-->

25 Apr 2017

Novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati

Drama Adaptasi Novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati, Karya Novelis E-Man Sufi, Senarai Pelakon Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati, Pelakon, Alif Satar, Nabila Razali, Nabila AF, AF2013, Hafreez Adam, Nadiyah Shahab, Fezrul Khan, watak, Rayyan Rayqarl, Wafeen Wardah, Daniel Elhan, Tengku Zaryn,
Drama Adaptasi Novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati

Assalammualaikum..
Kali ini tibalah giliran Novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati karya Novelis E-Man Sufi untuk diadaptasikan menjadi drama bersiri 20 episod. Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati ini akan disiarkan di Astro Ria bermula 24 April 2017 ini. Watak Rayyan Rayqarl akan dilakonkan oleh Alif Satar manakala watak Wafeen Wardah akan dilakonkan oleh Nabila Razali (AF2013). Alif Satar kembali lagi dengan drama baru selepas sukses dengan Drama Dia Semanis Honey sebelum ini. Tak sangka pula Nabila AF ini dah jadi pelakon dan terus dapat watak heroin gitu. Selain mereka berdua, ada ramai lagi pelakon best yang berlakon dalam drama ini seperti Hafreez Adam yang memegang watak sebagai Daniel Elhan, Nadiyah Shahab sebagai Tengku Zarynn, Fezrul Khan dan ramai lagi. Apa pun jom tengok sinopsis Novel ini dibawah ye..
Hero dan Heroin Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati ( Alif Satar & Nabila Razali), Drama Adaptasi Novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati, Novelis E-Man Sufi, Senarai Pelakon Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati, Pelakon, Alif Satar, Nabila Razali, Nabila AF, AF2013, Hafreez Adam, Nadiyah Shahab, Fezrul Khan, watak, Rayyan Rayqarl, Wafeen Wardah, Daniel Elhan, Tengku Zaryn,
Sinopsis Novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati (Drama Adaptasi Novel)

WAFEEN WARDAH mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki…

RAYYAN RAIQARL lelaki yang sentiasa membawa diri. Kecewa dengan rumah tangga ibu bapanya yang gagal, membuatkan dia mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja kepunyaan orang. Pada awalnya, dia tidak mahu mengikut rasa hati. Baginya, dia bukan perampas kekasih orang!

“Betul… saya single lagi. Saya tengah tunggu awak jadi kekasih saya la…”

“Sorry… saya dah ada kekasih.”

“Tak apalah. Saya tunggu awak putus dengan dia.”


“Hah?”

Tapi segalanya bermula bila dia mengetahu siapa Wafeen Wardah yang sebenarnya. Rayyan nekad, bagaimana cara sekalipun… dia mahu memperisterikan Wafeen! Istilah perampas kekasih orang ditolak ke tepi. Dia tidak mahu ambil peduli asalkan dapat membalas dendam atas sakit yang tertanggung dalam hati.
Mampukah Wafeen Wardah mempertahankan tembok kesetiaannya kepada Daniel Elhan atau dia sendiri jatuh cinta dengan panahan cinta Rayyan Raiqarl? Siapa yang akan patah hati dan siapa pula si pematah hati?
“Tak apalah kalau saya bukan sayang awak... Cara mia, ti voglio bene...”
“Apa makna…”
“Honey, I love you so much. Sayang, saya sangat cintakan awak.” 

My Signature, Tandatanganku, Miss Banu Signature, blog miss banu story,

1 ulasan:

  1. Alamak kenal Alif Satar je dalam cerita ni, tapi macam best pula baca sinopsis tu...

    Memang tak boleh tengok la sebab takde Astro, sobs.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017