-->

23 Apr 2017

Sinopsis Telemovie Misteri Sofa Lama

Sinopsis Telemovie Misteri Sofa Lama Lakonan Intan Sarafina & Zarul Umbrella, GV3, Bintang GV3, Finalis Gegar Vaganza Musim Ketiga, Penyanyi, Pelakon, Sinopsis, Telemovie, Telefilem, Pelakon Telemovie Misteri Sofa Lama, Lisdawati, Amylia Natasha, Along Eyzendi,
Sinopsis Telemovie Misteri Sofa Lama Lakonan Intan Sarafina & Zarul Umbrella

Assalammualaikum..
Telefilem Misteri Sofa Lama akan disiarkan di Astro Citra & Mustika HD pada 22 April 2017 ini menggandingkan Bintang Gegar Vaganza 3 iaitu Zarul Umbrella dan Intan Sarafina. Turut membantu adalah Lisdawati, Amylia Natasha, Along Eyzendy dan ramai lagi. Dah lama tak tengok Intan Sarafina berlakon, masa dulu - dulu pernah tengok lakonan Intan Sarafina dalam Filem Janji Diana. Manakala Zarul pula dah berlakon dalam Drama Bersiri Cik Serba Tahu. Mesti best gandingan Zarul Umbrella dan Intan Sarafina ini kan. Telemovie Misteri Sofa Lama ini diarahkan oleh Hashim Rejab dan diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd. Tengok dari iklan, memang nampak macam menarik gitu telemovie ini. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini dibawah ye.

Sinopsis Telemovie Misteri Sofa Lama

Kisah sepasang suami isteri yang membeli sebuah sofa lama di kedai barangan terpakai. Sofa tersebut membawa rezeki kepada mereka namun perwatakan suaminya iaitu Nizam mula berubah dan mula obses terhadap sofa tersebut. Isterinya mula syak sesuatu yang tidak kena dengan sofa tersebut. Nizam mula berubah menjadi panas baran dan menghalau isterinya dari rumah. Manakala penunggu sofa tersebut menuntut janji Nizam untuk mengorbankan anak yang dikandungkan isterinya itu. Apa yang bakal berlaku seterusnya?, Adakah Sofa tersebut akan terus menghantui hidup mereka?.
My Signature, Tandatanganku, Miss Banu Signature,

3 ulasan:

  1. baru tengok pasal ni dekat hlive semalam. cam menarik jugak ya. hihi

    BalasPadam
  2. Ada jugak tengok cerita ni semalam. Seram jugak. Sebab hantu dia suka keluar dekat2 depan tv 😂

    BalasPadam
  3. Thanks astro prima... Baru dapat tgk malam ni cite ni...

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017