-->

22 Apr 2017

Abioso & Masin Tersingkir Di Minggu Suku Akhir MLM2017

Abioso & Masin Tersingkir Di Minggu Ke 10 (Suku Akhir) MLM2017

Assalammualaikum..
Diam tak diam dah masuk minggu ke 10 dah Maharaja Lawak Mega 2017 dan tinggal 7 peserta saja lagi di pusingan Suku Akhir MLM2017. Namun tak sangka pula, akan ada 2 penyingkiran semalam, ingatkan cuma ada satu penyingkiran saja dan di minggu separuh akhir akan ada satu lagi penyingkiran. Tapi bila dah ada 2 penyingkiran di minggu Suku Akhir, maka sekarang ini cuma ada 5 peserta saja lagi dan kemungkinan besar di minggu Separuh Akhir nanti tiada penyingkiranlah kot hehe. Di minggu ke 10 ini iaitu minggu Suku Akhir menyaksikan kumpulan Abioso dan kumpulan Masin tersingkir, manakala Dzawin juga turut berada di kedudukan bottom three. Ada 2 tema untuk minggu ke 10 ini dan ini bermakna para peserta perlu membuat 2 sketsa. Tema pertama adalah viral manakala tema kedua adalah kisah seram berloghat. Final Maharaja Lawak Mega 2017 nanti akan diadakan di Jitra Kedah. Tak sangka pula, final nanti akan dibuat di Kedah, kalau macam tahun lalu diadakan di Johor. Tinggal 5 peserta lagi yang akan berentap di minggu ke 11 iaitu di Minggu Separuh Akhir Maharaja Lawak Mega 2017 iaitu kumpulan Zero, Bocey, Shiro, Puteh dan Dzawin. Good Luck untuk semua peserta..
My Signature, tandatanganku, miss banu signature, blog miss banu story,

4 ulasan:

  1. masin tu sepatutnya kekal. tp nak buat macam mana. aturan Astro kn. tapi kak ana minat dengan dzarwin. cuma dia tak berapa nak menjadi 2 minggu ni. good luck to him and the rest.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah lawak Dzawin kurang menjadi dalam 2 minggu ini, maybe semua akan all out di minggu separuh akhir dan final nanti kan..

      Padam
  2. SESI TERJAH BLOG RAKAN BLOGGER.

    Terkejut jugak MASIN tersingkir. Kenapa bukan Dzawin. Huhu

    Jom ke Blog Uyul Rosli >>> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    BalasPadam
  3. perghhh masin best kot hahaha. tapi dzawin saya suka gak. sejak tema ayat power,suka dzawin. cuma beberapa minggu ni dia tak perform kan sobsob

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017