-->

28 Apr 2017

Review Drama Korea Introverted Boss

Introverted Boss / My Shy Boss - Korean Drama Review, Hero dan Heroin Drama Korea Introverted Boss, Pelakon, Yeon Woo Jin, Park Hye Soo,
Introverted Boss / My Shy Boss - Korean Drama Review

Assalammualaikum
Hari ini tibalah giliran Drama Korea yang bertajuk Introverted Boss / My Shy Boss untuk direviewkan. Drama ini release pada 16 Januari 2017 dan tamat pada 14 Mac yang lalu, drama The Liar and His Lover akan disiarkan bagi menggantikan drama Korea Introverted Boss ini. Ada ramai pelakon best yang berlakon dalam drama ini seperti Yeon Woo Jin, Park Hye Soo, Yoon Park, Kong Seung Yeon, Han Chae Ah, Ye Ji Won, Jun Hyo Seong, Heo Jeong Min, Han Jae Suk dan ramai lagi. Menerusi drama ini juga, pelakon Yeon Woo Jin reunion semula dengan pengarah dan penulis skrip Drama popular Marriage Not Dating. Malah pengarah drama ini juga turut mengarah drama kesukaan ramai iaitu Another Miss Oh dan 2 pelakon dari drama berkenaan iaitu Ye Ji Won dan Heo Jeong Min turut berlakon dalam drama Introverted Boss ini. Walaubagaimanapun, watak hero drama ini awalnya ingin diberikan pada pelakon Yoon Doo Joon namun dia telah menolak dan akhirnya watak hero drama ini menjadi milik Yeon Woo Jin. Ini juga adalah kali pertama Park Hye Soo memegang watak heroin dalam drama ini, sebelum ini dia ada berlakon dalam drama Yong Pal, Age Of Youth dan Saimdang Light Diary. 
Senarai Pelakon Drama Introverted Boss, Yeon Woo Jin, Park Hye Soo, Yoon Park, Kong Seung Yeon, Han Chae Ah, Ye Ji Won, Jun Hyo Seong, Heo Jeong Min, Han Jae Suk, Pengarah Dari Drama Marriage Not Dating dan Another Miss Oh,
Kalau tak silap aku, drama ini juga ada shooting di Malaysia iaitu di Cherating Pahang, tapi yang kelakarnya satu orang Malaysia pun tak nampak hahaha sebaliknya, asyik nampak mat saleh je sana sini hehe. Aku pun keliru juga betul ke diorang shooting dekat Malaysia ni, sampailah ada satu scene yang macam dalam hutan tu aku ada nampak papan tanda yang bertulis "Laluan Mudah" dan "Laluan Mencabar", baru aku yakin sikit yang diorang shooting dekat Malaysia hahaha. Pelakon Kim Ji Suk turut membuat kemunculan khas dalam drama ini, iaitu dia berlakon menjadi suami pada Ye Ji Won dan kalau korang perasan, mereka berdua ini turut berlakon dalam drama Another Miss Oh dan yang kelakarnya, kesinambungan watak mereka dari drama itu seperti disambung dalam drama ini, siap ada 2 orang anak gitu. Pada pendapat aku, drama Introverted Boss ini tidak sehebat drama Marriage Not Dating, aku agak struggle juga untuk menghabiskan kesemua 16 episod drama ini. Ikutkan rasa malas nak tengok semua episod tapi disebabkan semua pelakonnya best, maka aku teruskan juga menonton drama ini sampai habis. Ramai juga yang komplen tak berapa suka dengan heroin drama ini yang masih baru, kalau diorang pilih heroin yang lain mungkin akan lebih best drama ini. Atau pun diorang patut ambik je heroin drama Marriage Not Dating tu jer kan, tapi kalau tak silap aku, pelakonnya iaitu Han Groo dah lama tak berlakon sebab melahirkan anak.
Pelakon Utama Drama Korea Introverted Boss / My Shy Boss, Shooting Di Malaysia,
Yeon Woo Jin membawakan wataknya sebagai Eun Hwan Ki dengan baik sekali iaitu sebagai CEO Syarikat Perhubungan Awam (CEO Silent Monster)  yang pemalu, sensitif dan sukar untuk bergaul dengan orang lain. Dia lebih senang bekerja seorang diri dan dibantu oleh kawan baiknya yang turut merupakan CEO di Syarikat yang sama iaitu Kang Woo Il. Personaliti mereka berdua memang ibarat langit dan bumi, para pekerja di syarikat berkenaan lebih senang dan suka dengan personaliti Kang Woo Il yang lebih terbuka, ceria, kelakar dan peramah berbanding Eun Hwan Ki yang lebih pendiam, pemalu dan agak misteri. Sikap Eun Hwan Ki yang telalu banyak berfikir sebelum melakukan sesuatu atau pun ketika bercakap dengan orang lain mendatangkan masalah padanya, kerana orang lain cepat salah faham tentang apa yang ingin disampaikannya sedangkan dia sebenarnya merupakan Boss yang sangat baik. Drama ini jadi lebih menarik apabila Eun Hwang Ki terpaksa bekerja bersama - sama dengan 5 pekerja lain yang diletakkan dibawahnya. Pelakon Jang Hee Jin turut berlakon dalam drama ini sebagai Ex Girlfriend Eun Hwan Ki yang cool, baik dan sweet. Lakonan Jang Hee Jin dalam drama ini disukai ramai penonton kerana wataknya tidak tipikal seperti dalam drama lain. Agak stress juga tengok sikap dan personaliti Kim Gyo Ri yang awalnya merupakan setiausaha Eun Hwang Ki sebelum akhirnya menjadi pekerja dibawah E.Hwan Ki. K.Gyo Ri ni punyalah penakut dengan Eun Hwang Ki ni sedangkan bossnya itu punyalah baik, tak paham aku, kenapalah dia boleh jadi terlampau takut sampai macam tu sekali.
Watak Penting Dalam Korean Drama - Introverted Boss, Yeon Woo Jin, Park Hye Soo, Yoon Park, Kong Seung Yeon, Han Chae Ah, Ye Ji Won, Jun Hyo Seong, Heo Jeong Min, Han Jae Suk
Watak Chae Ro Woon pun agak annoying di peringkat permulaan tu, manakala Kakak Chae Ro Woon iaitu Chae Ji Hye lagilah annoying sebab dialah punca utama segala kejadian yang berlaku dalam drama ini disebabkan tindakannya terjun dari rooftop office E.Hwan Ki. Awalnya aku ingat ada orang tolak dia ke kan atau ada orang yang nak bunuh dia ke, rupanya memang dia yang bunuh diri atas sebab yang tak sepatutnya. Macam manalah dia boleh bunuh diri tu, dia tak fikir ke pasal keluarga die, ni boleh pula dia bunuh diri sebab malu dengan Hwang Ki disebabkan Kang Il Woo. Mulanya ingatkan Chae Ji Hye ni bunuh diri sebab frust yang Kang Il Woo dah ada tunang rupanya ada twist pula yang mana Chae Ji Hye ni tak pernah sukakan Kang Il Woo tapi sebaliknya sukakan Eung Hwang Ki. Ramai tak sangka yang Chae Ji Hye ni ada hati pada Bossnya itu. Lagu tema / OST Introverted Boss ini boleh tahanlah tapi aku tak berapa minat sangat. Ending drama ini memang happy endinglah kan, apa pun aku suka dengan scene - scene kelakar dalam drama ini. Walaubagaimanapun, bagi aku drama ini berada di tahap biasa - biasa saja, takdelah best mana pun, setakat okey dan biasa je. Secara keseluruhannya aku bagi 5.6 Bintang dari 10 bintang untuk drama korea Introverted Boss / My Shy Boss ini.
My Signature, Tandatanganku, Miss Banu Signature,

7 ulasan:

  1. Wah drama Korea ni ada shooting kat Cherating rupanya, femes juga tempat tu di kalangan orang mereka. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah tak sangka diorang shooting kat Cherating, cantik tempat tu..

      Padam
  2. episode brapa dorang berlakon di Cherating tue. Nak tgk jugakkk =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak ingat episod berapa, tapi kalau tak silap di pertengahan episod kot, mungkin dalam episod 9 atau lain- lain episod.

      Padam
  3. cita ni boleh lah best tapi byk ada part tak masuk akal. Cthnya bapak chae ro won dtg office eun hwan ki bawak minyak apa tah siap nk bakaq office. Yang peliknya, pak guard tak perasan pun bapak chae ro won dgn keadaan mencurigakan 😂. Tapi untuk first time suka second female lead, yg first love eun hwan ki. Cool giler perangai dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah betul ada byk part tak masuk akal kan, betul tu cool giler ex girlfriend Hwan Ki tu..

      Padam
  4. Sorry admin just nk ckp.td kan ak ade la tertengok drama ni main kat tv8.ak saje2 je tgok xhingin dan xminat pun.nak2 lg klau tv8 main kan.ak benci cine.cume ak nak ckp ak tertanye2 kat mane lokasi pengambaran citer ni,?macam malaysia macam thailnd macam indon.pastu ak google nak tau.pastu terjumpe blog ni.trime kasih.ak tgok babak kat pantai cherating tu.just xsangke la korea terpikir nk dtg msia yg buruk ni.tp drama shy boss ni tahap pun sampah je.kihkihkih.tu la scene yg kat pantai tu kan.ade rumah kayu macam malaysia.ukiran2.pastu ade pulak bunge raye.akhirnye terjawab.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017