-->

21 Apr 2017

Review Filem Adiwira Ku

Sinopsis Dan Review Filem Adiwira Ku, Review By Miss Banu, Kisah Benar, Poster Filem Adiwira Ku, Senarai Pelakon Filem Adiwira Ku, Sangeeta Krishnasamy, Xavier Fong, Wan Azlyn, Farra Safwan, Ahmad Adnin Zidane, Irdina Tasmin, Balqis Sani, Rizal Fahmi,
Sinopsis & Review Filem Adiwira Ku

Assalammualaikum..
Baru - baru ini aku ada menonton filem Adiwira Ku dan filem ini telah pun ditayangkan di pawagam pada 9 Mac 2017 yang lalu. Filem Adiwira Ku ini dilakonkan oleh Sangeeta Krishnasamy, Xavier Fong, Wan Azlyn, Farra Safwan, Ahmad Adnin Zidane, Irdina Tasmin, Balqis Sani, Rizal Fahmi dan ramai lagi. Selain itu filem ini diarahkan oleh Eric Ong dan diedarkan Empire Film Solution. Filem Adiwira Ku ini bukanlah kisah pasal super hero ye tapi sebaliknya ianya berkisarkan tentang sekolah, pelajar, cikgu dan juga Choral Speaking. Lebih menarik apabila filem ini berdasarkan kisah benar, malah kebanyakan watak pelajar dalam filem ini adalah dari kisah benar, ini bermakna mereka semua melakonkan semula apa yang telah terjadi kepada mereka sebelum ini. Agak jarang kita dapat melihat filem yang berfokuskan tentang pelajar dan guru, betul tak?, selalunya dekat Malaysia ini banyak filem seram, aksi, komedi dan cinta sahaja. Filem Adiwira Ku ini sememangnya sangat unik, mempunyai nilai - nilai murni dan memberi pengajaran pada penonton. Aku juka suka dengan tagline atau kata - kata semangat yang ada dalam filem Adiwira Ku ini iaitu "Sakit itu sementara, kegemilangan itu selamanya".

Aku juga suka tengok diorang fokuskan tentang Choral Speaking tu, teringat zaman sekolah dulu hehehe, walaupun aku tak pernah masuk Choral Speaking ni, tapi pernahlah lihat diorang buat persembahan dulu, lagipun ketika itu, pihak sekolah terus memilih satu kelas yang dirasakan senang untuk diajar dan tidak mempunyai masalah disiplin, manakala kelas aku pula memang susah nak diajar sebab macam kes2 disiplin ada. Bila tengok filem ini juga membuatkan aku teringat kembali guru - guru bahasa Inggeris aku dulu terutamanya ketika di tingkatan 5, gigih dan sabar cikgu aku mengajar tu, walaupun dalam kelas tu ada macam - macam perangai. Begitu juga di tingkatan 6 untuk mata pelajaran MUET tu. Berbalik pada filem Adiwira Ku ini, aku suka tengok sikap positif guru bahasa Inggeris mereka ini iaitu Cikgu Cheryl Ann Fernando. Walaupun mengalami pelbagai kesukaran, dia tetap cekal dan bersemangat dan menjadikan segala kesukaran itu sebagai cabaran buatnya. Susah juga nak mewujudkan team Choral Speaking ini kerana perlu melibatkan ramai pelajar iaitu seramai 35 orang. Bila team dah lengkap ada masalah baru pula yang timbul. Dah lah untuk Choral Speaking ini memerlukan banyak latihan, pastu ada pula yang ponteng dengan pelbagai alasan, memang semua ini menjadi cabaran besar buat guru mereka.
Filem Adiwira Ku, Bahasa Inggeris, Pendidikan, Choral Speaking, Sekolah, Guru, Cikgu, Kampung, Kedah, Pelakon Utama Filem Adiwira Ku, Sangeeta Krishnasamy, Xavier Fong, Wan Azlyn, Farra Safwan, Ahmad Adnin Zidane, Irdina Tasmin, Balqis Sani, Rizal Fahmi,
Selain itu banyak juga scene - scene sedih dalam filem ini, contohnya para pelajarnya Cikgu Cheryl Ann itu rata- ratanya datang dari keluarga yang susah, pelbagai masalah yang dihadapi mereka. Aku rasa scene paling sedih sekali, ketika salah seorang pelajar lelaki itu, mati sebab kemalangan motosikal, dah la masa dekat - dekat nak raya pula tu, dan cikgu Cheryl juga kesal kerana tak dapat nak menunaikan janjinya pada pelajar tersebut untuk memberikannya hadiah. Lagu - lagu background dalam filem ini juga sedap - sedap belaka dan sangat sesuai dengan jalan cerita. Ending Filem Adiwira Ku ini berakhir dengan Cikgu Cheryl ingin menyambung pengajiannya ke peringkat doktor falsafah dan perlu meninggalkan sekolah (SMK) Pinang Tunggal itu. Di hari terakhirnya di sekolah tersebut, kesemua pelajarnya sedih dan pergi berjumpanya di bilik guru lalu mengiringi dirinya ke kereta dengan perasaan sedih. Apa pun memang seronok menonton filem ini dan aku bagi 7.8 Bintang dari 10 bintang untuk Movie Adiwira Ku. Jom baca sinopsis ringkas filem ini dibawah ye..

Sinopsis Filem Adiwira Ku

Filem yang diangkat dari kisah benar ini mengisahkan tentang pasukan `choral speaking` Sekolah Menengah Kebangsaan Pinang Tunggal, Baling Kedah yang berjaya memenangi pertandingan itu pada tahun 2015. Pelbagai cabaran dan dugaan dihadapi oleh setiap ahli pasukan `choral speaking`.
My Signature, miss banu signature, tandatanganku,

4 ulasan:

  1. Banu tgk movie nie dkt manaaaa~ Nadia nak tgk sgt movie nie masa keluar dkt wayang tapi sayanh several cinema je yang ada keluarkan movie nie which is jauh dari saya punya tmpt tggl . Teringin tgk sebab based on true story kan.

    BalasPadam
  2. Nanti saya tengok. Terima kasih.

    BalasPadam
  3. mcm kisah abe kie mengajar mereka dulu2 gak tu.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017