pergi?

2 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017