-->

18 Apr 2017

Sinopsis & Review Filem J REVOLUSI

Poster Filem J Revolusi, Sinopsis dan Review Filem J REVOLUSI, Pelakon Utama Filem J Revolusi, Zul Ariffin, Izara Aishah, Nur Fazura, Farid Kamil, Azad Jasmin, Iedil Putra,
Sinopsis & Review Filem J REVOLUSI

Assalammualaikum..
Filem J Revolusi telah ditayangkan di pawagam pada 2 Mac 2017 yang lalu, rata - rata penonton sememangnya memberikan respon yang postif serta memuji - muji filem ini. Filem yang bergenre Aksi ini dilakonkan oleh ramai pelakon best dan popular iaitu Zul Ariffin, Izara Aishah, Nur Fazura, Farid Kamil, Azad Jasmin, Iedil Putra dan ramai lagi. Filem J Revolusi ini diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dan diterbitkan oleh Infinitus Productions dan Grand Brilliance. Aku pun dah menonton filem ini dan ternyata filem ini memang best, aksi -aksi stunt semuanya best dan dilakukan sendiri oleh para pelakonnya. Aku juga suka dengan watak yang dibawa oleh Izara Aishah sebagai Eddie dan Fazura sebagai Dian, kedua - dua mereka nampak lasak dan berani tidak lemah atau pun ayu sentiasa, seperti dalam filem - filem mereka yang terdahulu. Scene - Scene lawan dalam movie ini memang best untuk ditonton serta ini juga adalah kali pertama aku melihat Fazura membawakan watak jahat gitu. Zul Ariffin memang pilihan tepat untuk watak Jay Zulkarnain itu, manakala lakonan Farid Kamil sememangnya sentiasa terbaik. Awalnya agak menyampah juga dengan watak Jiman yang dilakonkan oleh Iedil Putra itu, psiko betul, dan aku memang yakin betul yang Jiman ini, adalah orang suruhan Andra yang jadi dalang gitu tapi rupanya aku silap hahaha. Jiman tu tidak ada kaitan langsung dengan Andra.

Watak Azad Jasmin sebagai Skodeng yang sememangnya pakar dalam bab IT ini menjadi penghibur dalam filem ini, banyak scene - scene lawak dan dialog yang lucu datangnya dari watak Azad Jasmin ini. Malah Skodeng juga banyak membantu Jay dalam misinya mencari kakaknya Dian. Walaubagaimanapun agak sedih jugalah bila semua watak pelakon wanita dalam filem ini mati akhirnya. Eddie mati disebabkan Andra yang mencuba virus tersebut keatasnya manakala Dian mati di penghujung cerita. Apa pun agak menarik juga bila diorang memfokuskan tentang UTK (Unit Tindakan Khas) dalam filem ini. Selalunya kalau filem aksi kebanyakkannya berkisarkan tentang polis saja kan, jadi menerusi filem ini dapatlah kita mengenali UTK dan tugas -tugas mereka dengan lebih dekat lagi. Aku rasa lepas ini, mesti akan ada J Revolusi 2 pula kan, ini ditambah lagi dengan penerimaan positif daripada penonton terhadap filem ini. Apa pun aku bagi 9 Bintang dari 10 bintang untuk filem J Revolusi ini. Jom tengok sinopsis ringkas filem ini di bawah ye..

SINOPSIS FILEM J REVOLUSI

Mengisahkan tentang Jay Zulkarnain yang merupakan seorang ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK). Pasukannya begitu digeruni penjenayah kerana kepakaran mereka berdepan musuh. Konflik bermula apabila kakak Jay, Dian (Nur Fazura) yang juga seorang ejen ditangkap oleh pengganas misteri. Dalam misi menyelamat adiknya itu, Jay terperangkap dan dituduh membunuh seorang rakan setugasnya. Eddie dan Skodeng cuba untuk membantu Jay bagi mencari kakaknya Dian yang berada di tanggan Andra. Tercetuslah pelbagai konflik dan insiden mengejutkan yang menghantui Jay.
My Signature, tandatanganku, miss banu signature,

2 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017