-->

6 Apr 2017

Sinopsis Drama Menanti Februari (Samarinda TV3)

Sinopsis Drama Menanti Februari Slot Samarinda TV3, Senarai Pelakon Drama Menanti Februari, Zul Ariffin, Nur Fathia, Afiq Muiz, Juedian Omar, Wan Nor Azlin, OST Menanti Februari,
Sinopsis Drama Menanti Februari Slot Samarinda TV3

Assalammualaikum..
Drama Menanti Februari akan disiarkan di Slot Samarinda Tv3 bagi menggantikan Drama Misteri Wan Peah yang telah tamat episodnya. Drama 15 episod ini dilakonkan oleh Zul Ariffin, Nur Fathia, Afiq Muiz, Riz Amin, Juedian Omar dan ramai lagi. Drama Menanti Februari ini diarahkan oleh Ayie Mustafa dan diterbitkan oleh She's Media Sdn Bhd. Kalau tengok dari sinopsis drama ini memang nampak best je kan, apa pun jom tengok sinopsis drama Menanti Februari di bawah ini ye.

Sinopsis Drama Menanti Februari (Samarinda Tv3)

Mengisahkan cinta tiga segi antara Arie, Fiza dan Edy yang juga merupakan tiga sahabat baik sejak di Universiti lagi. Mereka sentiasa bertiga dan tidak dapat dipisahkan sehingga tamat pengajian mereka. Setelah mula bekerja, Arie mendirikan rumah tangga dengan Fiza tanpa memisahkan Edy sebagai sahabat baik mereka. Perkahwinan Arie dan Fiza amat bahagia sehingga Arie mula taksub dengan pekerjaannya sehingga mengabaikan Fiza dan menyerahkan tanggungjawabnya kepada Edy. Sikap lepas tangan Arie itu semakin melampau apabila Arie sendiri tidak tahu bahawa isterinya sedang hamil dan memukul Fiza ketika melepaskan kemarahannya. 
Pelakon Utama Drama Menanti Februari (Samarinda TV3), Poster Drama Menanti Februari, Hero dan Heroin Drama Menanti Februari, Sinopsis Drama Menanti Februari Slot Samarinda TV3, Senarai Pelakon Drama Menanti Februari, Zul Ariffin, Nur Fathia, Afiq Muiz, Juedian Omar, Wan Nor Azlin, OST Menanti Februari,
Namun, setelah reda kemarahannya itu, Edy terus memberitahu Arie bahawa Fiza sedang hamil dan Edy telah menjaga Fiza ketika ketiadaan Arie. Ini menimbulkan rasa keinsafan Arie dan mula berubah untuk menjaga isterinya. Tidak lama kemudian, mereka dikurniakan dengan seorang puteri yang dinamakan Intan. Namun sangkanya panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari!, Arie hilang di lautan ketika beriadah bersama pelabur syarikatnya. Ini membuatkan Fiza terlalu sedih dan berharap agar kebahagiaan tiba menjelang Februari yang juga merupakan bulan istimewanya.

Lagu Tema / OST Menanti Februari
➔ Sakit nyanyian iamNEETA
➔Apa Ini Cinta nyanyian Forteen

6 ulasan:

  1. best cerita ni hehe walaupun baru dua episod :p

    BalasPadam
  2. xsempat tgk lagi... pkl 9.30 mlm dh masuk bilik..tidurkan anak dengan mama sekali lelap..minat jugak dekat zul arifin tu.. mcmsuka dia berlakon cite maid dan cerita dgn sitio saleha tu.. mcm romantik sgt..

    BalasPadam
  3. lagu sakit tu best, sesuai dengan drama ni <3

    BalasPadam
  4. edy..seorg sahabat baik yg sgt baik..wlpn dhatinya ada cinta trpendam utk fiza..layaannnz

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017