-->

1 Apr 2017

Kumpulan XOXO Tersingkir - MLM2017 (Minggu Ke- 7)

xoxo, tersingkir, Minggu Ketujuh, Tema Ayat - Ayat Power Bersama Artis Jemputan, MLM2017, Maharaja Lawak Mega, Empayar Lawaf,
Kumpulan XOXO Tersingkir Di Minggu Ke -7 Maharaja Lawak Mega 2017

Assalammualaikum..
Minggu Ke - 6 MLM017 yang bertemakan Muzikal Komedi memang meriah habis dan akhirnya menyaksikan tiada penyingkiran dilakukan. Manakala di Minggu Ke-7 Maharaja Lawak Mega 2017 sudah pastilah ada penyingkiran, yang mana kumpulan XOXO yang dianggotai oleh One, Chot dan Wan Gegau tersingkir. Kumpulan XOXO di minggu Muzikal Komedi memang sangat best dan lawak tapi di minggu ketujuh ini yang bertemakan Ayat Power Bersama Artis Jemputan agak sedikit slow. Artis jemputan mereka iaitu Dato M. Daud Kilau dan aku rasa sketsa mereka agak longgar, slow dan kurang lawak. Kumpulan Puteh dan Abioso turut berada dalam kedudukan bottom three. Apa pun ada ramai artis jemputan di Minggu ke-7 #MLM2017 ini, antaranya adalah, Ozlynn, Adam Corrie, Jaafar Onn, Faradhiya, Elly Mazlein, Dato M. Daud Kilau, Nadia Brian, Syamel, Issey dan ramai lagi. Erra Fazira menjadi Juri Jemputan di Minggu Ketujuh ini menggantikan Neelofa.

3 ulasan:

  1. jemput singgah ke blog saya ada segmen yang saya buat
    https://thisisme-38.blogspot.my

    BalasPadam
  2. Xoxo ni baru lagi so idea drg kurang. Zero dan abioso pun kurang menyerlah malam tadi. Tapi dzarwin memang terbaik 😊

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017