-->

15 Apr 2017

Review Drama Korea - Voice

Review Drama Korea - Voice, Korean Drama Review, Sinopsis, Channel OCN, Pelakon Utama Voice, Jang Hyuk, Lee Ha Na,
Voice - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Macam biasa hari ini aku nak buat Review Drama Korea yang aku dah tonton iaitu Drama Korea yang bertajuk Voice. Drama Voice ini dilakonkan oleh Jang Hyuk, Lee Ha Na, Kim Jae Wook, Baek Sung Hyun, Yesung (Super Junior), Son Eun Seo, Lee Hae Young dan ramai lagi. Drama 16 episod ini mula disiarkan pada 14 Januari 2017 dan tamat pada 12 Mac yang lalu, manakala pengarah drama ni juga dah pernah mengarah drama - drama best seperti Hero, Liar Game, Pied Piper dan lain - lain lagi. Pelakon Bae Doo Na dan Chun Woo Hee telah ditawarkan untuk melakonkan watak heroin drama ini tapi mereka menolak dan akhirnya Lee Ha Na menjadi heroin untuk drama Voice ini. Ini kali pertama aku melihat Lee Ha Na berlakon watak serius gitu, sebab sebelum ini aku pernah tonton drama lakonannya yang bergenre romantik komedi bersama Seo In Guk dalam Drama King Of High School. Aku suka tengok Jang Hyuk berlakon dalam drama yang bergenre sebegini, wataknya sebagai Moo Jin Hyuk yang merupakan seorang detektif memang sangat sesuai dengan dirinya. Lagi pun aku dah malas nak tengok drama - drama Jang Hyuk yang berlatar belakangkan zaman dulu - dulu tu hehehe. Aku juga sukakan konsep drama ini yang memfokuskan tentang Emergency Call Center dan juga kewujudan Golden Time Team yang ditugaskan untuk cepat bertindak selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai yang sedang mengalami situasi kecemasan dan berada dalam bahaya.
Senarai Pelakon Drama Korea Voice, Watak - Watak Utama Dalam Drama Korea Voice, Jang Hyuk, Lee Ha Na, Kim Jae Wook, Baek Sung Hyun, Yesung (Super Junior), Son Eun Seo, Lee Hae Young
Lakonan para pelakon drama ini memang terbaik, aku suka tengok kerjasama antara Moo Jin Hyuk dan Kang Kwon Joo, diorang bersama - sama cuba mencari pembunuh sebenar yang menyebabkan isteri Moo Jin Hyuk dan ayah Kang Kwon Joo mati di tempat dan hari yang sama. Walaupun awalnya Moo Jin Hyuk benci dan salah faham pada Kang Kwon Joo tapi akhirnya dia sedar dan akhirnya bekerjasama dengannya. Tapi setakat itu jerlah hubungan diorang, yang hanya merupakan rakan sekerja yang mempunyai matlamat yang sama, tiada kisah cinta antara mereka ye hahaha. Pembunuh dalam drama ini memang kejam gila, cara dia bunuh orang pun memang kejam dan mengerikan, siap pakai besi untuk memukul dan membunuh. Dari awal lagi memang dah boleh agak yang rakan baik Moo Jin Hyuk iaitu Sim Dae Sik ini yang juga merupakan detektif (polis) memang bekerjasama dengan pembunuh walaupun dengan cara tidak sengaja. Dari awal lagi dah nampak yang gerak geri Sim Dae Sik ini sangat mencurigakan, ingatkan dia yang jadi pembunuh tapi bukan, sebaliknya orang lain. Ada banyak kes yang disiasat dan berjaya diselesaikan oleh Golden Time Team ini, contohnya kes penculikan, kes kejadian Bas terbalik dan meletup, kes penjualan organ manusia dan macam - macam lagi, disini kita dapat lihat situasi cemas yang berlaku di tempat kejadian dan juga di Emergency Call Center.
Jang Hyuk, Kim Jae Wook & Lee Ha Na, Pelakon Utama Dalam Drama Korea Voice,
Kang Kwon Joo lakonan Lee Ha Na mempunyai satu kelebihan, dimana dirinya mempunyai deria pendengaran yang sangat baik lebih dari orang lain. Dia menggunakan kelebihannya itu untuk dalam tugasnya dan juga untuk mencari pembunuh sebenar. Selain itu, agak lama tak tengok Kim Jae Wook berlakon drama bersiri, last tengok dia berlakon drama masa tahun 2013, dalam Drama Who Are You, kemudian nampak dia berlakon filem The Last Princess pada tahun 2016. Aku suka tengok Kim Jae Wook dalam drama ini iaitu sebagai anak hartawan yang kaya raya, smart dan handsome yang bernama Moo Tae Goo, siapa sangka dirinya mempunyai segalanya iaitu kaya raya, wajah yang kacak tapi malangnya mentalnya tak stabil dan sangat psycho okey. Lakonan Kim Jae Wook sebagai pembunuh bersiri yang psycho itu memang terbaik. Scene yang paling aku suka sekali masa Mo Tae Goo slumber je datang ke balai polis lalu bertemu dengan Moo Jin Hyuk dan Kang Kwon Joo, dia macam sengaja nak tengok reaksi mereka berdua, sekaligus berdepan dengan mereka. Reaksi terkejut dan juga takut K.Kwon Joo yang dapat mengecam suara Mo Tae Goo ketika dirinya bercakap tu pun best, sebab automatik K.Kwon Joo tahu Mo Tae Goo adalah pembunuh yang mereka cari selama ini. Selepas itu, Mo Tae Goo dah tak berselindung lagi, dia lagi suka bila Moo Jin Hyuk dan K.K.Joo dah tahu identiti dirinya, jadi dia makin seronok untuk merancang membunuh M.Jin Hyuk dan K.K.Joo itu.
Kim Jae Wook As Mo Tae Goo in Korean Drama Voice, Watak Jahat, Psycho, Pembunuh Bersiri Dalam Drama Korea Voice,
Aku suka dengan lagu latar dalam drama ini terutamanya untuk scene - scene suspen, manakala ending drama ini memang happy ending dan aku suka dengan cara diorang tunjukkan watak - watak utama drama ini fight untuk keadilan dan survival. Contohnya aku suka bila diorang tunjukkan watak Mo Tae Goo ini tidak semudah itu untuk ditangkap. M.J.Hyuk dan K.K.Joo terpaksa berhempas pulas untuk fight dan menangkap Mo Tae Goo itu. Kalau tengok drama - drama lain, untuk episod akhir, watak jahat selalunya senang untuk ditangkap polis atau dimatikan saja watak jahat itu. Berbeza dengan drama ini sebab episod akhir drama Voice ini, masih lagi penuh dengan suspen. Ending untuk watak Mo Tae Goo agak tragis juga apabila dia mati ditangan doktor dan pesakit mental yang lain. Manakala bapa Mo Tae Goo pula bunuh diri, memang tragis betul. Apa pun memang enjoy tengok drama Voice ini, ini ditambah lagi bila menonton drama ini secara maraton hehehe sebab aku sengaja biarkan drama ini release dalam 12 episod dulu, kemudian baru aku menontonnya secara online. Kadang - kadang payah nak tunggu 2 episod setiap minggu sebab tak sabar nak tahu jalan cerita seterusnya. Bagi sesiapa yang suka tengok drama yang bergenre misteri, thriller, jenayah, aksi, bolehlah try tengok drama ini, memang berbaloi menonton drama ini.
Hero & Heroin Drama Korea Voice, Jang Hyuk, Lee Ha Na, Kim Jae Wook,
Selain 16 episod drama ini, terdapat juga 2 episod khas iaitu Voice Special episode 1 & 2 yang menunjukkan apa yang berlaku di belakang tabir, scene - scene tak jadi serta 2 episod Voice Special ini dihoskan oleh 2 pelakon dalam drama tersebut iaitu Baek Sung Hyun dan Son Eun Seo. Kiranya Voice Special ni lebih kurang sama macam Goblin Special tu. Apa pun aku bagi 9 Bintang dari 10 Bintang untuk drama Korea Voice ini. 

6 ulasan:

  1. best ek ... pernah tgk trailer drama nie tapi tak tgk sebab dok tgk drama defendant yg dah habis hari tue dan now layan drama whisper .

    Bleh lah start layan sbb Banu review best nie =)

    BalasPadam
  2. Fuhhh.Nak try ah layan. Tengah bosan ni. Asyik layan RM jee hehehe

    BalasPadam
  3. Memang suka Jang Hyuk.. tu yg tgk citer nie..
    Terbaik drama nie..

    BalasPadam
  4. SESI TERJAH BLOG RAKAN BLOGGER.

    Wahhhh. Macam nak layan je cerita nih.

    Jom ke Blog Uyul Rosli >>> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017