-->

16 Apr 2017

Gema Gegar Vaganza - Bienda Tersingkir

Bienda, Peserta, Pertandingan, Nyanyian, Penyanyi, Gema Gegar Vaganza, GGV, Tersingkir, Anak Sheeda,
Bienda Tersingkir Di Konsert Ke- 2 Gema Gegar Vaganza

Assalammualaikum..
Minggu Kedua Gema Gegar Vaganza berlangsung dengan meriah, 10 peserta menyanyikan lagu - lagu komersil yang mempunyai lirik yang baik dan bermakna. Bagi yang belum tahu rancangan apakah Gema Gegar Vaganza ini? meh sini aku bagitau, Gema Gegar Vaganza (GGV) adalah pertandingan nyanyian dikalangan artis nasyid, dan lagu - lagu yang mereka nyanyikan juga kebanyakannya, berunsurkan ketuhanan dan mempunyai lirik yang baik dan rancangan ini disiarkan di Astro Oasis. Walaubagaimanapun nasib tidak menyebelahi Bienda apabila tersingkir di minggu kedua Gema Gegar Vaganza. Selain Bienda, Ana Rafali dan Wani turut berada dalam kedudukan bottom three. Bienda menyanyikan lagu yang aku suka iaitu lagu Sejati nyanyian asal Faizal Tahir. 

Tapi aku rasa suara Bienda macam kurang sesuai pula dengan lagu ini dan kalau tak silap aku Bienda juga ada tertinggal lirik ketika part chorus itu. Manakala Ana Rafali pula menyanyikan lagu Suci Dalam Debu dan Wani pula menyanyilah lagu Bila Diri Disayangi (Ukays). Kumpulan Mirwana telah menang anugerah Gema Terindah untuk minggu ini dan berada di tangga pertama, mereka menyanyikan lagu Satu (Dewa). Tema untuk minggu ketiga GGV ini adalah lagu - lagu Nasyid yang berunsurkan Akustik kalau aku tak silaplah kan hehe. Jom tengok senarai lagu - lagu yang peserta dapat untuk konsert ketiga nanti di bawah ini ye..

Senarai Lagu - Lagu Konsert Ke - 3 Gema Gegar Vaganza 2017

1-Iman Mutiara- UNIC
2- Selimut Putih - Hijjaz
3- Doa - Mirwana
4- Hambamu- Azmi
5- Aduh Saleha- Hafiz Hamidun
6- Padamu Ku Bersujud- Izam EYE
7- Hikmah- Saujana
8- Intifada- Wani
9- Perjalanan Hidup- Ana Raffali
My Signature, Tandatanganku, Miss Banu Signature,

2 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017